Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 3 Ogos 2009

SBT - Mesej Kepada Datuk Normah Gagoh

Kementerian Pelajaran telah mewujudkan SKIM BANTUAN TUSYEN (SBT) untuk menangani kelemahan pelajar yang lemah dalam pelajaran di sekolah rendah. Skim ini hanya dikhaskan kepada murid yang terpilih sahaja.

Bantuan ini adalah sangat releven dengan perkembangan murid, maka dengan itu skim ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pihak ibubapa dan juga guru. Bagi pihak ibubapa, mereka mengharapkan anak-anak mereka akan dapat pendidikan yang sewajarnya daripada pihak guru. Dengan itu ibubapa sanggup bersusah payah untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah walaupun pada hari sabtu dan hari minggu. Kata ibubapa biarlah DEMI MASA DEPAN ANAK SAYA. Adakah hasrat ibubapa benar-benar tercapai?

Bagi pihak guru pula, mereka berebut-rebut untuk mengajar subjek-subjek tertentu. Sebagai contohnya seorang Ustaz sanggup mengajar subjek lain walaupun ia tidak menguasai subjek tersebut. Ini nampak ada sesuatu yang diingini, apa lagi kalau bukan duit.

Kerana duit maka mereka sanggup korban masa untuk pergi mengajar pada hari sabtu dan hari minggu. Tahukah kita bahawa kerana duit PELAJAR TERTIPU, IBUBAPA TERTIPU, JABATAN DITIPU DAN GURU MENIPU? Peipuan semata-mata di sebalik SBT.

Fakta-fakta yang boleh diambil tindakan:-
1. Guru datang mengajar tetapi tidak menguasai subjek yang disampaikan.
2. Guru datang tapi lewat masuk kelas. Peruntukan masa untuk satu mata pelajaran 1 jam tapi mengajar hanya 30 minit saja.
3. Guru datang sekolah tetapi pulang awal, mengaja hanya 20 minit.
4. Guru tak datang ke sekolah tetapi menyatakan hadir dan menuntut bayaran masanya.
5. Guru datang tapi tak masuk kelas, tetapi menuntut bayaran masanya.
6. Guru besar bersubahat kerana tidak memantau perjalanan SBT.
7. Guru Besar menipu kerana menandatangani bouncer kerja yang tidak dilaksanakan.

Kejadian ini adalah merujuk kepada beberapa sekolah di Daerah Kota Belud. Perkara ini mungkin juga berlaku di sekolah di daerah-daerah lain. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini saya melihat bahawa skim ini semakin tenat yang di tenatkan oleh guru.

Dalam hal ini, perlu sesuatu titik penyelesaian supaya keadaan ini tidak berterusan.
Walaupun SBT ini saya lihat banyak membantu guru menambah pendapatan mereka tetapi tidak ada gunanya kalau SBT ini disalah gunakan.

1 ulasan:

  1. Sekolah kami ada juga begitu guru sbtnya . tapi berani saya katakan tidak semua sebab saya sendiri memantau dan mencerap guru-guru sbt. Hasil kerja sudah disemak. analisis keputusan ujian ada disediakan, buku latihan murid ada disemak, kehadiran murid yang tidak hadir ada diganti, surat ada dikeluarkan sekiranya waktu sbt berumah daripada jadual asal, semua PK main peranan, sekiranya guru tidak dapat hadir kelas, ada penggantinya. Alhamdulillah, guru-guru sbt sekolah saya ada tanggungjawab terhadap diri dan murid.

    BalasPadam

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP