Kerajaan boleh dikatakan perihatin terhadap pendidikan negara, namun ura-ura terbaru ingin memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR adalah mungkin kesilapan besar dalam pendidikan.
Bagi saya, peperiksaan masih perlu untuk melihat pencapaian pelajar dalam peringkat nasional.
Peperiksaan berasaskan sekolah adalah baik dalam satu segi iaitu guru mengatahui semua kreteria pelajar. Oleh yang demikian, pelajar berpeluang tinggi untuk mendapatkan nilai peperiksaan yang terbaik.
Dalam satu hal, mungkin sekolah ingin menjaga prestasinya sendiri maka salah laku berlaku iaitu kecendrungan untuk mengubah nilai peperiksaan yang sebenar. Setahun dua mungkin tidak akan berlaku, tetapi pada masa akan datang, saya membayangkan keadaan tersebut akan jadi amalan untuk jaga prestasi guru sendiri dan sekolah tersebut.
Satu perkara yang membimbangkan saya, adalah pelajar bagi genarasai tanpa peperiksaan ini, pelajar akan menjadi seperti mesin. Mereka tidak berfungsi dan tidak bermotivasi. Timbul pula persoalan kenapa saya mesti belajar? peperiksaan sebenarkan (SPM) masih lama!
Satu masa dahulu Peperiksaan SRP nampak amat berjaya dalam memotivasikan pelajar. Tidak lulus SRP tak dapat pergi ke tingkatan empat. Dan kini PMR, Setiap pelajar sama ada lulus atau tidak boleh mengambil peperiksaan SPM. Bagi saya peperiksaan ini tidak dapat membantu pelajar dengan baik. Pelajar bermotivasi hanya sedikit sahaja, akan tetapi pelajar hancur adalah lebih 80% (jangkaan mengikut pemerhatian keadaan sekolah saya). Apa kata pelajar, "ah biarlah cikgu, SPM lama lagi" " Tak belajarpun dapat ikut peperiksaan SPM".
Bagi saya, sekiranya terdapat penapisan awal pada peringkat PMR, tak lulus maka tak dapat ke tingkatan empat, maka pelajar dengan sendirinya membentuk pemikiran bahawa ia perlu belajar. Maka kesan yang amat nyata dan besar adalah pelajar yang hancur lebih banyak daripada pelajar berkualiti.
Tentang Hati...
-
ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::
salam hujung minggu buat sahabat2 yang dikasihi..
muga ALLAH sentiasa merahmati kalian,
ana rasa terpanggil untuk menuli...
14 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan