Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 1 Julai 2009

Ancaman Kepada Penduduk Tempatan di Tamu Rabu Kota Belud.

Bagi pelawat atau pelancong yang berkunjung ke Kota Belud, destinasi yang sesuai adalah Tamu Rabu, di Tamu Ground Kota Belud. Pelawat, pelancong dan pembeli dengan mudah dapat mencari apa yang mereka perlukan.


Kebanyakan jualan pada hari rabu, adalah bertumpu kepada hasil jualan pertanian yang datang dari kampong-kampong sekitar Kota Belud. Hasil jualan ala kampong adalah diusahakan oleh kaum Irranun, Bajau dan Dusun. Satu ketika dahulu, tamu rabu ini diadakan di Pasar Tani Pekan Kota Belud. Disebabkan kawasan sempit dan sesak maka tamu rabu ini di pindahkan ke Tamu Ground, Kota Belud. Tempatnya agak jauh dari pecan.


Kalau diperhatikan hasil jualan mereka ini, seolah-olah ada ciri masing-masing. Perbezaan ini adalah kerana perbezaan keadaan geografi yang didiami oleh kaum Dusun, Bajau dan Irranun. Keadaan ini memperkayakan lagi sumber makanan bagi penduduk tempatan.


Cara jualan tradisional masih lagi diamalkan oleh penduduk tempatan, sebagai contohnya menukarkan gula tebu oleh kaum Irranun dengan labu oleh Kaum Dusun. Cara jualan tukar barang ini telah dijalankan sejak zaman berzaman. Keharmonian ini jelas kelihatan apabila semua bahasa tempatan dipertuturkan dalam masa yang sama. Maksudnya ialah apabila seorang penjual kaum Dusun bercakap dalam bahasa Dusun, akan dijawab oleh penjual Kaum Bajau dalam bahasa Bajau. Agak pelik apabila mereka berkominikasi, tetepi itulah realitinya.


Kalau melihat pada reality sebenar, apakah yang berlaku di Tamu Rabu, penduduk tempatan tidak dapat menjual habis jualan mereka. Ada yang terpaksa membawa semula jualan mereka. Ada yang langsung tidak ada pelanggan. Ada masalah yang berlaku disebalik. Rasa kasihan pada mereka kerana mereka tinggal jauh dan terpaksa menyewa kereta untuk membawa jualan mereka. Kalau sekiranya jualan tidak laku apa yang kita boleh bayangkan? Sudah tentu anak dan keluarga yang mengharapkan sesuatu hasil daripada jualan tersebut.


Mungkin ada yang tidak sedar bahawa penduduk tempatan semakin terpinggir dalam aktiviti penjualan hasil pertanian mereka. Tidak kira dia Bajau, Dusun atau Irranun Mereka terancam oleh kehadiran ramai rakyat asing sama ada daripada segi peluang jualan dan tempat jualan. Setiap kali kunjungan saya ke tempat ini rakyat asing seolah-olah mereka lebih istemewa berbanding dengan orang tempatan.


Satu masa dahulu, Tamu Rabu ini adalah begitu istemewa kepada penduduk tempatan di sini. Tamu Rabu adalah dikhaskan untuk penduduk tempatan. Keistemewaan ini hanyalah untuk orang tempatan yang menjual sekali seminggu. Namun kini sebaliknya berlaku. Keistemewaan itu tidak wujud lagi kerana rakyat asing begitu bebas menjalankan perniagaan mereka sehinggakan penduduk tempatan terjesas perniagaan mereka.


Pihak berkuasa Tempatan patut menghalang rakyat asing menjual di Tamu Rabu. Ini memandangkan bahawa rakyat asing, tidak ada satu haripun yang saya anggap sebagai hari off untuk tidak berjualan. Apa yang jelas rakyat asing ini sentiasa ada, sentiasa merebut peluang walau apapun hari yang ada. Apakah pihak berkuasa tempatan hanya menutup sebelah mata dan membiarkan masalah ini terus berlarutan. Pihak berkuasa Tempatan sepatutnya mengkaji masalah ini. Buat tindakan segera sebelum terlambat. Kembalikan keistemewaan kepada penduduk tempatan.

Panorama Tamu Rabu Kota Belud





5 ulasan:

  1. Salam Ziarah...

    Bukan sahaja di tamu ada penjual org asing..di kg Tamau pun banyak juga.Sdr bole buat pendedahan kemasukan org asing di kg Pintasan dan tepi pantai kg tamau.Mrk tanam sayur dan tembikai..
    TQ.

    BalasPadam
  2. salam tuan haji,

    tahniah atas penulisan saudara, memang kita akui terlalu ramai pendatang asing yang seakan-akan tidak memberi ruang kepada masyarakat setempat. Majlis daerah perlu mengambil tindakan tegas... syabas dan teruskan...

    BalasPadam
  3. salam guru, samalah cerita orang asing ini dengan 2 ekor anjing tadi. Anjing laut memang sudah pakar berenang. anjing darat pakar menyalak. orang kita lebih banyak menyalak tetapi berniaga asal ada saja. yang banyak pun orang perempuan. Lelaki banyak main billiat, judi dan mabuk. Sampai mana kudrat orang perempuan bersaing dengan orang bugis yang memang suami isteri tanam tembikai, sayur dan lain2? perlu ada perubahan sikap, kita tidak dapat halang kaum asing ini mencari nafkah..

    BalasPadam
  4. Salam Saudara Musli, terima kasih atas komen tu, kasi makan suami sekarang adalah bini, apakata kalu bini2 ini pula pakat-pakat pergi main billiad, judi dan mabuk?

    BalasPadam
  5. saudara Depu2 n Paikan, tempat seperti Tamau dan Pintasan adalah diperingkat kritikal. Orang tempatan bersekongkol dengan orang asing ini, diberi perlindungan yang tidak sepatutnya.

    BalasPadam

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP