29 oktober, saya telah berhadapan dengan masalah sihir penunduk. Sihir ini dibuat supaya suami mengikut segala arahan isteri. Merujuk kepada kes terbaru ini telah terjadi kepada kawan yang namanya AS. Saya mensyaki bahawa dia kena sihir sejak mula berkahwin dengan isterinya dari Sandakan. Sebelum ia kahwin keadaannya sama seperti lelaki normal yang lain.
Setelah berkahwin, AS telah berubah sikap, menjadi pendiam dan jarang bergaul walaupun di kalangan keluarga sendiri. Apa yang saya sedari sebelum ini AS mula memencilkan diri dan hanya mengikut perintah isterinya. Dalam masa setahun mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan.
Satu perkara yang pelik berlaku, isteri AS ini telah meninggalkannya tanpa pengatahuannya. Selepas itu si isteri meminta cerai. Talak tiga telah berikan. Masalanya setelah meninggalkan AS, bekas isterinya ini masih lagi dapat mempangaruhi AS. Sihir kiriman dan melalui makanan telah menyebabkan ia tidak dapat berfikir dengan waras. Sihir telah sebati dalam perut AS. Kesannya adalah menyebabkan AS dalam keadaan separuh gila.
Bekas iseri AS seorang yang tamak, di samping mengunakan sihir bekas isterinya menggunakan anak mereka sebagai bahan ugutan untuk mendapatkan wang. Keadaan ini berterusan walaupun bekas isteri AS telah berkahwin.
Alhamdulillah melalui proses perubatan Islam Altenatif, saya merawat AS dengan memusnahkan sihir yang tersimpan dalam perut. Proses ini melalui cara menarik keluar secara makrifat dan permandian. Proses ini agak berat dan rumit kerana ia memakan masa selama tujuh hari untuk rawatan penuh. Syukur ke hadrat Allah SWT keran setelah 2 kali rawatan AS telah mula menampakkan berubahan yang mendadak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan