Mencabul anak sendiri adalah perbuatan yang amat terkutuk dalam norma masyarakat apatah dalam agama. Kalaupun seseorang tersebut tak berpegang kepada agama namun tak sanggup mengapa-apakan anak sendiri. Seorang bapa misalnya akan melindungi anaknya walaupun nyawa terpaksa digadaikan.
Agama menyatakan manusia lebih mulia daripada haiwan, tetapi apabila seorang bapa mencabul anaknya sendiri maka taraf manusia ini lebih rendah daripada binatang dan lebih malah hina daripada itu. Pada saya haiwan lebih baik kerana ia dapat memberikan manafaat.
Setahu saya hukuman bagi pesalah seperti ini adalah tiga sebatan dan tiga tahun penjara, maaf kalau kenyataan ini tak betul. Pada hemat saya, hukuman pesalah seperti ini sepatutnya dihukum dengan lebih berat lagi berbanding dengan perogol bawah umur.
Perasaan tak tertanggung sebagai ibu dan perasaan sebagai pak cik amat memilukan. Ke mana arah nanti anak ini? Ke mana si ibu meletakkan diri? Bagaimana untuk meneruskan hidup?
Hari ini 09.06.2009 sebutan kes di mahkamah, tetapi ditunda ke minggu depan. Pertanyaan dalam lubuk hati, apakah hukuman yang akan dijatukan oleh mahkamah sedikit sebanyak mengubati hati yang penuh amarah ini?
Tentang Hati...
-
ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::
salam hujung minggu buat sahabat2 yang dikasihi..
muga ALLAH sentiasa merahmati kalian,
ana rasa terpanggil untuk menuli...
14 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan