Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 8 September 2009

Laungan Najib Buat Apa Saja

Berikutan kematian Wakil Dun Bagan Pinang Azman Mohammad Noor (al-fatihah), Najib nampaknya agak gusar dengan kedudukannya bagi mempertahankan kerusi tersebut walaupun penyandangnya sebelum ini datang dari pihak BN.



Laungan awal kempen Najib adalah "BUAT APA SAJA" untuk memenangi kerusi tersebut.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, allahyarham yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.
Pengundi Pos adalah lebih kurang 5000 orang daripada 12,000 pengundi. Najib nampak mungkin agak yakin apabila sebahagian besar daripada pengundi secara pos adalah dalam kawalannya dan berpihak kepada BN.



Apakah Najib akan dapat mempertahankan kerusi tersebut? Cerita kedai kopi menyatakan bahawa andaikata Najib kalah dalam pilihanraya ini, ini bermakna Najib bolehlah memikirkan kedudukannya sebagai PM sama ada meletak jawatan atau mencari pengganti yang sesuai.



Anwar Ibrahim juga melaungkan amaran awal supaya BN bersedia menghadapi tentangan sengit PR yang yakin dapat merampas kerusi DUN tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa walaupun kawasan berkenaan adalah kubu kuat UMNO, namun PR mempunyai keyakinan bahawa akan berlaku satu lagi ‘tsunami’ perubahan yang akan ditransformasikan oleh masyarakat di DUN berkenaan semasa pilihan raya kecil nanti.

1 ulasan:

  1. salam.Mudah-mudahan kali ini akan berpihak kepada yang benar..Kita lihat sendiri nanti mulut siapa yang lebih masin.
    PR ini adalah tekanan kedua belah pihak sebenarnya..Bagi BN adalah untuk membersihkan segala najis yang telah terpalit ditubuh mereka..Bagi Pakatan pula adalah sebagai membuktikan bahawa mereka adalah jagoan sebenar politik negara di era ini..
    Tetapi kesan yang ebih sadis adalah di pihak BN sebab itulah PM memberi isyarat yg menjadi tanda tanya.."Buat apa saja"adakah bermaksud buat secara jujur atau sebaliknya untuk memperolehi kemenangan.AWAS!

    BalasPadam

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP