Dilema Penduduk…Sambirai
Posted on October 27, 2012 under TERKINI with No comments
Author: bigadmin
(Links: http://lidahlasersabah.com/2012/10/dilema-penduduk-kg-sembirai-kota-belud/)
Al-kisahnya begini, masa aku jalan-jalan pusing-pusing pantai barat Sabah, aku singgahlah beberapa lokasi..kebetulan aku menuju ke Kota Marudu dan Pitas..maka aku berhenti seketika di suatu kampung yang terletak di Kota Belud iaitu Kg. Sembirai Kota Belud..berhenti seketika sebab aku selalu juga lalu di Kampung ni singgah beli kuih pisang goreng berdepan Car Wash bulatan ke Kuala Abai..tapi cerita aku bukan pula pasal kuih pisang goreng…
Dikepalaku sering terbit persoalan tetang pembaziran lot tanah sawah yang terbiar sejak sekian lama di Kg. Sembirai..bukanlah ingin masuk campur urusan rumahtangga orang tetapi sebagai seorang pemerhati dan tidak suka pembaziran, aku tertanya-tanya kenapa tanah sawah yang begitu luas ini tidak dikerjakan..adakah orang kampung ini sudah kaya raya dan tidak perlu bercucuk tanam lagi?mungkinkah penduduk sudah tinggi pendapatan dan hanya membeli beras di kedai-kedai..atas persoalan ini aku cuba bertanya-tanya kepada beberapa orang penduduk kampung tersebut..bertanya bukan pula bermaksud mahu membeli tanah-tanah tersebut..Kg. Taun Gusi punyalah rancak dengan program Jelapang Padi, Kampung ini senyap sepi saja..padahal sebelum ini adalah antara kampung pengeluar padi di Kota Belud…Apa nak jadi?????
Daripada temubual dengan penduduk kampung tu, rupa-rupanya isu ini sudah lama berlaku..sejak lebih tiga tahun yang lalu perkara ini tidak mendapat sebarang penyelesaian..JKKK telah silih berganti, pelbagai alternatif sudah dicari tetapi tidak juga selesai-selesai…bukan orang kampung tidak ingin bercucuk tanam tetapi pemimpin kampung kurang berkomitmen menyelesaikan isu ini..kerjasama yang kurang dan tidak ada tindakan menyebabkan isu ini sentiasa menghantui penduduk…dari tinjauan ini juga, ada yang cakap hutang dengan Guan (pembekal benih dan modal) la, masalah air la, tiada kerjasama antara petani la, tiada jentera la, tiada komitmen pemimpin la….semua ini menjadi masalah dan akhirnya tidak ada penyelesaian sehingga hari ini…mesyuarat yang berjalan cuma retorik semata-mata sahaja bagi menutup kelemahan pemimpin kampung..ini termasuklah juga menutup kemarahan penduduk kampung dan menutup kelemahan ADUN kawasan tersebut….paling penting masalah ini sebenarnya berpunca daripada pemimpin yang tidak mengambil sebarang tindakan wajar bagi menyelesaikan permasalahan ini…harapkan masa yang menyelesaikan, sampai bila masalah akan selesai…pemimpin kan sepatutnya memimpin..bagi aku la kan, semua ini perlu diselesaikan oleh pemimpin kampung tersebut..terutamanya JKKK kampung…
Ada satu pakcik tu berkata “macamana aku tanam kalau aku satu urang saja menanam..nanti kena makan tikus dan pipit aku punya padi..kalau aku tanam boleh saja sebab aku ada kerbau..kenapa juga dulu tiada jentera tetapi boleh juga menanam…diorang itu tidak bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah ini” – jelas pakcik tua yang kelihatan bersungguh-sungguh tetapi penuh ketenangan..
Lagi satu, ADUN kawasan tersebut perlu turun padang membantu mencari penyelesaian..bukan hanya melihat sahaja..semua pihak perlu menunjukkan komitmen yang tinggi..bukan melihat begitu sahaja ibarat meludah ditangga…tanah yang begitu luas perlu diusahakan…penduduk menanti tindakan anda kerana siapalah penduduk yang bekerja tanpa ada seorang ketua yang membuat keputusan…oleh itu, saranan ku kepada pemimpin kampung itu, jangan goyang kaki saja…turun padanglah mencari penyelesaian..besar pula gaji kamu bulan-bulan..kemajuan tiada juga…aku tegur dengan cara yang baik. Siapalah aku yang mahu masuk campur urusan keluarga kamu tapi sebagai orang yang kasihan dengan rintihan penduduk dan merasai denyut nadi penduduk, maka aku tergerak hati untuk menulis perkara ini agar anda membuka mata luas-luas…sekian dan harap ada tindakan…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan