Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 18 Ogos 2009

Undi PAS Syurga, Undi UMNO Neraka, Undi Melayu?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membuat kenyataan bahawa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat memberikan penerangan bahawa anggota UMNO tidak akan masuk syurga adalah bertujuan bertujuan supaya prestasi buruk PAS semasa pilihanraya kecil di Manek Urai berulang kembali.

Menurut beliau, "Nik Aziz terpaksa mengunakan strategi menakutkan pengundi supaya para pengundi di Permatang Pasir mengundi calon parti PAS".

"Dia terpaksa guna agama untuk menakutkan pengudi supaya mereka menyokong PAS".

"Sama ada kita (Umno) betul atau tidak dia tiada hak untuk menentukan," kata Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas.

Nazri juga kecewa dengan sikap Mursyidul Am PAS itu yang dilihat tidak mencerminkan sikap sebenar seorang pemimpin dan ulama.

"BAGI SAYA NIK AZIZ ADALAH SEORANG ULAMA YANG PALSU... DIA SUDAH BERUMUR TAPI PERANGAINYA MASIH KEBUDAK-BUDAKAN.

"Ini tahun 2009 tapi dia masih mengunakan cara kempen seperti tahun 60an.

"Kalau dia dah tak betul jangan ajak orang lain ikut sekali," kata beliau.

Beliau menggesa supaya para pengundi memilih wakil rakyat dengan bijak dan tidak terpedaya dengan kenyataan yang disifatkan beliau sebagai 'ulama palsu'.

"Pilihlah siapa yang pengundi fikir boleh membantu mereka, jangan pilih wakil berdasarkan penipuan yang dibuat oleh 'ulama palsu' seperti Nik Aziz," ujarnya lagi.


SEMALAM MURSYIDUL AM PAS, DATUK NIK AZIZ NIK MAT MEMBUAT KENYATAAN BAHAWA ANGGOTA UMNO TIDAK AKAN MASUK SYURGA KERANA PARTI ITU MENGAMALKAN AJARAN ISLAM PALSU.


Menurut beliau terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh PAS dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.

1 ulasan:

  1. WSALAM...
    SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA.

    BalasPadam

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP