Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 13 Jun 2009

Guru Setengah Masak Dan Pelajar Setengah Masak

Kemelut penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan dalam negara ini adalah suatu isu yang suram. Perkara ini adalah isu yang tidak pernah selesai. Dan, saya pasti isu ini akan berterusan tanpa noktah. Selepas Malaysia merdeka usaha untuk memertabatkan Bahasa Melayu bagi menyayingi Bahasa Inggeris telah diperjuangkan dalam semua segi. Tampak bahawa Bahasa Melayu telah sampai ke tahap yang membanggkan. Ini telah memberikankan kebanggaan terutama sekali pejuang bahasa Melayu ketika itu. Bahasa Melayu berjaya dijadikan sebagai bahasa penghantar di semua peringkat pendidikan.

Pada ketika ini, isu penggunaan bahasa Inggeris telah menjadi isu hangat dalam minda rakyat. PPSMI dikatakan gagal memberikan impak setelah enam tahun dilaksanakan. Kementerian Pelajaran Malaysia nampaknya terkial-kial untuk melaksananya. Mungkin guru boleh menguasai Bahasa Inggeris tetapi akan memakan masa yang lama. Menguasai bahasa adalah satu masalah dan mengajar dalam bahasa ini pun masalah. Apa tidaknya, guru terpaksa belajar bahasa baru dan terpaksa belajar kaedah pengajaran dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini amat memeritkan guru tersebut sehinggakan phobia dengan bahasa Inggeris. Dengan itu, kita maklum hasilnya. Ini petanda bahawa program ini akan gagal pada guru itu sendiri. PPSMI juga telah pun dipertikaikan keberkesanannya sampai ke peringkat kebangsaan. PPSMI telah disanggah dan perlu dimansuhkan.

Beberapa hari lalu, Datuk Seri Mohiddin Yassin mengumumkan bahawa syarat utama untuk lulus SPM ialah lulus bahasa Inggeris. Kenyataan ini juga telah dipertikaikan oleh beberapa pemimpin seperti Datuk Masidi Manjun. Alasannya mudah dan benar, iaitu Kementerian Pelajaran tidak mempunyai guru Bahasa Inggeris yang cukup dan berkelayakan di semua peringkat persekolahan. Datu Masidi Manjun merujuk kepada fakta bahawa pelajar-pelajar di Sabah akan tersingkir dalam amalan pendidikan sekiranya Bahasa Inggeris menjadi syarat wajib lulus SPM. Dalam beberapa tahun sahaja berpuluh ribu pelajar di Sabah akan menjadi penaggur.

Datuk Masidi memberikan saranan, bahawa pihak KPM perlu menyelesaikan masalaah kekurangan guru Bahasa Inggeris di semua peringkat terutama sekali kekurangan guru berkelayakan di bahagian pedalaman Sabah khasnya. Pada ketika ini, boleh dikatakan guru Bahasa Inggeris berkelayakan amat sukar ditemi bertugas di situ. Guru bahasa Inggeris yang ada adalah guru yang mengajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu. Keadaan ini berlaku bukan saja di sekolah rendah tetapi berlaku sehingga ke sekolah menengah. Ini adalah kerana guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris terpaksa ataupun dipaksa. Guru ini yang dikatakan guru setengah masak kerana pengatahuan bahasa Inggeris yang terbatas.

KPM perlu membuat kajian terperinci untuk mementukan keesahan guru yang mengajar Bahasa Inggeris supaya nantai tidak wujud puluhan ribu pelajar setengah masak. Apabila guru yang benar-benar masak sudah mencukupi, maka syarat wajib bahasa Inggeris di peringkat SPM boleh dilaksanakan

1 ulasan:

  1. Sangat setuju, agar guru-guru masak sahaja ditauliahkan untuk mengajar, agar murid-murid juga masak. jika guru setengah masak yang mengajar, sudah tentu hasilnya murid-murid yang belum masak, belum sampai setengah masak, malah masih mentah

    BalasPadam

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP