Selasa, 30 Jun 2009
kisah 2 ekor anjing
Arakian maka tersebutlah kisah 2 ekor anjing yang dampar di sebuah pulau. Kedua dua anjing ini pada mulanya sedang belayar jauh untuk melancong. Malang sekali boat yang mereka naiki karam dipukul gelombang.
Setelah beberapa hari berada di pulau tersebut, maka kedua-duanya berpakat akan berenang ke tanah besar. Anjing A begitu giat untuk berlatih untuk mendapatkan stamina dengan harapan ia mengalahkan anjing B. Anjing B tidaklah sesibok seperti anjing A, dia releks saja.
Apa bila sampai masa, mereka pun berenang ke tanah besar, didapati bahawa anjing B lebih cepat sampai ke tanah besar, sempat tidur, minum dan makan KFC. Anjing A amat marah sebab ia ketinggalan jauh ke belakang. Maka anjing B pun kata " ala... janganlah kau marah bah, aku ni kan anjing laut'.

budak bawah umur
kelmarin adalah hari yang agak ceria bagi kawanku, duduk sambil membaca surat khabar Daily Express. Tiba-tiba seseorang datang dan mengemukakan seorang pelajar berasama dengan tuduhan.
Diringkaskan cerita bahawa pelajar ini didapati mencuri beberapa bungkus maggie. Apa yang menghairankan ialah bagaimana pelajar ini boleh mencuri beberapa bungkus maggie, sedangkan lubang tempat pelajar mencuri ini amat kecil. Istilah yang biasa diguna di sini ialah `ngam-ngam` saja tangan kecilnya masuk ke lubang.
Tidak masuk akal macam mana beberapa bugkus maggie di bawa keluar. Jadi bila ditanya pelajar ini, rupa-rupanya setiap bungkusan maggie itu dironyokkan terlebih dahulu barulah dia tarik keluar.
Dalam hati saya, waktu mencuripun masih lagi menggunakan kreativiti untuk lolos. Ingatkan hanya dalam pengajaran dan pembelajaran saja menggunakan kreativiti. Ini dah lebih ni. Kalau diagak-agak, adakah guru terlebih ajar atau ibubapa terlebih ajar?

Isnin, 29 Jun 2009
Petua Untuk Meningkatkan Daya Ingatan
Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.
Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita t ida k menjadi terlalu pelupa.
Antaranya ialah:
Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup.
Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda t ida k tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang t ida k peka dengan keadaan persekitaran. Anda t ida k dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan per eda ran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda t ida k ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan t ida k segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda t ida k hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.
Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.
Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.
Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.
Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.
Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan.
Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Ahad, 28 Jun 2009
3 Bapa
Di tepi padang sebuah sekolah, ada tiga budak borak kosong.
Budak A " Bapa aku jadi ahli sukan, bapa kau kerja apa "
Budak B dan Budak C menjawab " Bapa kami pun ahli sukan juga".
Maka semua bapa mereka adalah ahli sukan.
Budak A meneruskan cerita.." Bapa aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapa aku berlari dan menangkap lembing tersebut sebelum lembing itu jatuh ke tanah "
Budak B kata " Bapa aku lagi tangkas, bapa aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapa aku sempat berlari dan menangkap peluru tersebut"
"Mari kita dengar cerita bapa aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dan hebat dalam hal berlari lari”, kata Budak C. " Bapa aku kerja di SK WOKOK tapi tinggal di Taman Tak Jadi, Kota Belud. Bila sekolah tutup pukul 2.15 petang, pukul 1.00 petang bapa aku dah ada di rumah. Bayangkan betapa cepatnya bapa aku berlari”
PENGAJARAN: bapa macam ni banyak. Sekolah dan pejabat belum tutup dia dah ada kat rumah. Minta tolong banyak-banyak ……. Jangan jadi seperti baba Budak C tadi

Khamis, 25 Jun 2009
PPSMI MERUGIKAN PELAJAR?
Kerajaan akan membuat ketetapan berhubung kontroversi pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), seawal Julai ini. Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Pelajaran Malaysia, memberikan penerangan untuk meleraikan bantahan terhadap PPSMI yang mula diperkenalkan pada tahun 2003.
PPSMI merugikan pelajar, menurut Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) berasaskan sampel dari 553 orang guru dan 15,089 pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar, termasuk Sekolah Kebangsaan Orang Asli.mendapati ramai lagi guru yang belum layak mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana 39.3 peratus guru (74) sekolah rendah dan 25.3 peratus guru (93) sekolah menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris.
Pelaksanaan PPSMI dan sumbangannya terhadap peningkatan penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid sekolah rendah mendapati, bahawa mata pelajaran Sains, hanya berjaya menyumbang meningkatkan bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan bahasa Inggeris.
Bagi Sekolah Menengah Aliran Sastera pula, mata pelajaran Sains dan Matematik, berjaya menyumbang peningkatan bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus Matematik dan 0.6 peratus bagi Sains.
Analisa PEMBINA membuktikan dengan menganalisa sampel terhadap keputusan peperiksaan yang diambil ke atas 5,590 murid tahun 5, kohort 2 (2004) dari 56 SK seluruh negara, menunjukkan pencapaian mereka semakin merosot, malah ada yang dengan drastik merudum apabila mereka naik ke tahun yang lebih tinggi, iaitu di Tahun 2 (2005), Tahun 3 (2006), Tahun 4 (2007), Tahun 5 (2008) dan dijangkakan berterusan di Tahun 6 (2009).
Kerugian bukan saja terhadap pelajar, malah perlaksanaan PPSMI telah merugikan kerajaan. Dalam satu hal kos perlaksanaan PPSMI telah memenuhkan poket-poket orang-orang tertentu, mungkin juga akan menjadikan mereka itu senang lenang untuk beberapa keturunan.
……………sumber data Malaysiakini………………

Rabu, 24 Jun 2009
Hari Bapa Ku Sakit
Tahun ini Hari Hapa bagi ku lain daripada yang lain. Kalau tahun yang lalu, suasana kegembiraan menghiasi Hari Bapa ku. Hari Bapa kali ini ku keluarga ku sambut dengan kesedihan. Tidak ada senyuman, tidak ada kek, tidak ada mee goring kegemaranku dan sebagainya.
Kali ini ku sambut Hari Bapa ku dengan anak-anak yang sakit. Lima orang anak ku semuanya dijangkiti penyakit cacar. Kesihan pada isteriku yang tidak putus-putus melayan karenah anak-anak. Tidur tak lena kami tak lena, rehat kami tak cukup, makan kami tak enak dan pelbagai lagi perkara berlaku siang dan malam.

Isnin, 22 Jun 2009
mana kiblat guru? mana kiblat Dato Hj Musbah? mana kiblat Dato Abd Rahman?
Trend kakitangan kerajaan sekarang nampaknya jauh berubah dalam era globalisasi. Nampak petanda-petanda bahawa kakitangan kerajaan terutamanya di daerah Kota Belud beralih arah daripada pro kerajaan kepada pro pembangkang. Secara diam-diam peralihan ini akan pecah dan akan menjadi ancaman kepada pemimpin-pemimpin yang ada sekarang.
Pemimpin yang ada sekarang sepatutnya sedar wabak ini. Pemimpin-pemimpin tidur dengan kemewahan yang mereka kecapi selama ini. Mereka tidak membuat buat apa-apa kecuali memberi gula-gula janji manis. selama ini, inilah trend yang diamalkan. Mereka nampaknya seperti penunggu gua kosong. Gua tak bermanafaat dan penunggu pun tak bermanafaat kepada gua.
Pemimpin yang ingin menjadi pemimpin sebelum ini mungkin lega dengan keadaan bahawa apabila mereka bertanding dengan tiket kerajaan secara automatik ia akan menang. Konsep kemenangan secara tradisional ini tidak lagi boleh diguna pakai pada ketika ini.
Kemenangan Dato Hj Musbah dan Dato Abd Rahman adalah kemenangan dengan cara tradisional. Mungkin dalam pemilihan akan datang kedua-duanya akan menghadapi masalah untuk mempromosi diri. Mungkin promosi mereka laku pada peringkat atasan tetapi lain pula halnya dengan kakitangan kerajaan. Guru-guru pula lain perangainya. mereka kadangkala boleh menjadi lidah kerajaan, akan tetapi kadang-kadang akan menjadi lidah kepada pembangkang. Guru-guru tidak perlu dibayar untuk itu. Mereka membuat iklan dengan percuma.
Merujuk kepada majlis sambutan Hari Guru Peringkat daerah Kota Belud, secara sinis guru-guru menunjukkan sikap acuh kepada pemimpin politik, lari dari majlis walaupun lagu Negara Ku diputarkan. Apakah ini adalah satu petanda guru tidak merestui pemimpin atau tidak menghormati lagu Negara Ku?

Ahad, 21 Jun 2009
PUSAT KESIHATAN JAWI-JAWI
PUSAT KESIHATAN JAWI-JAWI
Dengan pembinaan bangunan baru pusat kesihatan Jawi-jawi telah memberikan nafas baru kepada kakitangan pusat ini. Ini adalah kerana pusat ini berkongsi tempat dengan Klinik Ibu dan Anak. Pusat Kesihatan ini, kini telah dipisahkan untuk memudahkan urusan pesakit yang kadangkala bertindih tugas sebagai kakitangan pusat kesihatan dan kakitangan klinik Ibu dan Anak.
Pusat kesihatan ini menerima pesakit antara 80 orang ke 100 orang sehari. Dalam sebulan jumlah pesakit yang datang adalah lebih kurang 1500 orang. Pusat kesihatan ini menjadi pilihan utama penduduk sekitar untuk mendapatkan rawatan.
Pusat Kesihatan ini nampaknya mempunyai keistemewaan tersendiri, sesuai dengan selogannya KAMI SEDIA MEMBANTU kakitangannya mesra, cekap dan perihatin. Dengan itu pesakit tidak perlu lagi berlari ke Hospital Kota Belud untuk mendapatkan rawatan.Tahniah kepada kakitangan Pusat Kesihatan dan juga kakitangan Klinik Ibu dan Anak.
Kaunter Farmasi
Pesakit sekeluarga, dipercayai penyakit cacar
En Donny sedang tekun melayan pesakit
En Mulah dan En Jhonny
Staff bahagian kaunter En Jamali dengan pembantunya
Ruang Menunggu yang lebih luas

GURU PLASTIK
Selamat hari guru kepada warga pendidik. Seiring dengan perkembangan semasa, guru-guru adalah dituntut untuk memperkembangkan ilmu pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan kehendak falsafah pendidikan.
Guru inovatif dan kreatif adalah guru yang memenuhi kehendak falsafah pendidikan Negara. Ilmu baru diguna untuk memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian penggunaan teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses untuk menjadi kreatif dan inovatif. Daripada cara tradisional ke cara moden.
Cara ini telah membuktikan bahawa pelajar berjaya kerana adanya daya kreatif dan inovatif. Bukannya menjadi guru yang seumpama plastik, apabila berhadapan dengan bahang maka kecutlah dia, kerana tidak tahan tekanan dan tidak mahu menjadikan dirinya kreatif dan inovatif.
Tahniah kepada Cikgu Aefenddi Ibrahim, kerana dianugerahkan sebagai Guru Inovatif sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kota Belud.
Cikgu Aefendi dan John Samud di samping Sijil Anugerah pada 19.06.2009
Wajah-wajah guru SMK Usukan yang menghadiri majlis makan malam Hari Guru di SMK Pekan 2, Kota Belud.
Hj Ahinin dan En Jaim
En Jaim dan Pn Sandian
Cik Suelin, Pn Cathrine dan Pn Sendian
En Jaim dan Cik Suelin

Sabtu, 20 Jun 2009
Dato Abd Rahman Dahlan – DIA MENUNGGU ATAU DIA DITUNGGU?
Selamat Hari Guru …. Secara peribadi dapat saya saksikan bahawa sambutan Hari Guru peringkat daerah Kota Belud kali ini adalah hambar. Seolah-olah ada yang tidak kena. Peratusan guru yang hadir ke majlis sambutan Hari Guru di dewan YB Dato Hj Musbah tidak menggalakan.
Dalam atur cara, menyatakan kehadiran guru ke majlis adalah 7.30 pagi, saya lihat bahawa guru-guru sudah pun bersedia seawal 7.00 pagi di luar dewan dan di tepi jalan Kg Taungusi. Sepatutnya acara bermula pada pukul 8.00 dengan harapan Dato Abd Rahman Dahlan akan datang ke majlis ini dengan tepat masa. Namun sebaliknya berlaku, Datu Rahman tidak nampak kelibatnya. Dia hanya datang pada pukul 10.00 pagi mengikut jam saya. Berapa masa yang dibuang begitu sahaja?
Mungkin perasaan tidak puas hati bukan sahaja guru seperti saya, tetapi guru-guru yang datang jauh dari tempat ini. Saya mungkin betul bila menyatakan bahawa guru-guru dari Sayap, Sarang, Tambotuan, Kabayau, Rosok, Ambong dan sebagainya telah mula melangkahkan kaki seawal 5.00 pagi, tanpa sarapan dan mengharapkan sesuatu yang istemewa Hari Guru kerana inilah hari yang amat berharga bagi setiap guru.
Saya dapat lihat bahawa ramai guru telah mula melarikan diri dari majlis ini, kerana ketidak tepatan masa pemimpin. Guru sudah terdidik dengan etika menepati masa, sesaat amat bererti bagi seorang guru. Kelewatan acara dijalankan seolah-olah satu seksaan dan menimbulkan keresahan. Apakah guru-guru ini dah sarapankah belum? Kadang-kadang orang yang lapar cepat marah. Dalam masa menunggu acara bermula, ramai kawan bercakap pelbagai perkara. Antara percakapan yang saya dengar adalah;- kawan seorang ini kata bagus jangan panggil (jemput), menyusahkan. Keluar dari mulut seorang lagi, mana dia selogan RAKYAT DIDAHULUKAN? TIPU SAJA!. Kawan satu ini pula cakap, perlu juga kita ajar pemimpin seperti ini. Kawan satu lagi , yang kurang bercakap kata, saya saja yang kasi rasmi. Bapa budak di sebelah pula kata dia tu memang begitu, hari itu kami panggil (jemput) untuk penyampaian hadiah Tadika, 800 pagi dijemput tapi datang 11.00 pagi tak faham perasaan orang. Jangan undilah kalau begitu walaupun dia buat promosi hari ini, kata kawan satu yang amat resah lalu pulag. Kadang-kadang pemimpin juga perlu diajar kata sseorang kawan yang duduk jauh dari saya. Dan begitulah adanya, pelbagai lagi mungkin luahan hati guru, umpatan memanjang atau pun mungkin pujian.
Walaumacam manapun saya ucapkan tahniah kepada Pengetua SMK Taun Gusi bersama staffnya telah berjaya menyempurnakan sambutan Hari Guru peringkat daerah Kota Belud, dan telah melibatkan pemimpin politik dalam sambutan ini, iaitu YB Hj Musbah dan Datu Rahman.

Rabu, 17 Jun 2009
Masjid VS Pusat Kegiatan Kokurikulum
Di sebalik panorama indah masjid Kundasang ini, kebimbangan timbul kerana keadaan struktur tanahnya yang tak stabil. Terdapat gelonsoran tanah besar berlaku di kawasan ini. Di samping masjid adalah beberapa bangunan Pusat Kegiatan Kokurikulum (PKK) yang telah lama di kosongkan. Hampir semua bangunan pusat ini sengek dan condong. Walaupun ada usaha untuk menyelamatkan kawasan ini dengan membena tembok ala tembok Negeri China namun ia semacam dah terlambat dan pembikinan yang ada sekarang Nampak lembab untuk menyiapkan tembok tersebut.
Selain daripada masjid ini, kampung-kampung di sekitar seperti Dumpiring, Sinisian, Lembah Permai, Hangooan, kawasan kedai Pekan Kundasang, Lobou-Lobou dan Semua bangunan SMK Kundasang terdedah kepada perkara ini. Dalam ingatan saya, tempat untuk aktiviti perniagaan sayur-sayuran telah dipindahkan sebanyak lima kali kerana tanah mengelonsor. Tapak kedai, tiga kali dipindahkan dan tapak sekolah Rendah Kundasang juga dipindahkan sebanyak tiga kali.
Sebab itu, mungkin orang bertanya kenapa pekan yang kaya dan makmur ini tidak mempunyai bangunan yang tinggi atau bertingkat. Jawapannya mudah sebab tanah tidak stabil. Bena bangunan dan rumah hari ini, tahun depan tidak boleh diduduki.
Samalah dengan projek bangunan PKK Jabatan Pelajaran Sabah yang dibena berhampiran dengan Masjid Kundasang, Belum panas punggung duduk di atas kerusi dah terpaksa berdiri dan angkat kaki. Ini kerana rekahan di tapak pusat ini dan bangunan-bangunan condong. Kini bangunan yang dibena tidak lama dulu, macam rumah berhantu layaknya pada masa ini.
Saya agak-agaklah, tu pegawai yang cadang tempat tu tak ada ‘common sense’ ataupun ‘orang kampong saya cakap tiada sikol’ sehingga tempat itu dijadikan tempat membena PKK. Sepatutnya dengan pemerhatian saja sudah cukup sebagai indicator bahawa tapak pusat ini tidak selamat. Nah! Siapa yang rugi? Ada unsur rasuahkah dalam kes ini, sehinggakan pusat ini dibena di sini? Dalam ingatan saya, tapak Pusat Kegiatan Kokurikulum ini adalah bekas tapak SK Kundasang pada akhir tahun 60an, 70an dan awal tahun 80an. Di tempat inilah permulaan saya mengenali dan memahami erti sebagai pelajar. Kalaulah bukan kerana gelongsoran tanah, saya fakir SK Kundasang masih bertahan di tapak ini. Tidak ada kesan langsung SK Kundasang yang boleh kita lihat di sini. Semuanya hilang dalam gelongsoran tanah dan gelongsoran masa.
Panorama Indah Masjid Pekan Kundasang Yang Berlatar Belakangkan Gunung Kinabalu
Pintu Gerbang Masjid Yang Sengek Dan Akan Runtuh
Rekahan Pada Struktur Bangunan Masjid
Pintu gerbang pusat PKK
Gambar bangunan PKK dalam semak dan tanah runtuh depan bangunan PKK
Gambar papan tanda perasmian PKK
Bangunan pentadbiran PKK yang condong.
Bahagian tepi bangunan masuk ke dalam tanah
Masjid yang terletak bersebelahan dengan PKK

Isnin, 15 Jun 2009
IRRANUN 1
Kelahiran anak dalam masyarakat Irranun amat membanggakan ibubapa apalagi kalau anak itu anak pertama. Nama anak tersebut akan menjadi pengganti nama panggilan bapanya atau nama ibunya. Adalah menjadi kesalahan atau menjadi celaan masyarakat Irranun sekiranya sesorang yang sudah mempunyai anak masih dipanggil namanya seperti sebelum ada anak. Sebagai contohnya, nama saya Hajin dan bila saya ada anak tak kiralah perempuan atau lelaki yang penting anak pertama, maka nama saya Hajin tadi tidak lagi dipanggil sebagaimana sebelumnya. Andai kata nama anak pertama saya Noohafizah maka saya dipanggil Amai Noorhafizah dan isteri saya pula akan dipanggil sebagai Inai Noorhafizah
Nilai murni seperti ini kekal dan amat dijaga oleh semua lapisan masyarakat Irranun. Nilai ini penting untuk menjaga keharmonian antara anak dan ibubapa. Begitu juga dengan hubungan keluarga terdekat, jiran dan masyarakat.
video menyambut kelahiran anak pertama pasangan bahagia Nookhana dan Sigar

Sabtu, 13 Jun 2009
Guru Setengah Masak Dan Pelajar Setengah Masak
Kemelut penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan dalam negara ini adalah suatu isu yang suram. Perkara ini adalah isu yang tidak pernah selesai. Dan, saya pasti isu ini akan berterusan tanpa noktah. Selepas Malaysia merdeka usaha untuk memertabatkan Bahasa Melayu bagi menyayingi Bahasa Inggeris telah diperjuangkan dalam semua segi. Tampak bahawa Bahasa Melayu telah sampai ke tahap yang membanggkan. Ini telah memberikankan kebanggaan terutama sekali pejuang bahasa Melayu ketika itu. Bahasa Melayu berjaya dijadikan sebagai bahasa penghantar di semua peringkat pendidikan.
Pada ketika ini, isu penggunaan bahasa Inggeris telah menjadi isu hangat dalam minda rakyat. PPSMI dikatakan gagal memberikan impak setelah enam tahun dilaksanakan. Kementerian Pelajaran Malaysia nampaknya terkial-kial untuk melaksananya. Mungkin guru boleh menguasai Bahasa Inggeris tetapi akan memakan masa yang lama. Menguasai bahasa adalah satu masalah dan mengajar dalam bahasa ini pun masalah. Apa tidaknya, guru terpaksa belajar bahasa baru dan terpaksa belajar kaedah pengajaran dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini amat memeritkan guru tersebut sehinggakan phobia dengan bahasa Inggeris. Dengan itu, kita maklum hasilnya. Ini petanda bahawa program ini akan gagal pada guru itu sendiri. PPSMI juga telah pun dipertikaikan keberkesanannya sampai ke peringkat kebangsaan. PPSMI telah disanggah dan perlu dimansuhkan.
Beberapa hari lalu, Datuk Seri Mohiddin Yassin mengumumkan bahawa syarat utama untuk lulus SPM ialah lulus bahasa Inggeris. Kenyataan ini juga telah dipertikaikan oleh beberapa pemimpin seperti Datuk Masidi Manjun. Alasannya mudah dan benar, iaitu Kementerian Pelajaran tidak mempunyai guru Bahasa Inggeris yang cukup dan berkelayakan di semua peringkat persekolahan. Datu Masidi Manjun merujuk kepada fakta bahawa pelajar-pelajar di Sabah akan tersingkir dalam amalan pendidikan sekiranya Bahasa Inggeris menjadi syarat wajib lulus SPM. Dalam beberapa tahun sahaja berpuluh ribu pelajar di Sabah akan menjadi penaggur.
Datuk Masidi memberikan saranan, bahawa pihak KPM perlu menyelesaikan masalaah kekurangan guru Bahasa Inggeris di semua peringkat terutama sekali kekurangan guru berkelayakan di bahagian pedalaman Sabah khasnya. Pada ketika ini, boleh dikatakan guru Bahasa Inggeris berkelayakan amat sukar ditemi bertugas di situ. Guru bahasa Inggeris yang ada adalah guru yang mengajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu. Keadaan ini berlaku bukan saja di sekolah rendah tetapi berlaku sehingga ke sekolah menengah. Ini adalah kerana guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris terpaksa ataupun dipaksa. Guru ini yang dikatakan guru setengah masak kerana pengatahuan bahasa Inggeris yang terbatas.
KPM perlu membuat kajian terperinci untuk mementukan keesahan guru yang mengajar Bahasa Inggeris supaya nantai tidak wujud puluhan ribu pelajar setengah masak. Apabila guru yang benar-benar masak sudah mencukupi, maka syarat wajib bahasa Inggeris di peringkat SPM boleh dilaksanakan

Jumaat, 12 Jun 2009
3K SMK Usukan Kota Belud
SMK Usukan telah berjaya mengadakan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan. Pesertanya adalah terdiri daripada semua kakitangan sekolah ini. Kursus ini diadakan pada 11-12 jun 2009. Di Dewan Rasa Sayang Kg.Bobot Kota Belud.
Beberapa kertas kerja telah dibentangkan dan dibengkelkan dalam kursus ini. Perkara yang mungkin menarik bagi saya adalah tajuk kursus 3K. 3K adalah agak baru di Sabah, tetapi sudah lama mungkin diamalkan di bahagian Semananjug Malaysia. 3K adalah nilai kualiti yang wajib ada di sekolah. 3K bermaksud Kebersihan,Kesihatan dan Keselematan. Secara amnya, 3K di peringkat sekolah, merupakan kerjasama bersepadu pelbagai pihak untuk memastikan bahawa keadaan persekitaran sekolah sentiasa bersih, warga sekolah terjamin kesihatan dan keselamatan mereka.
Oleh itu, untuk menjayakan program murni ini, pihak-pihak seperti Jabatan Polis, Bomba, Kesihatan, Pertanian, Perhutanan, NGO, PIBG, ADK, Kantin sekolah dan sebagainya, digembeling untuk menjayakan 3K. Oleh itu, Pihak sekolah misalnya tidak berseorangan untuk menangani isu yang berkaitan dengan 3K tersebut.
Gambar-gambar peserta kursus.
Gambar Pengtua En Mhd Yew, En Nasdin, EN Nawi dan Pn Suszi - memotong kek Hari Guru, Hari Bapa dan Hari Ibu.

Khamis, 11 Jun 2009
Antara Jean's Dan Jin
Apa dia? Kalau disebut kedua-dua perkataan ini adalah serupa. Namun Jeans inilah memberikan pengalaman kepada kawan saya. Satu hari bapa menyuruh anak lelakinya membeli seluar, apabila kembali kawan saya ini terkejut badak, begitu juga dengan ibunya. Sehinggakan seluar tersebut dibuang ke tong sampah. Maka terjadi petengkaran antara anak dan ibubapa. Apa salahnya seluar Jeans tersebut? Mahal bah harganya! Kalau tak silap saya ia berharga RM150.00.
Bila saya tanya, rupa-rupanya seluar itu memang seluar Jin Iprit . Bila begitu halnya, ibubapa yang tahu nilai agama dan keharmonian nilai ketimuran, menghalang anaknya memakai seluar Jeans ala Black Metal dan Skin Head. Seluar tu ada gambar jin, gambar tengkorak, gambar yang melambangkan pemujaan syaitan.
Di ringkaskan cerita, kerana marah dengan ibubapa, kononnya anak itu mahu lari dari rumah. Tak sanggup beribubapa yang selalu mengongkongnya. Kalau ikut fikiran saya yang tak waras ni, saya suruh saja keluar rumah, saya nak lihat sampai mana jauh perginya. Biar dia rasa apa ertinya mempunyai ibubapa.
Kalau ditenung-tenug, anak ini dah jatuh derhaka. kalau derhaka, tak masuk syorga malau cium bau syurga pun tak dapat. Ancaman Allah swt ialah masuk neraka.
Setahu saya, kalau pun kita benci dalam hati pun adalah derhaka kepada ibubapa kita.
Dalam soal ini, mari kita fikir sejenak di mana silapnya. Apakah kekurangan dan apa penambahbaikan untuk panduan kita bersama. Bagi saya, saya tak sanggup ibu sampai mengalirkan air mata melihat anak yang disayangi meninggikan suara kepadanya.

Motif Hiasan Rumah Moden Masyarakat Irranun
Masyarakat Irranun amat cintakan hiasan pada setiap sudut rumah. Ini nampak dengan jelas apabila kita berkunjung ke rumah mereka. Berdasarkan kepada pemarhatian saya, saya dapati penggunaan unsur alam semulajadi menjadi pilihan utama dalam hiasan.
Corak bunga dipermudahkan dengan melukis mengikut corak geomati, tanpa menghilangkan bentuk asal. Begitu juga dengan lipatan segi tiga adalah unsur daun nipah, daun pandan liar dan daun kelapa yang dilipat atau dianyam secara berangkai.
GambarI dan II: Penggunaan hiasan rumah pada bahagian tangga dan beranda rumah moden masyarakat Irranun.
Gambar I
GambarII

Selasa, 9 Jun 2009
Pekan Sayur-sayuran di Kundasang
Pekan ini seakan tidak ada siang dan malam, aktiviti perniagaan akan bermula seawal pukul tiga pagi dan akan berhenti sekitar dua belas tengah malam. Aktiviti ini dijalankan sama ada dengan cara borong atau jualan langsung kepada individu yang singgah di sini.
Cuaca dingin tidak menghalang aktiviti perniagaan di sini. Orang akan silih berganti untuk membeli pelbagai jenis sayur. Rizki di sini amat lumayan kata seorang peniaga. Kebanyakan pembeli datang sama ada sebagai pelancong yang bercuti di kawasan tanah tinggi ini ataupun sebagai individu yang lalu, contohnya datang dari Kudat, Pitas, Kota Marudu dari di bahagaian pantai Barat Utara, Kota Kinabalu, Tuaran, Tamparuli dari bahagian Pantai Barat Selatan, Sandakan, Tawau, Lahadatu dan daerah-daerah lain akan melalui kawasan Kundasang ini. Jadi, mereka akan singgah untuk membeli sebagai keperluan dapur ataupun sebagai oleh-oleh kepada keluarga, jiran dan kawan-kawan.
Kawasan ini amat strategik kerana merupakan laluan utama terutama dari pantai barat, pantai barat utara dan pantai timur. Selain daripada itu, cuaca yang sejuk, di kawasan ini menjadi daya tarikan utama. Keadaan semulajadinya indah, selain daripada Gunung Kinabalu menjadi kemestian untuk didaki dan terdapat juga matair panas Poring. Ini telah menjadi faktor kedatangan pelancong tempatan dan luar negeri untuk datang ke daerah ini.

Perlakuan Seorang Bapa Yang Sonsang
Mencabul anak sendiri adalah perbuatan yang amat terkutuk dalam norma masyarakat apatah dalam agama. Kalaupun seseorang tersebut tak berpegang kepada agama namun tak sanggup mengapa-apakan anak sendiri. Seorang bapa misalnya akan melindungi anaknya walaupun nyawa terpaksa digadaikan.
Agama menyatakan manusia lebih mulia daripada haiwan, tetapi apabila seorang bapa mencabul anaknya sendiri maka taraf manusia ini lebih rendah daripada binatang dan lebih malah hina daripada itu. Pada saya haiwan lebih baik kerana ia dapat memberikan manafaat.
Setahu saya hukuman bagi pesalah seperti ini adalah tiga sebatan dan tiga tahun penjara, maaf kalau kenyataan ini tak betul. Pada hemat saya, hukuman pesalah seperti ini sepatutnya dihukum dengan lebih berat lagi berbanding dengan perogol bawah umur.
Perasaan tak tertanggung sebagai ibu dan perasaan sebagai pak cik amat memilukan. Ke mana arah nanti anak ini? Ke mana si ibu meletakkan diri? Bagaimana untuk meneruskan hidup?
Hari ini 09.06.2009 sebutan kes di mahkamah, tetapi ditunda ke minggu depan. Pertanyaan dalam lubuk hati, apakah hukuman yang akan dijatukan oleh mahkamah sedikit sebanyak mengubati hati yang penuh amarah ini?

Isnin, 8 Jun 2009
KEHILANGAN ATAU DAPAT PENGGANTI?
Hilang dan dapat pengganti. Apakah pengganti itu sama dengan yang hilang? Apakah sama RM1.00 sama dengan RM1.00 esok hari? Apakah hari ini sama dengan hari esok?
Kawan yang kita ada hari ini tidak sama dengan kawan yang kita jumpa pada hari esoknya. Kadangkala kawan yang kita dapat sekadar kawan ditepi jalan.
Kawan yang seorang ini sukar untuk dicari ganti, hilangnya terasa amat. Bila tak ada rasa ada kekurangan. Tapi apakan daya kerana tugas kepada negara dan keluarga maka kita kehilangan kawan.
Hasil karya seorang kawan oct.2008
Kalau semalam namamu akan gemuruh di persada pentas,
Kini namamu hilang bersama anginnan lalu
Langgan:
Catatan (Atom)