SMK Kundasang telah dimulakan pembinaannya pada 24 April 1984 dan siap pada 24 Disember 1985 dengan kos RM10 juta. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1986.
Disebabkan keadaan tanah tapak sekolah ini merekah, maka kementerian Pelajaran mengarahkan sekolah ini di kosongkan. Sekolah ini tidak selamat untuk digunakan.
Sebuah sekolah pasang siap telah dibina di Mosilou bagi penempatan pelajar sementara bagi sesi persekolahan 2013. Oleh itu, masyarakat di sekitar pekan Kundasang diminta untuk menghulurkan bantuan untuk mengosongkan sekolah tersebut dan membawanya ke sekolah yang sedang disiapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan