Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 3 November 2009

KENAPA BA DIAORANG TAK SETUJU DENGAN SINGLE-STREAM SCHOOL?

Sistem satu aliran adalah satu yang amat ideal untuk semua kaum yang pelbagai dalam Negara ini. Sesuai dengan kehendak konsep Perpaduan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh PM.


Sejarah perkembangan pendidikan dalam negara ini amat unik dan panjang kerana ia berkembang selari dengan perkembangan tiga kaum terbesar dalam negara ini. Pendidikan telah bermula sebelum merdeka lagi. Pendidikan dibangunkan secara persendirian oleh kaum masing-masing. Sehingga hari ini, pendidikan yang berteraskan kaum digunapakai dalam pendidiakan namun begitu kesemua sekolah menggunakan kurikulum yang sama seluruh negara.

Kehendak kepada satu aliran dalam pendidikan akan mengundang pendapat pro dan kontra. Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa akan ada penentangan terhadap polisi baru ini jika dilaksanakan. Penentangan akan berlaku dikalangan orang Melayu sendiri, kaum Cina dan India. Begitu juga dengan golongan politik, golongan agama, dan golongan NGO akan bangun menentang cadangan ini.

Pada ketika ini, sudahpun ada suara tidak setuju terutama sekali dari kaum India. Sedikit masa lagi akan ada pula suara yang sama dari kaum Cina. Sistem baru ini adalah satu bentuk ancaman kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan. Daripada segi logiknya, sistem baru ini akan menghilangkan identiti kaum masing-masing.

Satu isu besar yang perlu saya nyatakan bahawa kaum lain tidak setuju dengan satu aliran adalah kerana kaum lain melihat sekolah kebangsaan ketika ini TERSANGAT KEMELAYUAAN dan bercirikan Islam. Keadaan ini mengusarkan kaum lain untuk bersekolah di sekolah kebangsaan. Ini nampak dengan jelas apabila kita menjenguk berapa kerat kaum Cina dan India bersekolah di sekolah kebangsaan.


Bagi rakyat yang tinggal di negeri Sabah, golongan elit dan golongan menengah juga bukan kaum Cina dan India juga akan bersuara tidak setuju. Kedua-dua golongan ini mempunyai alasan untuk tidak setuju kepada sistem satu aliran. Kecendrongan kedua-dua golongan adalah kepercayaan bahawa sekolah jenis kebangsaan dapat memenuhi kehendak pendidikan akedemik anak-anak mereka. Maka golongan ini berebut-rebut menyekolahkan anak-anak mereka di situ walaupun mempunyai yuran yang mahal. Satu perkara yang ingin saya nyatakan bahawa golongan ini tidak menaruh keyakinan kepada sekolah kebangsaan yang dimiliki kerajaan sepenuhnya.


Kenyataan di atas adalah sebahagian daripada alasan untuk tidak bersetuju dengan sistem satu aliran dalam pendidikan dalam negara ini. Perbincangan, pandangan, pendapat dari rakyat negara ini perlu untuk melaksanakan sistem tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP