Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 11 Jun 2009

Antara Jean's Dan Jin

Apa dia? Kalau disebut kedua-dua perkataan ini adalah serupa. Namun Jeans inilah memberikan pengalaman kepada kawan saya. Satu hari bapa menyuruh anak lelakinya membeli seluar, apabila kembali kawan saya ini terkejut badak, begitu juga dengan ibunya. Sehinggakan seluar tersebut dibuang ke tong sampah. Maka terjadi petengkaran antara anak dan ibubapa. Apa salahnya seluar Jeans tersebut? Mahal bah harganya! Kalau tak silap saya ia berharga RM150.00.

Bila saya tanya, rupa-rupanya seluar itu memang seluar Jin Iprit . Bila begitu halnya, ibubapa yang tahu nilai agama dan keharmonian nilai ketimuran, menghalang anaknya memakai seluar Jeans ala Black Metal dan Skin Head. Seluar tu ada gambar jin, gambar tengkorak, gambar yang melambangkan pemujaan syaitan.

Di ringkaskan cerita, kerana marah dengan ibubapa, kononnya anak itu mahu lari dari rumah. Tak sanggup beribubapa yang selalu mengongkongnya. Kalau ikut fikiran saya yang tak waras ni, saya suruh saja keluar rumah, saya nak lihat sampai mana jauh perginya. Biar dia rasa apa ertinya mempunyai ibubapa.

Kalau ditenung-tenug, anak ini dah jatuh derhaka. kalau derhaka, tak masuk syorga malau cium bau syurga pun tak dapat. Ancaman Allah swt ialah masuk neraka.
Setahu saya, kalau pun kita benci dalam hati pun adalah derhaka kepada ibubapa kita.

Dalam soal ini, mari kita fikir sejenak di mana silapnya. Apakah kekurangan dan apa penambahbaikan untuk panduan kita bersama. Bagi saya, saya tak sanggup ibu sampai mengalirkan air mata melihat anak yang disayangi meninggikan suara kepadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP