Menurut cerita lisan kaum Dusun di Ranau, Tambuakar berasal daripada ikan Sinsilog (sejenis ikan Belut). Ikan ini telah bertukar sifat dan bentuknya mengikut peredaran masa. Perubahan ini berlaku dalam masa ratusan tahun malah ada orang tua-tua menyatakan beribu-ribu tahun.
Kebanyakan orang tua di bahagian daerah Ranau, menceritakan bahawa Tambuakar berasal dari seekor ikan lalu bertukar bentuk badan yang besar separti naga di mana mempunyai kaki dan tangan. Disebabkan bentuk badan dan dengan adanya tangan dan kaki, ia mempunyai keistemewaan untuk membuat tempat tinggalnya.
Ia tinggal dalam air yang dalam dan berlobang. Dikatakan bahawa, tambuakar boleh menahan aliran air sungai dengan cara membuat benteng. Dengan sebab itu sungai bertukar menjadi tasik.
Tambuakar yang menghuni tasik ini, menjadikan apa saja haiwan sebagai makanannya. Tambuakar boleh memakan sekali lahap seekor kerbau atau sapi. Tasik di Ranau ini dikatakan sebagai tempat yang paling menakutkan,. manusia juga menjadi mangsa apabila mendekati tasik ini.
Tambuakar dikatakan mempunyai satu kuasa atau aura yang boleh melemahkan mangsanya. Mangsa tidak berdaya bergerak untuk melarikan diri dari tambuakar. Dalam beberapa kejadian dikatakan tambuakar sengaja mengalirkan banjir dengan membuka pintu air. Apa bila haiwan atau manusia terkena banjir maka mereka lari menyelamatkan diri. Pada masa inilah tambuakar akan menjalankan peranannya untuk menangkap mangsanya.
Tambuakar menyebabkan kesengsaraan hidup orang Dusun di Ranau. Mereka tidak lari dari kawasan tasik tersebut kerana kawasan tersebut subur untuk pertanian di samping bekalan air yang banyak.
Tambuakar dikatakan mati apabila sebuah gunung berapi meletup di satu bahagian di pekan Ranau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan