Kedatangan begitu ramai yang datang menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia di Kampung Rampayan laut,Kota Belud melebihi kurang 40, 000 orang termasuk mereka yang gagal sampai ke kawasan tersebut. Jangkaan awal Jawatan Kuasa Penganjur USBO menyatakan bahawa lebih kurang 30, 000 orang yang akan hadir.
Kesesakan di jalan raya menuju ke kampung Rampayan menyebabkan ‘traffic jam mati’ bermula jam 7.450 pagi hingga jam 6.00 petang kelmarin. Pengunjung paling ramai adalah dari luar kawasan Kota Belud. Kalau melihat kepada nombor kereta dan bas pengangkutan adalah datang dari Beufort, Tawau, Papar, Kudat, KKinabalu, kMarudu, Pitas, Sandakan, Tuaran dan Beaufort.
Ramai yang terpaksa berjalan kaki tidak kira umur semata-mata ingin ke situ. Ramai pengunjung membatalkan dan balik kerana ‘trafik jam mati”. Ramai VIP dan penyanyi jemputan saperti Awie Hafiz, Khatijah Ibrahim dan lain-lain terpaksa menunggu selama 5 jam untuk sampai ke situ.
PM Najib pula beruntung kerana datang dengan helicopter. VIP lain seperti Yang Di Pertuan Negeri dengan rombongan terpaksa berjalan kaki sejauh 1 km menuju ke dewan utama majlis rumah terbuka tersebut.
Majlis itu diperkuatkan dengan ucapan oleh Datu Seri Salleh Said, Presiden USBO, Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah, dan ucapan PM Datuk Seri Najib
Kehadiran begitu ramai dalam majlis tersebut pada pandangan saya adalah adanya ransangan daripada persembahan artis-artis seperti Hafiz Awan Nano, Awie, dan lain-lain. Pengunjung lebih terpikat kepada persembahan artis-artis daripada ucapan PM dan KM.
Ramai pengunjung rasa hampa dan kecewa kerana tidak dapat menikmati juadah hari raya Pandikar. Minuman dan makanan tidak mencukupi untuk para pengunjung terutama sekali pengunjung yang berjalan kaki sejauh 6 km, terpaksa telan air liur sajalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan