Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 29 September 2009

Isa Samad Calon Yang Tak Bersih Dan Tercalar


Sebelum ini Umno mewar-warkan bahawa calon yang akan dipilih untuk Bagan Pinang adalah calon yang bersih dari segala noda politik. Namun sekali lagi Umno menelan balik kata-kata tersebut dan akan memperteruhkan Isa Samad sebagai calon terbaik. Apakah pemilihan ini akan memberikan impak yang tinggi kepada Umno dan BN? ataupun berlaku sebaliknya.

Menyorot kembali karier Mohd Isa telah memenangi jawatan Naib Presiden Umno bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi, iaitu undi tertinggi mengatasi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Bagaimanapun jawatan itu tidak kekal lama apabila keahliannya digantung selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) setelah beliau didapati dan dibuktikan bersalah terhadap dakwaan rasuah atau mengamalkan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004.

Beliau pada mulanya digantung keahlian selama enam tahun oleh Lembaga Disiplin Umno kerana kesalahan tersebut tetapi tempoh hukuman itu dikurangkan separuh kerana Isa kroni tegar Umno.

Walaupun telah digantung keahlian, dan telah meletakkan semua jawatan termasuk sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 17 Okt 2005, nampaknya Umno masih mempercayai Isa samad calon yang PALING BERSIH!

1 ulasan:

  1. UMNO tiada maruah...sanggup gadaikan apa saja demi kemenangan...ugutan telah menjadi budaya..pemimpin UMNO penakut..
    sebelum penggumuman calon terdapat disana-sini(bagan pinang) kain rentang berbunyi..kami mahu Isa..kalau x isa kami boikot...
    perkataan inilah yang menjadi igauan ngeri pemimpin UMNO..hingga sanggup mengadaikan perinsip dan kata2 manis sebelum ini yg mahu pemimpin yg bersih menjadi calon....
    UMNO oh UMNO!!
    UMNO akan menang di bagan pinang tapi seluruh malaysia mengetahui dan meningati bahawa UMNO pembohong..kepada pemimpin yg pernah dikenakan tindakan disiplin teruskan kerja anda supaya anda boleh menjadi seperti Isa..jgn percaya kata2 pemimpin anda..
    ckap x serupa bikin

    BalasPadam

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP