Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 5 Ogos 2009

PROGRAM AWALAN GURU MALAYSIA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DAN SMK USUKAN (PIAGAM)

SMK Usukan menjadi salah sebuah sekolah pilihan Universiti Malaysia Sabah untuk mengadakan program Awalan Guru Malaysia PIAGAM. Program ini telah bermula pada 2 ogos lepas dan telah berakhir hari ini 5 ogos. Pada rancangan awalnya, hanya terdapat 10 orang siswa dan siswi yang mengadakan program di SMK Usukan akan tetapi kumpulan ini telah bertambah kepada 20 orang. Ini disebabkan kumpulan yang sepatutnya ke Pulau Banggi telah ikut serta program di sini. Difahamkan mereka tidek dapat ke Pulau Banggi kerana cuaca buruk dan ombak besar.

Melihat pada program ini, siswa dan siswi dari pelbagai keturunan telah dihantar untuk membuat satu tranfomasi minda tentang realiti sebenar di sekolah dan di persekitaran sekolah.

Siswa dan siswi telah didedahkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di samping mengadaan sesi dialog dengan pelajar. Siswa dan siswi juga telah mengadakan program kecemerlangan kepada pelajar melalui sesi teknik pembelajaran dan teknik menjawab kepada pelajar tingkatan lima dan tingkatan tiga.

Satu perkara yang mungkin amat istemewa bagi siswa dan siswi yang datang ke sekolah ini adalah berkenaan dengan masalah kekurangan air. Mereka sama-sama merasa bagai mana mandi cara pelajar, bagaimana berbaris mandi dengan pelajar dan bagaimana belajar dalam serba kekurangan. Keadaan panas membahang pada waktu malam juga pengalaman yang amat berguna kepada mereka. Inilah yang ditekankan oleh Puan Cristina bahawa mungkin inilah keadaan yang siswa dan siswi akan hadapi setelah keluar dari kampus UMS. Ini adalah pengalaman penting sebagai guru, bahawa tidak semesti siswa dan siswi akan ditugaskan di sekolah yang serba lengkap dengan kemudahan.

Siswa dan siswi UMS juga dibawa keluar daripada suasana sekolah. Kampung Pantai Emas dan Kampung Kuala Abai menjadi lokasi utama program ini. Pengerusi PIBG En Rakim Jali telah memimpin program ini dengan jayanya. Dalam program ini, siswa dan siswi di perkenalkan cara hidup orang kampung. Oleh yang demikian Siswa dan Siswi telah diberikan kepada keluarga angkat supaya mereka tahu secara lebih dekat tentang orang kampung. Siswa dan siswi telah di dedahkan dengan cara penyediaan makanan-makanan tradisi kaum Iranun, cara betitik, cara bersanding dan cara menternak kambing di Kampung Pantai Emas.

Siswa dan siswi di bawa ke kampung nelayan di Kuala Abai, mereka telah didedahkan tentang cara menangkap ikan di situ. Mereka sempat juga merasa menaiki kapal nelayan orang kampung walaupun laut berombak. Walaupun tak sampai ke pulau Banggi tetepi mereka merasa juga naik kapal nelayan.

Hari ini 5 ogos, 11 pagi acara penutupan PIAGAM dirasmikan. Melihat pada riak muka dan pendapat siswa dan siswi, mereka amat berpuas hati dengan program ini kerana ia bernar-benar memberikan pengalaman yang lauar biasa. tahniah kepada Pengetua EN Muhammad Yew Abdullah, En Rakim Jali, Pn Cristina dan En Sabri.

1 ulasan:

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP