Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 30 Julai 2009

SIAPA KATA , GURUPUN TERLEPAS?

Kawan saya ini tinggal di Taman Nikmat. Dua hari lalu kawan saya balik kampung sementara pada waktu petang. Bukannya lamapun hanya lebih sejam sahaja. Ia memandu kereta keduanya MYWI. Rumah keluarganya di Kampung Rudang.

Sekembalinya ke rumahnya, ia amat terkejut kerana kereta Honda Merah kesayangannya dah tak ada di depan pintu rumah. Pintu pagar terbuka, pintu rumah depan dan belakang pun terbuka. Barulah dia sedar bahawa telah berlaku rompakan di rumahnya.

Setelah diperiksa rumahnya, maka dipastikan bahawa kawan ini telah kehilangan kereta sebiji, emas-emas perhiasan isterinya dan 2 buah komputer riba. Dan sebagai balasannya perompak tersebut meninggalkan kerete teksi buruk yang dipercayai kerete curi.

Walaupun kawan-kawannya tinggal di sebelah rumah dan sedar kehadiran perompak tersebut akan tetapi tidak dapat membuat apa-apa tindakan. Kawan-kawan sekeliling nampak dan sempat tabik (lambai) tangan sebagai tanda hormat. Rupa-rupanya orang yang mereka tabik tangan itu adalah perompak.

Merujuk kepada kes ini, semua pihak adalah pesalah. Kawan saya ini sepatutnya memberitahu kawan di rumah tentang ketiadaannya di rumah. kalau susah sangat gunakan handphone untuk bercakap. Kawan-kawannya juga patut perihatin, bukannya mau jaga tepi kain orang tetapi dengan alasan keselamatan bersama.

Perubahan sikap setiap individu yang tinggal di taman perumahan amat perlu, contohnya
orang sebelah rumah mesti memperkenalkan ahli keluarga dari kampung supaya suatu masa nanti dikenali. Dalam kes ini orang yang duduk di sekeliling kawan mereka janganlah membuat andaian mudah. Contohnya kawan sebalah rumahnya mengandaikan bahawa perompak tadi adalah kawan ataupun keluarga kawan saya.

Bila berlaku kejadian seperti ini, barulah menyesal. Kita hendaklah sentiasa berhati-hati bukan saja di jalanraya akan tetapi begitu juga di rumah sendiri. Kita tidak terlepas daripada masalah. Kepada kawan saya ini dan semua orang yang tinggal di taman-taman perumahan, ambillah peristiwa ini sebagai pengajaran positif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP