kelmarin adalah hari yang agak ceria bagi kawanku, duduk sambil membaca surat khabar Daily Express. Tiba-tiba seseorang datang dan mengemukakan seorang pelajar berasama dengan tuduhan.
Diringkaskan cerita bahawa pelajar ini didapati mencuri beberapa bungkus maggie. Apa yang menghairankan ialah bagaimana pelajar ini boleh mencuri beberapa bungkus maggie, sedangkan lubang tempat pelajar mencuri ini amat kecil. Istilah yang biasa diguna di sini ialah `ngam-ngam` saja tangan kecilnya masuk ke lubang.
Tidak masuk akal macam mana beberapa bugkus maggie di bawa keluar. Jadi bila ditanya pelajar ini, rupa-rupanya setiap bungkusan maggie itu dironyokkan terlebih dahulu barulah dia tarik keluar.
Dalam hati saya, waktu mencuripun masih lagi menggunakan kreativiti untuk lolos. Ingatkan hanya dalam pengajaran dan pembelajaran saja menggunakan kreativiti. Ini dah lebih ni. Kalau diagak-agak, adakah guru terlebih ajar atau ibubapa terlebih ajar?
Tentang Hati...
-
ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::
salam hujung minggu buat sahabat2 yang dikasihi..
muga ALLAH sentiasa merahmati kalian,
ana rasa terpanggil untuk menuli...
14 tahun yang lalu
Cikgu,Saya berminat untuk tahu sama ada pelajar itu mencuri kerana lapar atau mencuri kerana nakal?
BalasPadampelajar ini kalau diberi panduan yang betul boleh menjadi juara. Jangan hukum dia, beri pengajaran yang betul.
BalasPadamSaudara Abd Naddin, pada saya kedua-duanya sekali. Satu kerana lapar, sebab tinggal di asrama dan tak cukup duit. Kedua kerana nakal, sebab dalam laporan disiplin asrama dan sekolah ada saja namanya tercatat dengan pelbagai kes perlanggaran disiplin.
BalasPadam