Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 8 Ogos 2010

gambar bayi hidung di dahi





Sepasang suami isteri keluarga miskin di Indonesia, Sugara, 30, dan Norhasimah, 27, merayu kepada masyarakat untuk membantu bayi mereka, Ahmad Fauzan Azimi yang berusia dua bulan kerana dilahirkan dengan hidung berada di dahi.

Rayuan itu turut mendapat perhatian ketua jabatan kesihatan tempatan, Dr. Hardi Basuki yang berusaha memohon bantuan pelbagai agensi kerajaan lain kerana bayi tersebut memerlukan kos besar untuk pembedahan pakar.

"Bayi ini normal cuma dia cacat lahir, bukan kerana kurang zat atau faktor perubatan lain," katanya kepada wartawan tempatan di rumah keluarga bayi itu, di Hulu Sungai Tengah, wilayah Kalimantan Selatan, dekat sini baru-baru ini.

Namun, ibu bayi itu bersyukur, anaknya yang lahir pada 9 Mei lalu di Hospital Daerah Damanhuri Barabai dengan berat 3.4 kilogram, sehingga kini belum pernah jatuh sakit teruk walaupun matanya sering terpejam.

1 ulasan:

  1. Salam Ramadhan buat Haji,
    AlhamduliLlah satu blog yang menarik dan penuh infomatif, teruskan menulis.
    Sila kunjungi http://askamakalikada.blogspot.com dan harap sudi menjadi follower.
    Sekian.

    BalasPadam

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP