Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 29 Julai 2010

KONTRAK SOSIAL

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang dicapai antara kaum(etnik) di Malaysia terutama sekali di kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi.

Para penggubal perlembagaan mengetengahkan elemen-elemen penting memandangkan peranan yang dimainkan amat penting dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial (kontrak sosial) di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Beberapa pengorbanan pemberian hak dan menghormati komuniti lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat satu Negara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.

Elemen-elemen dalam perlembagaa menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka iaitu institusi beraja, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Jadi Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah. Apabila Tanah Melayu dijajah, raja-raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka mula tergugat. Penjajah British memperkenalkan undang-undang beraja sebelum memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Kemerdekaan diberikan kepada Tanah Melayu pada tahun 1957 dan institusi beraja tetap diteruskan.

Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang menjadi dasar dan bentuk kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan yang unik.

Masyarakat Melayu sendiri juga bimbang dengan undang-undang yang diperkenalkan oleh British. Mereka risau kedudukan dan hak mereka sebagai penduduk pribumi akan tergugat dengan kemasukan begitu ramai pendatang dari negara China dan India. Kontark sosial antara kaum di Malaysia memberi kelegaan dan jaminan kepada masyarakat pribumi khasnya orang Melayu. . Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan.

Kedudukan istimewa orang Melayu juga termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang menguatkuasakan undang-undang perlembagaan kepada undang- undang yang sedia ada, contohnya adalah undang-undang yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan orang Melayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:

“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh

diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”

[Perkara 3: Perlembagaan Persekutuan]

Bahasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara dan kontrak sosial. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum dan keturunan yang bertutur dalam bahasa pertuturannya sendiri. Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan tidak pula mengenepikan bahasa lain. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan.

Jumaat, 16 Julai 2010

Naik Harga Minyak,Gas dan Gula Tanda Negara Muflis?

Adakah kenaikan minyak, gas dan gula telah mula muflis? Kalau kita sorot kembali kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala Pada 27 Mei lalu,dilaporkan berkata, "Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman". Katanya lagi, "hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong".



Tepat tengah malam tadi, harga petrol, diesel, gula dan gas LPG telah berkuatkuasa
Petrol RON 95, RON 97 dan diesel naik 5 sen. Harga gula pula naik 25 sen dan gas memasak LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.



Senarai harga baru:

a. Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
b. Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
c. Diesel - RM1.75 seliter.
d. Gula - RM1.70 sekilogram
e. Gas LPG - RM1.85 sekilogram


Harga baru gas:(bukan harga di Sabah, Sarawak dan di kawasan-kawasan pedalaman)

A. 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
B. 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
C. 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)


Najib berkata dalam Berita Harian online bahawa kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara. Menurutnya lagi penjimatan perbelanjaan akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.Beliau juga memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Apakah Kenaikan harga dan pemotongan subsisi benar-benar mengambarkan negara dah mula muflis?

****Satu perkara yang saya ingin kongsi bersama adalah kerajaan macam kejam kerana pengumuman dibuat tergesa-gesa, bagi peluang orang kampung untuk buat persediaan! sebelum dinaikkan harga.

Isnin, 12 Julai 2010

TAMBUAKAR


Menurut cerita lisan kaum Dusun di Ranau, Tambuakar berasal daripada ikan Sinsilog (sejenis ikan Belut). Ikan ini telah bertukar sifat dan bentuknya mengikut peredaran masa. Perubahan ini berlaku dalam masa ratusan tahun malah ada orang tua-tua menyatakan beribu-ribu tahun.


Kebanyakan orang tua di bahagian daerah Ranau, menceritakan bahawa Tambuakar berasal dari seekor ikan lalu bertukar bentuk badan yang besar separti naga di mana mempunyai kaki dan tangan. Disebabkan bentuk badan dan dengan adanya tangan dan kaki, ia mempunyai keistemewaan untuk membuat tempat tinggalnya.


Ia tinggal dalam air yang dalam dan berlobang. Dikatakan bahawa, tambuakar boleh menahan aliran air sungai dengan cara membuat benteng. Dengan sebab itu sungai bertukar menjadi tasik. Ada beberapa orang tua menyatakan bahawa suatu ketika dahulu bandar Ranau adalah sebuah tasik yang besar. Tasik ini terbentuk disebabkan oleh aktiviti Tambuakar tersebut.


Tambuakar yang menghuni tasik ini, menjadikan apa saja haiwan sebagai makanannya. Tambuakar boleh memakan sekali lahap seekor kerbau atau sapi. Tasik di Ranau ini dikatakan sebagai tempat yang paling menakutkan,. manusia juga menjadi mangsa apabila mendekati tasik ini.


Tambuakar dikatakan mempunyai satu kuasa atau aura yang boleh melemahkan mangsanya. Mangsa tidak berdaya bergerak untuk melarikan diri dari tambuakar. Dalam beberapa kejadian dikatakan tambuakar sengaja mengalirkan banjir dengan membuka pintu air. Apa bila haiwan atau manusia terkena banjir maka mereka lari menyelamatkan diri. Pada masa inilah tambuakar akan menjalankan peranannya untuk menangkap mangsanya.


Tambuakar menyebabkan kesengsaraan hidup orang Dusun di Ranau. Mereka tidak lari dari kawasan tasik tersebut kerana kawasan tersebut subur untuk pertanian di samping bekalan air yang banyak.


Tambuakar dikatakan mati apabila sebuah gunung berapi meletup di satu bahagian di pekan Ranau.

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP