Di sebalik panorama indah masjid Kundasang ini, kebimbangan timbul kerana keadaan struktur tanahnya yang tak stabil. Terdapat gelonsoran tanah besar berlaku di kawasan ini. Di samping masjid adalah beberapa bangunan Pusat Kegiatan Kokurikulum (PKK) yang telah lama di kosongkan. Hampir semua bangunan pusat ini sengek dan condong. Walaupun ada usaha untuk menyelamatkan kawasan ini dengan membena tembok ala tembok Negeri China namun ia semacam dah terlambat dan pembikinan yang ada sekarang Nampak lembab untuk menyiapkan tembok tersebut.
Selain daripada masjid ini, kampung-kampung di sekitar seperti Dumpiring, Sinisian, Lembah Permai, Hangooan, kawasan kedai Pekan Kundasang, Lobou-Lobou dan Semua bangunan SMK Kundasang terdedah kepada perkara ini. Dalam ingatan saya, tempat untuk aktiviti perniagaan sayur-sayuran telah dipindahkan sebanyak lima kali kerana tanah mengelonsor. Tapak kedai, tiga kali dipindahkan dan tapak sekolah Rendah Kundasang juga dipindahkan sebanyak tiga kali.
Sebab itu, mungkin orang bertanya kenapa pekan yang kaya dan makmur ini tidak mempunyai bangunan yang tinggi atau bertingkat. Jawapannya mudah sebab tanah tidak stabil. Bena bangunan dan rumah hari ini, tahun depan tidak boleh diduduki.
Samalah dengan projek bangunan PKK Jabatan Pelajaran Sabah yang dibena berhampiran dengan Masjid Kundasang, Belum panas punggung duduk di atas kerusi dah terpaksa berdiri dan angkat kaki. Ini kerana rekahan di tapak pusat ini dan bangunan-bangunan condong. Kini bangunan yang dibena tidak lama dulu, macam rumah berhantu layaknya pada masa ini.
Saya agak-agaklah, tu pegawai yang cadang tempat tu tak ada ‘common sense’ ataupun ‘orang kampong saya cakap tiada sikol’ sehingga tempat itu dijadikan tempat membena PKK. Sepatutnya dengan pemerhatian saja sudah cukup sebagai indicator bahawa tapak pusat ini tidak selamat. Nah! Siapa yang rugi? Ada unsur rasuahkah dalam kes ini, sehinggakan pusat ini dibena di sini? Dalam ingatan saya, tapak Pusat Kegiatan Kokurikulum ini adalah bekas tapak SK Kundasang pada akhir tahun 60an, 70an dan awal tahun 80an. Di tempat inilah permulaan saya mengenali dan memahami erti sebagai pelajar. Kalaulah bukan kerana gelongsoran tanah, saya fakir SK Kundasang masih bertahan di tapak ini. Tidak ada kesan langsung SK Kundasang yang boleh kita lihat di sini. Semuanya hilang dalam gelongsoran tanah dan gelongsoran masa.
Panorama Indah Masjid Pekan Kundasang Yang Berlatar Belakangkan Gunung Kinabalu
Pintu Gerbang Masjid Yang Sengek Dan Akan Runtuh
Rekahan Pada Struktur Bangunan Masjid
Pintu gerbang pusat PKK
Gambar bangunan PKK dalam semak dan tanah runtuh depan bangunan PKK
Gambar papan tanda perasmian PKK
Bangunan pentadbiran PKK yang condong.
Bahagian tepi bangunan masuk ke dalam tanah
Masjid yang terletak bersebelahan dengan PKK
Tentang Hati...
-
ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::
salam hujung minggu buat sahabat2 yang dikasihi..
muga ALLAH sentiasa merahmati kalian,
ana rasa terpanggil untuk menuli...
14 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan