Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 24 Oktober 2010

KOTORNYA AIR KAMI DI TAMAU

SANGGUPKAH ANDA MINUM AIR YANG KAMI MINUM SETIAP HARI?
INILAH HAKIKATNYA KEADAAN KAMI. UMNO DAN BARISAN NASIONAL TIDAK PERNAH AMBIL PEDULI WALAU PUN DAH 50 TAHUN LEBIH KITA MERDEKA..












BIO AURA PUN TAK MAMPU NAK TOLONG..........






MAU MENGADU MASALAH INI TAK NAK DILAYAN.............

Selasa, 19 Oktober 2010

Sentuhan Refliksi Ikan

Ikan-ikan menyambut kedatangan Fiza di gigi air

Luanti terletak di Kg Nalapak, Ranau, Sabah. Kampung Nalapak adalah terkenal dengan ladang teh di Sabah. Nalapak juga terkenal dengan Raja Buah iaitu Durian. Pada setiap tahun, ramai pelancong tempatan dan luar negeri membanjiri tempat ini semata-mata melihat keunikan ladang teh di dalam hutan. Ladang teh ini adalah ladang yang terbesar di Sabah.

Satu tarikan baru di Kg Nalapak ialah ikan-ikan yang amat mesra kepada manusia. Ikan-ikan ini terpelihara oleh keadaan air sungai dan persekitaran yang semulajadi.

Satu amalan masyarakat Dusun terutama di kawasan Ranau ialah amalan sistem Tagal bertujuan untuk menjaga kelansungan hidup pelbagai spesis ikan di kebanyakan sungai di daerah ini.

Dengan sebab itu, sesiapa yang berkunjung ke Luanti, Nalapak, Ranau, pasti merasa amat bertuah kerana dapat merasa sentuhan ajaib atau sentuhan refleksi ikan-ikan di
sini.


Membuat kocakan di air untuk memanggil ikan



Menabur makanan ikan




Kristy dan Madius melayani ikan-ikan yang datang (Tamparuli)

Isnin, 11 Oktober 2010

AMALAN YANG MERINGANKAN SIKSA KUBUR


Untuk mencapai kelepasan dari seksaan kubur atau meringankannya,seseorang Mu'min perlulah melakukan beberapa perkara bagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w dalam Hadith danSunnah :

1. Memelihara Solat 5 Waktu
---------------------------
Berdasarkan Hadith oleh Ibu Hajar Al-Haitami dlm kitabnya"Az-Zawaajir" bahawa orang yg memelihara Solat Lima Waktu ituakan dihindarkan dari seksaan Kubur; sebaliknya orang yang mengabaikannya maka diwaktu dia mati, mayatnya dihimpitkan Kubur sehingga berselisih tulang rusuknya.

2. Selalu Membaca Surah Al-Ikhlas terutamanya dalam kesakitan yang membawa kematian
------------------------------------------------------- -------
Al-Imam At-Tabaraani mengemukakan Hadith menerusi 'Abdulah
b.Asy-Syakhiir bahawa Rasullullah s.a.w bersabda :"Siapa membaca Qul huwallaahuahad dalam kesakitan yang membawa matinya, tiadalah ia menderitai himpitan Kubur; dan dihari Kiamat kelak, ia dibawa oleh Malaikat dengan telapak tangannya hingga terlepas dari Titian Siratul Muntaha dan sampai keSyurga." (bagi mereka yg beriman).
** Akan tetapi mengikut Hadith yg sama dikemukakan oleh AbuNu'aim adalah didapati sanadnya Maudhuu.

3. Senantiasa membaca Surah Al-Mulk (Tabaarak)pada setiap malam sekurang-kurangnya malam Jumaat.
------------------------------------------------------- ---------
Rasullulah s.a.w menamakan Surah ini dengan "Al-Maani'ah"(Pencegah, penahan dari seksaan) dimana beliau bersabda;"Dialah surah Pencegah yang mencegah pembacanya dari seksaanKubur" Riwayat An-Nasaa'i. Hadis Riwayat At-Turmudzi menerusiIbnu 'Abbaas adalah bertaraf Hasan.

"Siapa yang pada setiap malam membaca Tabaarak.., adalah dia akan dicegahkan oleh Allah 'Azza Wa Jalla dari seksaan Kubur"Hadis Riwayat An-Nasaa'i menerusi Ibnu Mas'uud.

Abu Hurairah dan Jaabir b.Abdullah pernah menerangkan bahwa Rasullullah s.a.w tidaklah beliau tidur malam sehingga beliau membaca Surah alif Laam Miin Al Kitaab (Surah As-Sajdah) danTabaarak

4. Mati Syahid
---------------
Hadith yang diriwayatkan oleh At-Turmudzi dan Ibnu Maajahbahawa antara kelebihan mati syahid kerana menegakkan kalimahAllah ialah seseorang itu akan dijauhkan daripada seksaan kubur.
Salmaa Al-Faarisi menyebutkan bahawa dia mendengar Nabi s.a.wbersabda :
"Mengawal negeri sehari dalam peperangan Sabilillah itu adalahlebih utama".Terkadang berliau bersabda: Lebih baik dari berpuasa (sunat) sebulan dan beribadat (pada malamnya); dan siapa mati di dalam mengawal (termasuk orang yang mati sedanghatinya masih terikat dengan
perjuangan menegakkan kalimah Allah) nescaya terpeliharalah dia daripada fitnah kubur;sedangkan amalannya subur(terus bertambah;dipahalai sebagaihari-hari hidupnya) sampai hari Kiamat."Riwayat At-Turmudzi; Hasan

5. Mati di malam atau siang hari Jumaat
----------------------------------------
Rasullulah s.a.w bersabda :"Tiadalah seseorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat, melainkan Allah memeliharanya dari fitnah kubur"Riwayat At-Turmudzi:Marfuu'

6. Mati sebab sakit dalam perut
--------------------------------
Abu Daud mengeluarkan Hadis secara Marfuu':"Siapa mati disebabkan penyakit dalam perutnya tidaklah dia diseksakan dalam kuburnya" - Juga Riwayat Ibu Maajah AlBaihaqi dan At-Turmudzi dimana dia menganggap ia Hasan.

7. Tidak ditangisi mayat diwaktu kematian seperti perlakuan Jahiliah
------------------------------------------------------- -----
Umar Al-Khattab menyebutkan bahwa Rasullullah saw bersabda:"Seseorang yang mati itu akan diseksakan dalam kuburnya disebabkan dia ditangisi (sewaktu kematiannya sebab itu wasiatlah diwaktu hampir kematian agar tiada keluarga yangmenangisi dengan cara menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyakkan baju sebagai menunjukkan sikap simpati danterharu dengan kematian; akan tetapi tidaklah mengapa dengan menangis sahaja" Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

8. Selalu diri sendiri memberi sedekah atau derma kebajikan:
------------------------------------------------------- ------
Uqbah B.Aamir menyebutkan bahawa Rasullulah saw bersabda :"Sungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan (seksaan)Kubur daripada yang selalu memberi sedekah; dan hanya sungguhnya seseorang Mu'min itu akan dapat bernaung dibawahnaungan sedekahnya di hari Kiamat" Riwayat At-Tabaraani

9. Menyempurnakan basuhan wudhuk dan menolong orang sedang dianiayai:
------------------------------------------------------- -----
Menurut Ibnu Mas'uud bahawa Rasullullah saw pernah memberitakan : "Ada seorang hamba Allah yang diperintah supaya dipukul 100kali dalam kuburnya. Akan tetapi oleh sebab orang itu selalu berdoa supaya dilindungi daripada seksaan Kubur semasa hidupnya maka dia dipukul hanya sekali pukulan.Akan tetapi dengan sekali pukulan itu menyebabkan kuburnya dipenuhi api.Sesudah api hilang(padam)dan dia sembuh dari pukulan itu maka orang itu bertanya pada Malaikat: Sebab apakah saya dipukul (tadi?). Malaikat menjawab : "(Ialah disebabkan)
engkau bersembahyang tanpa wudhuk (dengan wudhuk yang tidak dilakukan dengan sempurna basuhannya) dan engkau pernah melalui orang yang sedang dianayai tetatpi engkau tidak memberikan pertolongan" Riwayat At-Tahaawi

10. Selalu memohon pada Allah swt agar dilindungi daripada seksaan Kubur
------------------------------------------------------- -----------
Menurut Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, An-Nasaa'i, Ahmad b.Hanbal,Abu Awanah dan Ibnu Al-Jaaruud bahawa Rasullullah saw membacakan doa memohon daripada Allah agar dilindungiNya dari empat perkara, yang mana dibacakan lepas Tasyahhud Akhirnya sebagai satu sunnah bgainda saw (yg perlu diikuti segera) iaitu dibacakan debelum doa terakhir sebelum salam, doanya berbunyi : "Wahai Allah, sungguhnya saya memohon perlindungan Engkau daripada seksaan Neraka Jahanam, daripada seksaan Kubur, daripada fitnah (perdayaan) hidup dan mati dan daripada/fitnah (gunakan salah satu kata ini) Al-Masiih Ad-Dajaal"

11. Seseorang hamba Allah itu hendaknya selalu membaca dan mengkhatami Al-Quran serta berdoa diwaktu khatamnya dengan salah satu doa yang pernah diajarkan Rasullullah saw berbunyi:

"Perjinakkan keliaranku dari ketakutan dalam kuburku" Riwayat Abi Umaamah

Wallahu'walam. Semoga kita mendapat faedah dari pengajaran ini.


Firman Allah swt,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran."
Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Selasa, 5 Oktober 2010

hari jumaat yang sial

pelajarku semuanya ada dalam kelas, namun yang seorang ni hilang. tak tau ke mana. Bila disiasat rupa-rupanya ponteng kelas. Saya bersama dgn penolong kanan petang serta pembantu makmal kami pergi membuat spot check di sebuah rumah lama (dah ditinggalkan kepunyaan seorang haji). Sesampainya di sana saya dapati si murid saya ni masih d ribaan lelaki tanpa baju kedua-duanya.
Bukan itu saja, rupanya ada dua pasangan di situ dalam keadaan yang sama. Mereka juga dalam keadaan mabuk.


mau saja aku tampar mereka pada ketika tu, tapi saya teringat bahawa saya sedang berpuasa. Jadi saya batalkan niat saya tu. Dah lah ponteng, minum araklah pula, lepas tu buat maksiat besar lagi...
Kedua-dua pelajar ni, kami bawa untuk siasatan selanjutnya bersama polis.



pada pandangan saya, pelajar saya ini dah biasa dengan perkara-pekara seperti ini....01.10.2010

Selasa, 24 Ogos 2010

Ahad, 8 Ogos 2010

gambar bayi hidung di dahi





Sepasang suami isteri keluarga miskin di Indonesia, Sugara, 30, dan Norhasimah, 27, merayu kepada masyarakat untuk membantu bayi mereka, Ahmad Fauzan Azimi yang berusia dua bulan kerana dilahirkan dengan hidung berada di dahi.

Rayuan itu turut mendapat perhatian ketua jabatan kesihatan tempatan, Dr. Hardi Basuki yang berusaha memohon bantuan pelbagai agensi kerajaan lain kerana bayi tersebut memerlukan kos besar untuk pembedahan pakar.

"Bayi ini normal cuma dia cacat lahir, bukan kerana kurang zat atau faktor perubatan lain," katanya kepada wartawan tempatan di rumah keluarga bayi itu, di Hulu Sungai Tengah, wilayah Kalimantan Selatan, dekat sini baru-baru ini.

Namun, ibu bayi itu bersyukur, anaknya yang lahir pada 9 Mei lalu di Hospital Daerah Damanhuri Barabai dengan berat 3.4 kilogram, sehingga kini belum pernah jatuh sakit teruk walaupun matanya sering terpejam.

Selasa, 3 Ogos 2010

DUA KAKI PUN TAK APA , JANGAN DAPAT DUA PENAMPAR


Gambar seekor kambing yang mempunyai dua kaki sejak dilahirkan di sebuah ladang di wilayah Shandong di timur China. Pemilik haiwan itu yang merupakan kepunyaan seorang penternak kambing, Cui Jinxiu berusia 38 tahun.

Khamis, 29 Julai 2010

KONTRAK SOSIAL

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang dicapai antara kaum(etnik) di Malaysia terutama sekali di kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi.

Para penggubal perlembagaan mengetengahkan elemen-elemen penting memandangkan peranan yang dimainkan amat penting dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial (kontrak sosial) di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Beberapa pengorbanan pemberian hak dan menghormati komuniti lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat satu Negara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.

Elemen-elemen dalam perlembagaa menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka iaitu institusi beraja, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Jadi Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah. Apabila Tanah Melayu dijajah, raja-raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka mula tergugat. Penjajah British memperkenalkan undang-undang beraja sebelum memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Kemerdekaan diberikan kepada Tanah Melayu pada tahun 1957 dan institusi beraja tetap diteruskan.

Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang menjadi dasar dan bentuk kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan yang unik.

Masyarakat Melayu sendiri juga bimbang dengan undang-undang yang diperkenalkan oleh British. Mereka risau kedudukan dan hak mereka sebagai penduduk pribumi akan tergugat dengan kemasukan begitu ramai pendatang dari negara China dan India. Kontark sosial antara kaum di Malaysia memberi kelegaan dan jaminan kepada masyarakat pribumi khasnya orang Melayu. . Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan.

Kedudukan istimewa orang Melayu juga termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang menguatkuasakan undang-undang perlembagaan kepada undang- undang yang sedia ada, contohnya adalah undang-undang yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan orang Melayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:

“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh

diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”

[Perkara 3: Perlembagaan Persekutuan]

Bahasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara dan kontrak sosial. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum dan keturunan yang bertutur dalam bahasa pertuturannya sendiri. Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan tidak pula mengenepikan bahasa lain. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan.

Jumaat, 16 Julai 2010

Naik Harga Minyak,Gas dan Gula Tanda Negara Muflis?

Adakah kenaikan minyak, gas dan gula telah mula muflis? Kalau kita sorot kembali kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala Pada 27 Mei lalu,dilaporkan berkata, "Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman". Katanya lagi, "hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong".



Tepat tengah malam tadi, harga petrol, diesel, gula dan gas LPG telah berkuatkuasa
Petrol RON 95, RON 97 dan diesel naik 5 sen. Harga gula pula naik 25 sen dan gas memasak LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.



Senarai harga baru:

a. Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
b. Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
c. Diesel - RM1.75 seliter.
d. Gula - RM1.70 sekilogram
e. Gas LPG - RM1.85 sekilogram


Harga baru gas:(bukan harga di Sabah, Sarawak dan di kawasan-kawasan pedalaman)

A. 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
B. 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
C. 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)


Najib berkata dalam Berita Harian online bahawa kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara. Menurutnya lagi penjimatan perbelanjaan akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.Beliau juga memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Apakah Kenaikan harga dan pemotongan subsisi benar-benar mengambarkan negara dah mula muflis?

****Satu perkara yang saya ingin kongsi bersama adalah kerajaan macam kejam kerana pengumuman dibuat tergesa-gesa, bagi peluang orang kampung untuk buat persediaan! sebelum dinaikkan harga.

Isnin, 12 Julai 2010

TAMBUAKAR


Menurut cerita lisan kaum Dusun di Ranau, Tambuakar berasal daripada ikan Sinsilog (sejenis ikan Belut). Ikan ini telah bertukar sifat dan bentuknya mengikut peredaran masa. Perubahan ini berlaku dalam masa ratusan tahun malah ada orang tua-tua menyatakan beribu-ribu tahun.


Kebanyakan orang tua di bahagian daerah Ranau, menceritakan bahawa Tambuakar berasal dari seekor ikan lalu bertukar bentuk badan yang besar separti naga di mana mempunyai kaki dan tangan. Disebabkan bentuk badan dan dengan adanya tangan dan kaki, ia mempunyai keistemewaan untuk membuat tempat tinggalnya.


Ia tinggal dalam air yang dalam dan berlobang. Dikatakan bahawa, tambuakar boleh menahan aliran air sungai dengan cara membuat benteng. Dengan sebab itu sungai bertukar menjadi tasik. Ada beberapa orang tua menyatakan bahawa suatu ketika dahulu bandar Ranau adalah sebuah tasik yang besar. Tasik ini terbentuk disebabkan oleh aktiviti Tambuakar tersebut.


Tambuakar yang menghuni tasik ini, menjadikan apa saja haiwan sebagai makanannya. Tambuakar boleh memakan sekali lahap seekor kerbau atau sapi. Tasik di Ranau ini dikatakan sebagai tempat yang paling menakutkan,. manusia juga menjadi mangsa apabila mendekati tasik ini.


Tambuakar dikatakan mempunyai satu kuasa atau aura yang boleh melemahkan mangsanya. Mangsa tidak berdaya bergerak untuk melarikan diri dari tambuakar. Dalam beberapa kejadian dikatakan tambuakar sengaja mengalirkan banjir dengan membuka pintu air. Apa bila haiwan atau manusia terkena banjir maka mereka lari menyelamatkan diri. Pada masa inilah tambuakar akan menjalankan peranannya untuk menangkap mangsanya.


Tambuakar menyebabkan kesengsaraan hidup orang Dusun di Ranau. Mereka tidak lari dari kawasan tasik tersebut kerana kawasan tersebut subur untuk pertanian di samping bekalan air yang banyak.


Tambuakar dikatakan mati apabila sebuah gunung berapi meletup di satu bahagian di pekan Ranau.

Sabtu, 26 Jun 2010

22 sifat buruk yahudi Yang digambarkan dalam AL Quran

Allah SWT melalui wahyunya dalam Alquran sudah menggambarkan sifat buruk orang-orang Yahudi yang zalim, selalu membuat kerusakan di muka bumi, dan senang mengobarkan api peperangan dengan bangsa lainnya, terutama kaum Muslimin.

Dalam Al-quran didisebutkan terdapat 22 sifat buruk bangsa Yahudi, iaitu:
1. Keras hati dan dzalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)
2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)
3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)
4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An'am:20)
5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imran:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)
6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imran:71)
7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)
8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)
9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)
10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)
11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)
12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam karena dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)
13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)
14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)
15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)
16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)
17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)
18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imran:72; An-Nisa:46)
19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)
20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)
21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)
22. Selalu melakukan kerusakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)(ram)

Pemansuhan UPSR dan PMR boleh jadi kesilapan besar

Kerajaan boleh dikatakan perihatin terhadap pendidikan negara, namun ura-ura terbaru ingin memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR adalah mungkin kesilapan besar dalam pendidikan.
Bagi saya, peperiksaan masih perlu untuk melihat pencapaian pelajar dalam peringkat nasional.


Peperiksaan berasaskan sekolah adalah baik dalam satu segi iaitu guru mengatahui semua kreteria pelajar. Oleh yang demikian, pelajar berpeluang tinggi untuk mendapatkan nilai peperiksaan yang terbaik.


Dalam satu hal, mungkin sekolah ingin menjaga prestasinya sendiri maka salah laku berlaku iaitu kecendrungan untuk mengubah nilai peperiksaan yang sebenar. Setahun dua mungkin tidak akan berlaku, tetapi pada masa akan datang, saya membayangkan keadaan tersebut akan jadi amalan untuk jaga prestasi guru sendiri dan sekolah tersebut.

Satu perkara yang membimbangkan saya, adalah pelajar bagi genarasai tanpa peperiksaan ini, pelajar akan menjadi seperti mesin. Mereka tidak berfungsi dan tidak bermotivasi. Timbul pula persoalan kenapa saya mesti belajar? peperiksaan sebenarkan (SPM) masih lama!


Satu masa dahulu Peperiksaan SRP nampak amat berjaya dalam memotivasikan pelajar. Tidak lulus SRP tak dapat pergi ke tingkatan empat. Dan kini PMR, Setiap pelajar sama ada lulus atau tidak boleh mengambil peperiksaan SPM. Bagi saya peperiksaan ini tidak dapat membantu pelajar dengan baik. Pelajar bermotivasi hanya sedikit sahaja, akan tetapi pelajar hancur adalah lebih 80% (jangkaan mengikut pemerhatian keadaan sekolah saya). Apa kata pelajar, "ah biarlah cikgu, SPM lama lagi" " Tak belajarpun dapat ikut peperiksaan SPM".


Bagi saya, sekiranya terdapat penapisan awal pada peringkat PMR, tak lulus maka tak dapat ke tingkatan empat, maka pelajar dengan sendirinya membentuk pemikiran bahawa ia perlu belajar. Maka kesan yang amat nyata dan besar adalah pelajar yang hancur lebih banyak daripada pelajar berkualiti.

Khamis, 24 Jun 2010

Kerana Wang Tokek Jadi Mangsa


Harga pasaran bagi beberapa jenis haiwan menyebabkan ramai anak muda di Kota Belud mengopek dinding dan siling rumah semata-mata mencari tokek. Rumah lama yang telah ditinggalkan menjadi mangsa utama. Keadaan ini berlaku kerana haiwan jenis ini mempunyai harga yang tinggi di pasaran.





Begitu juga dengan haiwan seperti berikut. Harga tinggi melambung di pasaran gelap terjadi kerana dipercayai mempunyai khasiat tersendiri. Haiwan-haiwan ini semakin pupus kerana aktiviti haram. Beberapa kumpulan di percayai mencari dan sanggup tidur di hutan untuk menjerat dan menangkap tersebut.



Ahad, 20 Jun 2010

Oh Tamau..pemimpin begitu-begitu jua..

hendak dikatakan kita merdeka, kita dah merdeka pun dan menjangkau 50 tahun. Mau dikatakan negara maju setanding dengan negara lain, dah ada buktilah pula. Memang maju kalau dipandang mata. Mau katakan rakyat merempat, ya masih ramai yang merempat termasuklah jugalah yang merempit. Mau katakan kemajuan telah beri, ya betul tetapi berpilih-pilih dan berkasih-kasih di pilihan raya sahaja. Jadi Payah juga........


Sudah banyak pemimpin besar egonya dan kecik egonya, yang berjanji akan selesaikan tak juga selesai-selesai.... bukan apa saya hanya cuma berasa terkilan bilalah saya dan orang kampung dapat minum air bersih. Hari-hari masih minum air perigi, dahlah tu berkelodak dan colorful
lagi. Tak payah bubuh milo atau kopi, cuma tambah gula dah cukup.

Tahniahlah kepada penduduk Tamau, Tawadakan, Lilud, Pintasan, Kota Bongan dan lain-lain kerana tahan lasak minum air colorful.


Kalaulah diadakan pertandingan mencari ~juara pemimpin~Juara Rakyat~ di daerah Kota Belud rasa-rasanya yang ada sekarang ini pada saya tersangat layak, gitu-gitu juga......

BILALAH BULAN BERKEMBANG DISINI? KALAU BULAN

BERKEMBANG DIBULAN PURNAMA MUNGKIN BARULAH

KELAMKABUTTTTTTTTTTTTTTTTT

Selasa, 15 Jun 2010

Sabah Collage dalam kenangan




Main Entrance


Sabah Collage atau Maktab Sabah merupakan sebuah sekolah elit selepas merdeka. Sekolah ini telah banyak melahirkan tokoh-tokoh politik, akedemik, kedoktoran, jurutera, perundangan dan sebagainya.


Namun masa kini sekolah ini mula dilupakan, malah sebahagian besar bangunan ini telah diruntuhkan dan ditinggalkan atas nama pembangunan. Hanya yang tinggal dalam keadaan utuh adalah dewannya yang tidak pernah berubah sedikitpun sehingga ke hari ini.


Ingatan saya ketika bersekolah di sini amatlah indah, kali pertama saya memasuki sekolah ini pada bulan jun 1981 dalam tingkatan enam. Kebanyakan pelajarnya adalah datang daripada golongan yang berada ketika itu.


Suatu perkara yang amat sukar untuk memasuki sekolah ini adalah kerana ia menjaga prestasi pelajar. Pelajar yang benar-benar berprestasi tinggi sahaja berpeluang untuk memasuki sekolah ini.


Kewujudan sekolah ini sedikit sebanyak telah melakar sejarah yang panjang kepada sebahagian besar pelajar selepas merdeka.

Isnin, 14 Jun 2010

Hujan dan Banjir


Hujan lebat berserta angin kencang telah berlanjutan, terutama sekali di bahagian pantai barat Sabah, hujan tiba-tiba dan hujan berpanjangan sering berlaku dalam dua minggu ini. Keadaan ini memungkinkan kejadian tanah runtuh. Apa yang pasti adalah kejadian banjir yang boleh berlaku bila-bila masa terutama sekali di Kota Kinabalu (Inanam, Telipok, Ums,Tobobon) kota Belud, Pitas, Kuala Penyu, Sipitang dan Beaufort.

Khamis, 10 Jun 2010

KENAIKAN 200 PERATUS !

Hari ini saya sempat minum kopi O dengan seorang kawan, Wajahnya murung dan kecewa dengan apa yang dialami pada pagi tadi. Dia pergi ke syarikat insurans untuk memperbaharui Cukai Jalannya yang tamat tempoh. Dia terkejut bila diminta membayar RM92,00, padahal sebelum ini insurans yang selalu dia bayar hanyalah lebihkurang RM30,00. Apa yang keluar dari mulutnya adalah keluhan.... marah...... lari budget... .

Kenaikan mendadak ini mungkin tidak dirasai oleh orang yang berpendapatan RM1000 ke atas, namun bagi kawan saya ini merupakan beban kerana di berpendapatan randah yang berkerja sebagai Pengawal Keselamatan dan mempunyai keluarga yang di tanggung.

Kenaikan bayaran insurans Third Party sebanyak RM92.00, merupakan penganiayaan pada golongan berpendapatan rendah. Kalau difikirkan golongan pengguna motosikal dalam negara ini adalah sebahagian besarnya adalah golongan berpendapatan rendah. Kerajaan amat patut mengkaji semula kadar insurans yang melibatkan golongan berpendapatan rendah.

Rabu, 9 Jun 2010

IS IT REALLY BELONG TO BRUNEI?

Here are the answer which issued by The Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman which explaining the dispute of two block of oil between Malaysia and Brunei.


1. Agreement had been made by leaders of the two countries in the Letters of Exchange signed on March 16, 2009. Who are them?


2. Both countries were still discussing the ratio of the revenue as Brunei had the sovereign rights to the two oil blocks


3. They said that by looking strictly at the interpretation of the law based on UNCLOS (United Nations Convention on the Law of the Sea) 1982, it clearly belongs to Brunei.


4. They also already have consulted some legal opinions, well-known maritime lawyers and the answer is very simple =" it does not need a brilliant person to interpret that this one belongs to Brunei,”

SO, IT BELONG TO THE BRUNEI.................................................. MALAYSIA DAPAT HABUK DAN ASAP SAJA. TAHNIAH.

Sabtu, 5 Jun 2010

kerja kita kerja diorang

Orang kita tak kira kedudukan dan berkedudukan atau seorang professor atau pun bukan profesor berotak kosong dan tak berwawasan, di mana mencipta dan mempromosikan filem-filem yang tak masuk akal malah banyak membantu merosak moral kita sebagai contohnya mat rempit,mat drift,mat drag,bohsia,bohjan,cerita hantu dan filem bodoh. Inilah contoh ciptaan kita. ciptaan seorang professor. Tujuan filem-filem ini adalah hanya menolong golongan tersebut agar diterima dalam masyarakat dan budaya mereka diterima sebagai budaya normal masyarakat 1 MALAYSIA.

Khamis, 13 Mei 2010

WORKING OVERTIME CAUSE OF HEART DISEASE

People who regularly put in overtime and work 10 or 11-hour days increase their heart disease risk by nearly two-thirds, research suggests.

The findings come from a study of 6,000 British civil servants, published online in the European Heart Journal.

After accounting for known heart risk factors such as smoking, doctors found those who worked three to four hours of overtime a day ran a 60% higher risk. Experts said the findings highlighted the importance of work-life balance.

Overall, there were 369 cases where people suffered heart disease that caused death, had a heart attack or developed angina.

And the number of hours spent working overtime appeared to be strongly linked in many cases. The researchers said there could be a number of explanations for this.

1. People who spend more time at work have less time to exercise, relax and unwind.

2 They may also be more stressed, anxious, or have depression.

3. A career-minded person will also tend to be a "Type A" personality who is highly
driven, aggressive or irritable, they say.

4. Employees who work overtime may also be likely to work while ill

Selasa, 11 Mei 2010

PENDUDUK KAMPUNG TAMAU

Kampung Tamau, kampung yang terletak di pesisir pantai. Penduduknya adalah terdiri daripada Kaum Irranun. Berbahasa Irranun sebagai pertuturan harian. Kaum Irranun adalah penganut Agama Islam.

Jarak kampung Tamau ini, dengan Pekan Kota Belud adalah sejauh 11 km. Ini memankan masa 20 minit untuk sampai ke kampung ini. Kampung ini boleh di hubungi dengan menggunakan khidmat pengangkutan kerete Pick Up dan Kereta Kancil. Tambang ke kampung ini ialah RM2.00 seorang.

Jumlah penduduk Kampung Tamau ialah lebih kurang 1300 orang (anggaran sahaja). Penduduk di sini mengamalkan pertanian tradisional seperti menanam padi, ubi manis dan keladi. Sebahagian penduduk juga terlibat dengan perkerjaan sebagai nelayan. Kegiatan menangkap ikan hanyalah dijalankan ditepi pantai dengan mengunakan sampan kecil (gubang). Tidak ramai yang terlibat dengan cara penangkapan ikan cara moden. Penduduknya juga terkenal dengan perniagaan terutama sekali kaum wanita. Boleh dikatakan sebahagian daripada wanita di sini pergi ke pekan Kota Belud untuk berniaga. Perniagaan mereka adalah seperti menjual ikan, sayur-sayuran, kuih muih dan lain-lain.

Perkembangan pendidikan telah merubah bentuk bidang perkerjaan penduduk. Golongan muda terutama sekali terlibat dengan lapangan perkerjaan yang lebih mencabar seperti
1. Keguruan
2. Kontraktor
3. Perubatan
4. Pekedai dan peniaga bermodal besar.

Perkembangan pendidikan juga telah membuka minda anak-anak muda untuk keluar lebih jauh. Kebanyakannya mereke berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu, Labuan, dan Tawau. Anak-anak muda lepasan SPM dan STPM juga berlumba-lumba pergi ke bandar, sasaran mereka adalah seperti bandar Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan tak kurang pula ada yang pergi ke Brunei dan Singapura.

Pada ketika ini, penghijrahan golongan muda telah mewujudkan satu situasi, di mana penduduk golongan tua, golongan kanak-kanak dan golongan remaja sahaja yang kelihatan di sekitar kampung. Penghijrahan golongan muda secara besar-besaran mungkin disebabkan tarikan pekerjaan dan hiburan di bandar-bandar.

Khawin campur adalah amat mustahil di kampung ini pada suatu ketika dahulu. Masyarakat Irranun pada masa dahulu hanya membenarkan perkahwinan dalam kaum itu sahaja. Ini memyebabkan kaitan keluarga semakin dekat. Boleh dikatakan mereka mempunyai perkaitan persaudaraan dalam bentuk bulatan. Susah untuk mencari orang asing dalam bulatan tersebut. Namun pada masa kini, kahwin campur telah diterima dengan baik menyebabkan kampung Tamau mempunyai kaum lain seperti Dusun, Bajau, Melayu Semanjung, Cina, India, Ubian, Suluk, Bugis dan lain-lain.

Pada masa ini, Kampung Tamau mempunyai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan hanyalah seperti Sekolah Kebangsaan Tamau, Klinik Ibu dan Anak Tamau, bekalan eletrik, masjid dan jalan bertar.

Walaupun Kampung Tamau ini nampak semakin maju, namun begitu ada keperluan yang perlu dilayan, iaitu bekalan air bersih. Penduduk masih minum air perigi, cuma pada ketika ini bunyi agak glamour sikit sebab guna eletrik water pump. Air yang di tarik dari bawah tanah berwarna merah dan berbau hanyir.

Ahad, 2 Mei 2010

JANGAN KETERLALUAN

Dalam apa juga hal, kita kenalah sederhana. Jangan terlalu berlebihan kerana akan mengakibatkan kesan buruk terutama sekali kesihatan.

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang... Urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging... Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!

6. Terlalu banyak ketawa/gembira - merosakkan usus, mudah dimasuki jin dan

setan.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati... Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa... Kulit muka cepat berkedut.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal... Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu... Gejala pening kepala kerap dialami.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan.. . Mudah mengalami keletihan, malas, selalu mengantuk dan obesity.

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung...Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran... Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yang positif .

Isnin, 26 April 2010

zina berterusan walaupun dah kahwin.

SILA BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN BERSAMA SUPAYA TIDAK BERTERUSAN DALAM KEJAHILAN.


Masaalah ini amatlah berat dan telah menjadi amalan orang Islam. Perkahwinan ini tidak menyelesaikan masaalah tetapi menambahkan masaalah.


Perhatikan soalan 1 - 5.


Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mereka mengandung anak luar nikah, cepat² mereka kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyakpersoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikanbersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranyaseorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itudilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersediamengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itudilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak bolehmengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepadabayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untukemperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilahmenunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung,barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itutidak sah

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAKuntuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anaktersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannyasendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim(atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakanyang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggusehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepikain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawabanda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkankeadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahantidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org² kampung, tok² imam, tok² kadi dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat....

Tolong jangan abaikan benda ini. Ini merupakan satu perkara yangserious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah denganImam/ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya:

Katakanlah:

"Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Danmatiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkansekalian alam". Dipetik daripada Blog Lampu Suluh

Rabu, 21 April 2010

Bahana Kahwin Silang

Berikut adalah beberapa gambar yang mempaparkan kesan akibat daripada perkahwinan silang.
Mungkin anda merasa terkejut tetapi pandang dan timbang-timbanglah sendiri benarkah gambar ini.










Jumaat, 16 April 2010

Rabu, 14 April 2010

RAMPAYAN ULU, KOTA BELUD (I)

Rampayan Ulu merupakan salah sebuah kampung tradisional Kaum Irranun. Kampung ini adalah antara kampung paling tua di daerah ini yang dibuka oleh kaum Irranun. Penduduk kampung adalah beragama Islam. Pada masa kini kampung ini telah mula mengecapi arus pembangunan dengan terbinanya jalan berturap ke kampung ini.

Dengan adanya pendidikan, telah membawa kepada kemajuan diri dan kampung ini. Ini dapat dilihat melalui perubahan fizikal kampung ini.



Jalan Baru.


Salah sebuah rumah tradisional


Rumah Tradisional menggunakan atap rumbia dan berdindingkan bambu.

Jalan Raya Di tengah kampung

Masjid baru di samping masjid lama

Khamis, 8 April 2010

Panorama Pekan Tandek

Pekan Tandek suatu ketika dahulu merupakan pekan yang amat sibok, ia menjadi pusat perniagaan hasil tani dan perniagaan hasil laut. Namun pada masakini, keadaan ini bertukar muram. Arus pembangunan dan terbinanya jalan raya baru yang jauh dari pekan ini adalah antara sebab mengapa pekan ini ketinggalan ke belakang.

Pekan ini dikelilingi oleh ladang kelapa sawit dan kelapa.

Bangunan kedai Pekan Tandek



Tamu - Pelbagai jenis ikan basah




Tamu - Ikan bilis, udang dan ikan



Tamu - Jualan Kain 'Bundle'




Tamu - sigup dan tigur



Tamu - pelbagai jenis kueh muih dan minuman



Smk Tandek

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP