Trend kakitangan kerajaan sekarang nampaknya jauh berubah dalam era globalisasi. Nampak petanda-petanda bahawa kakitangan kerajaan terutamanya di daerah Kota Belud beralih arah daripada pro kerajaan kepada pro pembangkang. Secara diam-diam peralihan ini akan pecah dan akan menjadi ancaman kepada pemimpin-pemimpin yang ada sekarang.
Pemimpin yang ada sekarang sepatutnya sedar wabak ini. Pemimpin-pemimpin tidur dengan kemewahan yang mereka kecapi selama ini. Mereka tidak membuat buat apa-apa kecuali memberi gula-gula janji manis. selama ini, inilah trend yang diamalkan. Mereka nampaknya seperti penunggu gua kosong. Gua tak bermanafaat dan penunggu pun tak bermanafaat kepada gua.
Pemimpin yang ingin menjadi pemimpin sebelum ini mungkin lega dengan keadaan bahawa apabila mereka bertanding dengan tiket kerajaan secara automatik ia akan menang. Konsep kemenangan secara tradisional ini tidak lagi boleh diguna pakai pada ketika ini.
Kemenangan Dato Hj Musbah dan Dato Abd Rahman adalah kemenangan dengan cara tradisional. Mungkin dalam pemilihan akan datang kedua-duanya akan menghadapi masalah untuk mempromosi diri. Mungkin promosi mereka laku pada peringkat atasan tetapi lain pula halnya dengan kakitangan kerajaan. Guru-guru pula lain perangainya. mereka kadangkala boleh menjadi lidah kerajaan, akan tetapi kadang-kadang akan menjadi lidah kepada pembangkang. Guru-guru tidak perlu dibayar untuk itu. Mereka membuat iklan dengan percuma.
Merujuk kepada majlis sambutan Hari Guru Peringkat daerah Kota Belud, secara sinis guru-guru menunjukkan sikap acuh kepada pemimpin politik, lari dari majlis walaupun lagu Negara Ku diputarkan. Apakah ini adalah satu petanda guru tidak merestui pemimpin atau tidak menghormati lagu Negara Ku?
Tentang Hati...
-
ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::
salam hujung minggu buat sahabat2 yang dikasihi..
muga ALLAH sentiasa merahmati kalian,
ana rasa terpanggil untuk menuli...
14 tahun yang lalu
Salam. Sekira ini yang belaku... tantangan luarbiasa akan terjadi.. mungkin salam berisi (pinjam istilah DS Najib) tidak akan makan umpan lagi..Mungkin Datuk Musbah, Datuk Rahman belum terlambat lagi... ingatan pada YB-YB ini, Datuk Salleh adalah Ketua Bahagian UMNO.. Katanya (sewaktu dahulu).. individu popular saja.. yng akan dipilih.. maksudnya tidak jelas... popular yang bagaimana???
BalasPadam