Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 21 Jun 2009

GURU PLASTIK

Selamat hari guru kepada warga pendidik. Seiring dengan perkembangan semasa, guru-guru adalah dituntut untuk memperkembangkan ilmu pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan kehendak falsafah pendidikan.

Guru inovatif dan kreatif adalah guru yang memenuhi kehendak falsafah pendidikan Negara. Ilmu baru diguna untuk memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian penggunaan teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses untuk menjadi kreatif dan inovatif. Daripada cara tradisional ke cara moden.

Cara ini telah membuktikan bahawa pelajar berjaya kerana adanya daya kreatif dan inovatif. Bukannya menjadi guru yang seumpama plastik, apabila berhadapan dengan bahang maka kecutlah dia, kerana tidak tahan tekanan dan tidak mahu menjadikan dirinya kreatif dan inovatif.

Tahniah kepada Cikgu Aefenddi Ibrahim, kerana dianugerahkan sebagai Guru Inovatif sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kota Belud.

Cikgu Aefendi dan John Samud di samping Sijil Anugerah pada 19.06.2009



Wajah-wajah guru SMK Usukan yang menghadiri majlis makan malam Hari Guru di SMK Pekan 2, Kota Belud.


Hj Ahinin dan En Jaim



En Jaim dan Pn Sandian



Cik Suelin, Pn Cathrine dan Pn Sendian



En Jaim dan Cik Suelin

1 ulasan:

  1. Terima kasih tuan. Rasanya inilah pertama kali sedikit kisah dan wajah aku dipaparkan kat mana-mana blog atau webpage. Bukannya enda mau buka blog sendiri, tapi entah macam tiada masa plak. Kalau buka blog sendiri agaknya basilah... terbiar enda kena update. Nanti sampai masa keluar juga blog aku nih... Mau kumpul material dulu... dan mau kuat semangat juga... nanti kalau ada orang condemn endalah menggelabah puyuh...(pinjam istilah Cikgu Ibrahim Kasa)

    Terima kasih buat bos kita En. Muhamad Yew Abdullah kerana mencalonkan saya... Jarang juga dapat penghargaan nih... sesekali dapat macam nih jadi booster plak menolak aku laju ke depan. Agaknya apa lagi mau diinovasikan untuk tahun depan??!!. Tq juga buat wife gue... kerana sabar dengan kesibukan suamimu... Wahhh nih dah terlebih sudah nih... macam dah jadi blog aku palk keh 3X...

    Bah gitu ja tuan, terima kasih banyak-banyak kerana sudi memaparkan kisah gue yang tidak sepertinya... Wassalam...

    BalasPadam

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP