Kemerdekaan sepatutnya dirayakan dengan semangat cinta dan sayangkan negara. Namun segelintir remaja menyambut kemerdekaan dengan merawang ditengah malam. Memandu laju, menghalang kenderaan lain di jalan raya menyebabkan orang yang tidak berdoasa turut terheret dalam kemalangan.
Inilah yang terjadi di Sanang Car Wash, jalan Tuaran Kota Belud malam tadi. Kemalangan terjadi pada awal pagi iaitu pukul 1:00 pagi yang melibatkan kereta pacuan empat roda dengan motorsikal. Kereta Dmax pacuan 4 roda ini berguling dan melintang di atas jalan raya. Sementara pemandu motorsikal dan pembonceng agak teruk kerana kecedraan di kepala dan badan. Mangsa kemalangan telah dihantar ke hospital Tuaran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan