Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukum sebat ke atas Kartika Sri Dewi Sukarno. Satu Malaysia pula diajak membicarakan serta mempertikaikan hukuman tersebut.Adakah undang undang Islam tak betul? atau berbeza dengan undang undang sivil?. Respon kita dapat lihat dari banyak pihak begitu juga dengan PM sendiri dan beberapa pemimpin wanita yang mempertikaikan hukuman tersebut. Ini menunjukkan bahawa mereka seolah-olah tidak mahu dengan hukum Islam. Banyak cadangan untuk mengelak hukuman tersebut. Namun begitu Kartika tidak mengindahkan semua cadangan tersebut malah bertegas untuk menerima hukuman cara Islam. Ini menunjukkan bahawa Kartika sedar dengan kesalahannya, faham dengan hukum tersebut dan takutkan Allah swt.
Begitu juga pemimpin seperti Sharizat, begitu lantang mempertikaikan hukuman tersebut. Ada apa-apakah di sebaliknya? Apa yang pasti, kerana tak faham hukum dan kurang ilmu maka ketua wanita UMNO,Sharizat A.Jalil bersikap jahil dalam kes ini.
Lanjutan daripada itu, media perdana juga setiap hari menjadikan kes tersebut begitu sensasi. Adakah kes ini memberikan masalah yang amat besar kepada Satu Malaysia? Ini merupakan masalah terpencil yang boleh diselesaikan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.
Tentang Hati...
-
ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::
salam hujung minggu buat sahabat2 yang dikasihi..
muga ALLAH sentiasa merahmati kalian,
ana rasa terpanggil untuk menuli...
14 tahun yang lalu