Penduduk kampung belum merdeka dari kemiskinan "Itulah sebabnya saya tidak lagi sanggup memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kg Suang Punggor kerana sudah bosan dengan sikap agensi kerajaan yang tidak serius dalam membela nasib rakyat di luar bandar seperti kami".
"Kami (Pengerusi JKKK) diumpamakan sebagai 'mata dan telinga kerajaan' tapi bila kami berulangkali menghantar permohonan, agensi Kerajaan yang bertanggungjawab tidak menghiraukannya. Segala permohonan yang melibatkan pembangunan sumber ekonomi di kampung ini tidak mempunyai sebarang maklum balas sehingga kini."
Lirik lagu Merdeka yang tidak ada makna bagi orang kampung ini
Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan