Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 28 Jun 2009

3 Bapa

Di tepi padang sebuah sekolah, ada tiga budak borak kosong.


Budak A " Bapa aku jadi ahli sukan, bapa kau kerja apa "
Budak B dan Budak C menjawab " Bapa kami pun ahli sukan juga".
Maka semua bapa mereka adalah ahli sukan.


Budak A meneruskan cerita.." Bapa aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapa aku berlari dan menangkap lembing tersebut sebelum lembing itu jatuh ke tanah "

Budak B kata " Bapa aku lagi tangkas, bapa aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapa aku sempat berlari dan menangkap peluru tersebut"


"Mari kita dengar cerita bapa aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dan hebat dalam hal berlari lari”, kata Budak C. " Bapa aku kerja di SK WOKOK tapi tinggal di Taman Tak Jadi, Kota Belud. Bila sekolah tutup pukul 2.15 petang, pukul 1.00 petang bapa aku dah ada di rumah. Bayangkan betapa cepatnya bapa aku berlari”


PENGAJARAN: bapa macam ni banyak. Sekolah dan pejabat belum tutup dia dah ada kat rumah. Minta tolong banyak-banyak ……. Jangan jadi seperti baba Budak C tadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP