Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 31 Julai 2009

Wabak Selesema A (H1N1).

Penutupan lima lagi sekolah di Sabah, menunjukkan bahawa wabak H1N1 ini sudah sampai ke tahap melampau. Wabak ini tidak mengira usia akan dijangkiti kita. Beberapa pelajar telah disahkan dijangkiti H1N1.

Wabak ini telah menimbulkan kerisauan ibubapa dan menuntut langkah berjaga-jaga. Penutupan sekolah adalah langkah terakhir Jabatan Pelajaran setelah pelajar dijangkiti H1N1. Dalam hal yang demikian Pihak Jabatan Pelajaran perlu mengarahkan kesemua sekolah yang beresiko tinggi terutama sekolah-sekolah di bandar-bandar supaya mengurangkan mengurang pelbagai aktiviti. Melakukan perbagai aktiviti di sekolah boleh mengundang resiko.

Ibubapa juga perlu berhati-hati, mereka perlu mengurangkan aktiviti luar yang melibatkan tempat awam dan orang ramai seperti pergi ke pusat membeli belah, di laluan utama pelancong, di ruang legar lapangan terbang, mengunjungi negara luar dan sebagainya.

langkah seterusnya ialah mengarahkan pegawai-pegawai kesihatan datang ke sekolah-sekolah dan memberikan penerangan tentang cara mengelak daripada dijangkiti H1Ni.

Berikut adalah sekolah-sekolah yang telah ditutup sementara:-
a. Sk Tobobon.
b. Sk Stella Maris.
C. Sk La Salle.
d. SK St Agnes.
e. SRJK Yu Yuan Sandakan.
f. SMK Bandaraya.

Khamis, 30 Julai 2009

SIAPA KATA , GURUPUN TERLEPAS?

Kawan saya ini tinggal di Taman Nikmat. Dua hari lalu kawan saya balik kampung sementara pada waktu petang. Bukannya lamapun hanya lebih sejam sahaja. Ia memandu kereta keduanya MYWI. Rumah keluarganya di Kampung Rudang.

Sekembalinya ke rumahnya, ia amat terkejut kerana kereta Honda Merah kesayangannya dah tak ada di depan pintu rumah. Pintu pagar terbuka, pintu rumah depan dan belakang pun terbuka. Barulah dia sedar bahawa telah berlaku rompakan di rumahnya.

Setelah diperiksa rumahnya, maka dipastikan bahawa kawan ini telah kehilangan kereta sebiji, emas-emas perhiasan isterinya dan 2 buah komputer riba. Dan sebagai balasannya perompak tersebut meninggalkan kerete teksi buruk yang dipercayai kerete curi.

Walaupun kawan-kawannya tinggal di sebelah rumah dan sedar kehadiran perompak tersebut akan tetapi tidak dapat membuat apa-apa tindakan. Kawan-kawan sekeliling nampak dan sempat tabik (lambai) tangan sebagai tanda hormat. Rupa-rupanya orang yang mereka tabik tangan itu adalah perompak.

Merujuk kepada kes ini, semua pihak adalah pesalah. Kawan saya ini sepatutnya memberitahu kawan di rumah tentang ketiadaannya di rumah. kalau susah sangat gunakan handphone untuk bercakap. Kawan-kawannya juga patut perihatin, bukannya mau jaga tepi kain orang tetapi dengan alasan keselamatan bersama.

Perubahan sikap setiap individu yang tinggal di taman perumahan amat perlu, contohnya
orang sebelah rumah mesti memperkenalkan ahli keluarga dari kampung supaya suatu masa nanti dikenali. Dalam kes ini orang yang duduk di sekeliling kawan mereka janganlah membuat andaian mudah. Contohnya kawan sebalah rumahnya mengandaikan bahawa perompak tadi adalah kawan ataupun keluarga kawan saya.

Bila berlaku kejadian seperti ini, barulah menyesal. Kita hendaklah sentiasa berhati-hati bukan saja di jalanraya akan tetapi begitu juga di rumah sendiri. Kita tidak terlepas daripada masalah. Kepada kawan saya ini dan semua orang yang tinggal di taman-taman perumahan, ambillah peristiwa ini sebagai pengajaran positif.

Rabu, 29 Julai 2009

Inkues Teoh Beng Hock - dapatkah memberikan jawapan atau sudah ada jawapan?

Mahkamah Majistret telah membenarkan prosiding inkues siasatan kematian Teoh Beng Hock ditangguhkan sehingga 5 Ogos ini. Ini kononnya bertujuan untuk memberi peluang kepada peguam pemerhati bagi pihak keluarga mendiang membuat persediaan dan meneliti dokumen yang diperlukan.


Teoh, 30, dikatakan mati terjatuh dari bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini, 16 Julai lalu selepas dia dipanggil memberi keterangan dalam siasatan penyalahgunaan wang kerajaan Selangor.


Adakah penangguhan ini untuk peguam pemerhati keluarga Teoh ataupun menyediakan ruang yang banyak kepada SPRM untuk menyediakan jawapan dan bukti yang dibuat-buat? Dalam perundangan di Malaysia prosiding banyak kali ditangguh atau melambat-lambatkan prosiding untuk tujuan menyelamat seseorang. Dengan itu, ada sesuatu kes tidak dapat disiasat, dibiarkan dan dilupakan begitu sahaja. Apa yang amat penting adalah penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menangani masalah ini, demi memuaskan hati semua pihak.

Ahad, 26 Julai 2009

Sifat Muslim Yang Baik kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Keterbukaan yang di tunjukkan oleh Nik Aziz yang akan berbaik-baik dengan UMNO menunjukkan masih ada suatu yang tersirat. Masih ada sesuatu yang tidak kena. Tan Seri Muhiddin Yasin memberikan komen bahawa Nik Aziz telah menujukkan sifat muslim yang baik.


Apakah selama ini Nik Aziz tidak menunjukan sifat muslim yang baik? Atau Muhiddin baru nampak kebaikan muslimnya Nik Aziz setelah Nik Aziz menyatakan keinginan untuk berbaik-baik.


Melihat kepada usaha-usaha islamisasi dilakukan oleh Nik Aziz, telah berjaya mengisi roh islam di Kelantan. Walau pun kenginan Nik Azit untuk berbaik-baik tetapi harus berhati-hati dalam tindakannya. Ini adalah kerana Umno dan BH akan sentiasa menjalankan kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan sama dengan apa yang berlaku di Perak dan Selangor.

Pada saya sebagai penganut Islam, biarlah Kelantan dengan caranya sendiri, mereka muslim, mereka memerintah dengan cara pendekatan syariat. Usaha untuk menjatuhkan Kelantan akan menimbulkan salahfaham terhadap Islam, terutama sekali seragan UMNO terhadap pimpinan PAS.

Sabtu, 25 Julai 2009

MURAHNYA NYAWA DIPERTARUHKAN



Marco Antonio Nazareth tidak sedarkan diri akibat pendarahan otak ketika menentang lawannya Omar Chavez.Marco mati selepas empat berada di hospital Puerto Vallarta.
Marco 23, dikejarkan ke hospital selepas menerima tumbukan `knockout’ dari Chavez.

Kematian yang sia-sia, nyawa dipertaruhkan tetapi orang lain yang dapat keuntungan.

Rabu, 22 Julai 2009

BUDAK BAWAH UMUR IN ACTION

Saya telah menulis tajuk BUDAK BAWAH UMUR dalam blog ini pada bulan yang lalu mengenai aksi pelajar saya yang menunjukkan cara mencuri maggie melalui lubang yang kecil.

Pada kali ini pelajar saya ini melakukan aksi yang lebih terancang. Pada hari sabtu dan ahad adalah masa terbaik untuk melakukan aktiviti. Pelajar saya ini telah mendaftarkan diri untuk pulang kampung. Namun begitu pelajar ini bukannya pulang ke rumah tetepi singgah ke masjid Kota Belud untuk tidur dan membuat perancangan ala mafia.

Pada hari jumaat pelajar ini telah pergi ke sebuah kedai. Ketika masuk dalam kedai ini, pelajar ini berpura-pura meminjam tandas. Apa yang dibuatnya dalam tandas? Dia masuk ke dalam tandas dan melongarkan segala skru grill tandas. Pada waktu malamnya (malam sabtu) dia masuk melalui tingkap tandas untuk masuk ke dalam kedai. Dia berjaya dalam operasinya.

Malam berikutnya (malam ahad) perancangan lebih besar dibuat. Taget utamanya ialah kedai Pam Minyak Shell. Perkara yang sama dibuat iaitu melonggarkan skru grill tingkap tandas. Pelajar ini juga berjaya masuk melalui tingkap tandas ke dalam kedai tersebut. Malang baginya, polis datang dan menangkapnya. Pelajar ini kini berada dalam penjara. Setakat ini tidak ada laporan tentang tindakan polis daerah Kota Belud.

Melalui pemerhatian saya selama setahun lebih, pelajar ini adalah tergolong orang yang bijak. Pada saya, pelajar perlukan SESUATU dari keluarganya.

Isnin, 20 Julai 2009

Pelajar Sekolah Menengah Tak Pandai Membaca

Berita malam ini memuatkan e-mail mengenai pelajar di sekolah menengah tidak pandai membaca. Setakat mana kebenarannya? Berita ini menyatakan Kementerian Pelajaran terkejut dengan perkara ini. Kenapa baru sekarang Kementerian Pendidikan terkejut?

Berita ini adalah benar sekiranya merujuk kepada beberapa sekolah-sekolah di Sabah. Contohnya SMK Usukan mempunyai pelajar sedemikian, sehinggakan pihak sekolah mengujudkan satu kelas khas yang dipanggil "KELAS PEMULIHAN". Mungkin kalau di pentau di seluruh negeri Sabah, SMK Usukan tidak keseorangan menghadapi masalah tidak pandai membaca. Tindakan pemulihan terpaksa dijalankan sepanjang satu tahun supaya pelajar ini dapat menimba ilmu seperti pelajar lain.

Kementerian sepatutnya telah lama membuat tindakan terhadap perkara ini. Sekiranya merujuk pada kes pelajar di SMK Usukan, pelajar tak tahu membaca perlu dicari di mana silapnya. Adakah pelajar ini tidak pernah ke sekolah di sekolah rendah? Adakah pelajar ini datang ke sekolah tetapi tidak masuk kelas? Adakah pelajar ini ada di kelas tetapi guru tidak mengajar? Adakah pelajar ini ada di kelas tapi tidak dipeduli oleh guru kerana pilih bulu? Adakah pelajar ini miskin maka tidak perlu dididik? ATAU GURU MAKAN GAJI BUTA?

Isnin, 13 Julai 2009

Jumaat, 10 Julai 2009

Natrah RIndu Keluarga Angkat di Malaysia



10 Julai — Natrah nama atau Bertha Hertogh sentiasa merindui keluarga angkatnya di Malaysia ketika beliau sakit teruk akibat leukemia sebelum meninggal dunia dua hari lepas.

Saudara angkat Natrah, Rokayah Mohd. Dahan, 63, berkata, Natrah sering meluahkan perasaannya itu sama ada melalui telefon atau e-mel kepada adiknya di sini dan anaknya yang tinggal di Kuantan.

Rokayah berkata, beliau menerima berita kematian Natrah menerusi telefon pada pukul 8 malam semalam daripada anaknya, Mohd. Akram Abdul Aziz yang bekerja di Kuantan.

Natrah meninggal dunia akibat leukemia pada usia 72 tahun di kediamannya di Huijbergen, Belanda, dua hari lepas.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam serta bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun begitu, undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin dan dia diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.

Khamis, 9 Julai 2009

TEACHER OF MATH AND SCIENCE (PPSMI)

Teacher that teaching English in Bahasa Melayu (BM). It is a headache if….. we are going to teach Science in BM

English is the language of an information and technology in the world. How dangerous it will be if we try to use Bahasa Melayu in teaching English in school. See some example below.

Jalan-jalan = walk-walk
Lagi-lagi saya = again-again me
main-main = play-play

English = Bahasa Melayu
Hardware = barangkeras
Software = baranglembut
Joystick = batang gembira
Plug and Play = cucuk dan main
Port = lubang
Server = pelayan
Client = pelanggan

Try to translate this into Bahasa Melayu to English:

That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.

Now in BAHASA:
Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan..

Rabu, 8 Julai 2009

Guru Bernafas Lega

Guru terutama sekali yang mengajar PPSMI, pada hari ini menarik nafas panjang dan berasa lega dengan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Pembatalan PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya mulai 2012.


Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI Datuk Hassan Ahmad pula, telah menyifatkan bahawa keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat.


GMP, NGO dan parti-parti politik beganding tangan untuk mendesak kerajaan supaya memansuhkan dasar yang diperkenalkan sejak 2003. Gerakan mendesak kerajaan ini telah menarik perhatian dan respon negatif terhadap PPSMI seluruh negara. Dan akhirnya kerajaan bersetuju pada hari ini.Semua lapisan masyarakat dan pejuag GMP berpendapat bahawa keputusan tersebut bijak serta bertepatan dengan usaha untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui bahasa kebangsaan.

Isnin, 6 Julai 2009

Found By Change

Today I walk along the river at Batu Gadung Tamau and I find out two beautiful butterflies. I think that I never see this species of butterfly around here. I take some pictures of these butterflies for my remembrance. Here are the pictures that I want share with.



Ahad, 5 Julai 2009

DIFFERENT VIEWS OF KINABALU MOUNTAIN

Traveling around Sabah in Malaysia could be an exciting adventure. One could hire a private tour guide or by the popular company tour guide to venture around Sabah. Foreign tour has an easy excess to Sabah by airplane.

One of the special things that you may wonder is that you can see clearly at the Kinabalu Mountain where ever you are.


View of Kinabalu at Kota Belud


View Of Kinabalu at Pekan Nabalu


View of Kinabalu at Pekan Kundasang


View of Kinabalu at Ranau


View of Kinabalu at Kota Marudu

<

Selangkah ke Baitullah Mekah

Setiap tahun lebih kuarang 4.5 juta orang akan berkunjung ke Baitullah. Sabah pada tahun lalu telah menghantar sebanyak seribu lima ratus jemaah haji. Sebahagian kecil jemaah haji datang dari Kota Belud.


Mungkin tidak ramai yang tidak tahu bahawa jemaah haji di Kota Belud, mempunyai keistemewaan tersendiri. Jemaah haji diurus dengan baik oleh Tabung Haji di bawah kendalian oleh Imam Daerah, Tuan Haji Madlee Hj Mansur. Kursus Haji dan Umrah diadakan di Masjid Daerah Kota Belud. Kursus Haji dan Umrah diadakan setiap tahun, dengan pengisian kursus sebanyak 17 siri termasuklah toeri dan praktikal.


Peserta-peserta kursus di Kota Belud, datang dari empat daerah iaitu Kota Belud sendiri, Pitas, Kota Marudu dan Kudat. Kursus Haji dan Umrah yang dikendalikan oleh Tuan Hj Madlee telah banyak memberikan manafaat ilmu di samping nenjimatkan masa peserta kursus. Ini adalah kerana beberapa tahun dahulu kursus Haji dan Umrah hanya diadakan di pusat Tabung Haji Di Kota Kinabalu.

Gambar-gambar peserta kursus Haji dan Umrah di Kota Belud


Tn.Hj Madlee sedang memberikan penerangan tentang perjalan haji







>



Jumaat, 3 Julai 2009

SUDAH MATI TAPI MASIH BAHAYA

Ingatkan kalau dah mati tak ganggu orang lain lagilah, makin mati makin merbahaya. H1N1 kini sedang melanda dunia. Datang pula virus baru yang merbahaya kepada keselamatan komputer.


Amaran mengenai sejenis virus Internet telah mula disebarkan menerusi e-mel umum yang mendakwa mengandungi lagu-lagu dan foto rahsia Michael Jackson.E-mel itu bertajuk ‘Remembering Michael Jackson’ (Memperingati Michael Jackson) dan dikirim daripada alamat ‘sarah@michaeljackson.com’


Ia memaklumkan penerima bahawa satu fail yang dilampirkan berjudul ‘Michael songs and pictures.zip’ mengandungi lagu-lagu dan gambar-gambar ikon muzik pop tersebut, yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di Amerika Syarikat (AS) pada 25 Jun lalu.

Amaran kepada pengguna komputer supaya jangan membuka fail lampiran itu.Dengan membuka lampiran itu, pengguna komputer terdedah kepada jangkitan. Sebaik sahaja dijangkiti, sesebuah komputer secara automatik akan mula menyebarkan virus kepada pengguna Internet yang lain.

Khamis, 2 Julai 2009

Sepasang suami isteri

siapa kata tak bahagia kalau sentiasa dapat bersama makan, minum, menari atau ke mana saja. Inilah perasaan sepasang suami isteri yang dianggap contoh kepada pasangan-pasangan lain.


Ini adalah kisah benar dan nyata, belum pernah diterbitkan dalam mana-mana filem, tulisan, ataupun pendedahan sensasi oleh Mazidul ataupun Karamsing Walia.


Kisah ini berlaku di satu tempat yang amat romantik, kisah sepasang lalat sedang menjamah sarapan. Si isteri lalat yang taat setia kepada suaminya tiba-tiba bersuara "bang kenapa bah kita hari-hari makan tahi? lalu si suami pun menjawab "isshh..jangan cakap benda-benda kotor masa makan........tak baik!"

Rabu, 1 Julai 2009

Ancaman Kepada Penduduk Tempatan di Tamu Rabu Kota Belud.

Bagi pelawat atau pelancong yang berkunjung ke Kota Belud, destinasi yang sesuai adalah Tamu Rabu, di Tamu Ground Kota Belud. Pelawat, pelancong dan pembeli dengan mudah dapat mencari apa yang mereka perlukan.


Kebanyakan jualan pada hari rabu, adalah bertumpu kepada hasil jualan pertanian yang datang dari kampong-kampong sekitar Kota Belud. Hasil jualan ala kampong adalah diusahakan oleh kaum Irranun, Bajau dan Dusun. Satu ketika dahulu, tamu rabu ini diadakan di Pasar Tani Pekan Kota Belud. Disebabkan kawasan sempit dan sesak maka tamu rabu ini di pindahkan ke Tamu Ground, Kota Belud. Tempatnya agak jauh dari pecan.


Kalau diperhatikan hasil jualan mereka ini, seolah-olah ada ciri masing-masing. Perbezaan ini adalah kerana perbezaan keadaan geografi yang didiami oleh kaum Dusun, Bajau dan Irranun. Keadaan ini memperkayakan lagi sumber makanan bagi penduduk tempatan.


Cara jualan tradisional masih lagi diamalkan oleh penduduk tempatan, sebagai contohnya menukarkan gula tebu oleh kaum Irranun dengan labu oleh Kaum Dusun. Cara jualan tukar barang ini telah dijalankan sejak zaman berzaman. Keharmonian ini jelas kelihatan apabila semua bahasa tempatan dipertuturkan dalam masa yang sama. Maksudnya ialah apabila seorang penjual kaum Dusun bercakap dalam bahasa Dusun, akan dijawab oleh penjual Kaum Bajau dalam bahasa Bajau. Agak pelik apabila mereka berkominikasi, tetepi itulah realitinya.


Kalau melihat pada reality sebenar, apakah yang berlaku di Tamu Rabu, penduduk tempatan tidak dapat menjual habis jualan mereka. Ada yang terpaksa membawa semula jualan mereka. Ada yang langsung tidak ada pelanggan. Ada masalah yang berlaku disebalik. Rasa kasihan pada mereka kerana mereka tinggal jauh dan terpaksa menyewa kereta untuk membawa jualan mereka. Kalau sekiranya jualan tidak laku apa yang kita boleh bayangkan? Sudah tentu anak dan keluarga yang mengharapkan sesuatu hasil daripada jualan tersebut.


Mungkin ada yang tidak sedar bahawa penduduk tempatan semakin terpinggir dalam aktiviti penjualan hasil pertanian mereka. Tidak kira dia Bajau, Dusun atau Irranun Mereka terancam oleh kehadiran ramai rakyat asing sama ada daripada segi peluang jualan dan tempat jualan. Setiap kali kunjungan saya ke tempat ini rakyat asing seolah-olah mereka lebih istemewa berbanding dengan orang tempatan.


Satu masa dahulu, Tamu Rabu ini adalah begitu istemewa kepada penduduk tempatan di sini. Tamu Rabu adalah dikhaskan untuk penduduk tempatan. Keistemewaan ini hanyalah untuk orang tempatan yang menjual sekali seminggu. Namun kini sebaliknya berlaku. Keistemewaan itu tidak wujud lagi kerana rakyat asing begitu bebas menjalankan perniagaan mereka sehinggakan penduduk tempatan terjesas perniagaan mereka.


Pihak berkuasa Tempatan patut menghalang rakyat asing menjual di Tamu Rabu. Ini memandangkan bahawa rakyat asing, tidak ada satu haripun yang saya anggap sebagai hari off untuk tidak berjualan. Apa yang jelas rakyat asing ini sentiasa ada, sentiasa merebut peluang walau apapun hari yang ada. Apakah pihak berkuasa tempatan hanya menutup sebelah mata dan membiarkan masalah ini terus berlarutan. Pihak berkuasa Tempatan sepatutnya mengkaji masalah ini. Buat tindakan segera sebelum terlambat. Kembalikan keistemewaan kepada penduduk tempatan.

Panorama Tamu Rabu Kota Belud





My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP