Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 8 Julai 2009

Guru Bernafas Lega

Guru terutama sekali yang mengajar PPSMI, pada hari ini menarik nafas panjang dan berasa lega dengan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Pembatalan PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya mulai 2012.


Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI Datuk Hassan Ahmad pula, telah menyifatkan bahawa keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat.


GMP, NGO dan parti-parti politik beganding tangan untuk mendesak kerajaan supaya memansuhkan dasar yang diperkenalkan sejak 2003. Gerakan mendesak kerajaan ini telah menarik perhatian dan respon negatif terhadap PPSMI seluruh negara. Dan akhirnya kerajaan bersetuju pada hari ini.Semua lapisan masyarakat dan pejuag GMP berpendapat bahawa keputusan tersebut bijak serta bertepatan dengan usaha untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui bahasa kebangsaan.

2 ulasan:

  1. Salam.. saya lebih suka kalau PPSMI diteruskan. Kita tunggulah.. suatu hari nanti.. pasti akan berbangkit, bahawa penyesalan akan timbul kerana tindakan ini. Sarawak sekarang, masih mempertahankan dwi bahasa.. tapi masih tetap berjaya.. saya tidak yakin.. peratusan kelulusan akan meningkat terutama dalam 2 mata ajaran, kerana di ajar dalam bahasa Melayu.

    BalasPadam
  2. Salam,

    Saya setuju dengan pendapat sdra mrakunman, suatu hari nanti akan timbul penyesalan kepada kita dan generasi seterusnya...

    Dan yang merisaukan kita adalah... kita akan dipersalahkan oleh generasi akan datang akibat tindakan ini memansuhkan PPSMI...

    Saya agak terkejut dengan kenyataan "guru berasa lega PPSMI dihapuskan"...tunggu dan lihat sajalah...

    BalasPadam

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP