Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 26 September 2012

Kajian UM : Sokongan Kepada PR Meningkat


 
Kajian  dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Kajian terbaru yang dibuat adalah pada 1 hingga 16 September 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia. Kajian sebelum ini dibuat dalam tempoh 31 Mac 2012 hingga 15 April 2012.

Bilangan responden ialah 1536. Kajian dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, etnik Cina dan etnik India.Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.

Ditanya, parti mana akan menang dalam PRU-13, kajian Mac hingga April menunjukkan keyakinan kepada BN akan menang adalah 49% sedangkan kajian terbaru menunjukkan penurunan kepada 44% sahaja.

Keyakinan kepada Pakatan pula meningkat dari 21% kepada 30%.

Keyakinan kepada kerajaan Pakatan di Selangor juga meningkat dengan ketara dari 38% kepada 50% manakala untuk BN dari 28% jatuh kepada 16%.

Begitu juga di Kedah. Keyakinan kepada Pakatan naik dari 37% kepada 48% dan kepada BN turun dari 40% kepada 32%.

Namun untuk negeri Kelantan, keyakinan kepada Pakatan jatuh sedikit dari 44% kepada 41% manakala BN naik dari 27% kepada 32%.

Namun, kecondongan pengundi tetap kepada Pakatan Rakyat.

Najib jatuh merudum

Kajian itu juga mendapati, harapan rakyat amat tinggi agar berlaku perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

72% berharap supaya debat diadakan manakala hanya 17% tidak bersetuju dan 11% tidak pasti.

Menurut kajian itu, populariti Najib juga menurun dari 61% pada Mac lalu kepada 58% pada September 2012. -HD

Selasa, 18 September 2012

STRAWBERRY GENERATION





China's "Strawberry Generation" of young adults has been blamed on parents who are far too lenient and overindulgent of their children's every whim and fancy to the point of spoiling them.

The term references the sweet looking fruit that's sometimes sour on the inside, and the label has been slapped on kids born after 1980. These "strawberry cupcakes" are also deemed too lazy to do any work hard and too weak to deal with the realities of life in the real world.

Several recent incidents have been making the rounds on China's social media sites. Last month, a boy threatened to kill himself by lying in the middle of a busy street if his dad refused to get him a car. Another slapped his mother in public for presenting him with a fake iPhone.

One girl screamed at her mum in public and reduced her to tears when her mum couldn't afford to pay for her iPhone, her iPad and her MacBook. And another threatened her parents that she would drop out of university if they wouldn't get her an iPhone.

In the case of 21-year-old Xu and his traffic-stopping stunt in Chongqing City, he had demanded a 150,000 yuan (RM75,000) car from his 50-year-old dad who runs a scaffolding business. The car, he said, was one of the requirements put forth by his fiancée's family in order for them to get married.

He had tried that trick before and twisted his dad's arm into giving him a 3,000 yuan computer, neighbours said. However, when his dad turned him down for the car, Xu dashed to the street and planked himself on the road. His dad was forced to promise to take a loan and deliver the car at the end of year.

Days later, however, Xu again demanded for the car but now he wanted it right away. When his dad said no, Xu attacked the family van with a fire extinguisher and smashed all its windows. He then laid down on Pan Long Road again—but this time motorists called the cops and they came to haul him off.

Khamis, 13 September 2012

TANGAN HANCUR HINGGA KE BAHU DITELAN PENGISAR


Malang tidak berbau apabila tangan kanan seorang pengusaha kedai kek dan roti hancur hingga ke bahu selepas tersepit dalam mesin pengisar tepung di kedai dekat Simunjan, Kuching semalam.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Alice, 40-an telah mengendalikan perniagaan berkenaan sejak 10 tahun lalu ditimpa musibah ketika memproses tepung, jam 6 pagi. Kejadian hanya disedari beberapa pekerja mendengar jeritan mangsa yang mengerang kesakitan.

Menurut pekerjanya yang enggan dikenali, ketika kejadian mereka dalam proses menyiapkan roti sebaik memulakan operasi seawal jam 5.45 pagi.

Isnin, 10 September 2012

INI SAJA YANG ADA

                                   KARYA SENI OLEH NANDRAYANTIROW DI KOTA BELUD

Jumaat, 7 September 2012

THEIR SCHOOL AND OUR SCHOOL




KEMUDAHAN SUKAN SEKOLAH OLIMPIK DI SABAH

"...biar gambar yang berbicara. biar hati yang menginsafi. ada kurang sekolah di sana, ada lebih sekolah di sini. apa kurang dan apa lebih, hanya mereka yang mengetahui. jom insafi di mana pendirian dan komitmen kita..."

Khamis, 6 September 2012

Siar klip video dibelasah suami di Facebook




          Disebabkan terdesak mempertahankan maruahnya, seorang wanita memutuskan menggunakan Facebook menyiarkan klip video yang dirakam CCTV di kedai butiknya, di Ipoh, selepas beliau mendakwa dibelasah dengan ganas oleh suaminya.

        "Saya Amanda Fong Kim Yen, berusia 19 tahun dan saya mengandung anak Calvin Chik Foo Keong lebih dua bulan dan saya mahu membela diri saya sekarang," kata wanita muda itu dalam laman profil Facebooknya antara 7.11 malam, 30 Ogos lalu dengan 3.48 petang keesokannya, lapor laman berita Free Malaysia Today (FMT) kelmarin.
Klip-klip video itu, yang turut dimuat naik dalam laman YouTube, kelmarin telah mencetuskan kemarahan di kalangan pengguna Internet, kata laporan itu.

         "Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan anda semua di luar sana, bagaimana kasarnya sikap suami saya membelasah saya dan dia telah menganiaya saya," kata wanita itu dalam laman Facebooknya.

                         




Selasa, 4 September 2012

'SEXY CAKE' dalam Facebook timbulkan kebimbangan







Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima aduan daripada ibu bapa yang bimbang dengan pengedaran kek yang dihasilkan menyerupai alat sulit lelaki dan wanita. Kek serupa itu dikatakan dijual melalui Internet, termasuk menggunakan Facebook.


Penjualan kek itu dipercayai bermula dua tahun lalu dan didaftarkan atas nama individu, lapor Harian Metro semalam.Pemilik Facebook itu secara terbuka dilaporkan memaparkan koleksi gambar kek, yang menunjukkan lelaki dan wanita berbogel dalam keadaan mengghairahkan, selain mendedahkan bahagian dada wanita dari pelbagai sudut.

Beliau juga memuat naik lebih 20 gambar kek yang disiapkan dan mendapat maklum balas daripada lebih 50 pengguna laman sosial berkenaan sejak 2010.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya kesal dengan kewujudan Facebook berkenaan yang boleh menimbulkan rasa ghairah kanak-kanak bawah umur.
Menurutnya, pemilik Facebook berkenaan sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti semua bangsa di Malaysia, khususnya masyarakat Islam.

"PPIM menerima aduan daripada ibu bapa yang risau dengan kewujudan pautan dinding itu. Yang kami persoalkan ialah kenapa ia diletakkan di laman sosial yang boleh dilihat secara terbuka. Jika ia inisiatif seni sekalipun, wajar dipertontonkan secara tertutup," kata Datuk Nadzim.
Menurut beliau, pemerhatian pihaknya ke atas Facebook berkenaan juga mendapati ia terdedah kepada kemungkinan dibaca kanak-kanak kerana terdapat segelintir individu yang berkongsi bersama rakan lain dan tindakan itu perlu dibendung segera.

"Memang ada ke-nyataan, gambar itu dikhaskan bagi orang dewasa tetapi bagaimana kami hendak pastikan ia tidak dilihat mereka yang tidak sepatutnya.
"Kami minta pihak berwajib mengambil serius masalah ini kerana ia bukan perkara baru. Malah, dua tahun telah dimuat naik dalam laman sosial," tambah Datuk Nadzim.

Isnin, 3 September 2012

TRAFIK JAM “MATI” KE RUMAH TS PANDIKAR AMIN



Kedatangan begitu ramai yang datang menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia di Kampung Rampayan laut,Kota Belud melebihi kurang 40, 000 orang termasuk mereka yang gagal sampai ke kawasan tersebut. Jangkaan awal Jawatan Kuasa Penganjur USBO menyatakan bahawa lebih kurang 30, 000 orang yang akan hadir.





Kesesakan di jalan raya menuju ke kampung Rampayan menyebabkan ‘traffic jam mati’ bermula jam 7.450 pagi hingga jam 6.00 petang kelmarin. Pengunjung paling ramai adalah dari luar kawasan Kota Belud. Kalau melihat kepada nombor kereta dan bas pengangkutan adalah datang dari Beufort, Tawau, Papar, Kudat, KKinabalu, kMarudu, Pitas, Sandakan, Tuaran dan Beaufort. 


Ramai yang terpaksa berjalan kaki tidak kira umur semata-mata ingin ke situ. Ramai pengunjung membatalkan dan balik kerana ‘trafik jam mati”. Ramai VIP dan penyanyi jemputan saperti Awie Hafiz, Khatijah Ibrahim  dan lain-lain terpaksa menunggu selama 5 jam untuk sampai ke situ.




PM Najib pula beruntung kerana datang dengan helicopter. VIP lain seperti Yang Di Pertuan Negeri dengan rombongan terpaksa berjalan kaki sejauh 1 km menuju ke dewan utama majlis rumah terbuka tersebut.

Majlis itu diperkuatkan dengan ucapan oleh Datu Seri Salleh Said, Presiden USBO, Datuk Seri Musa Aman,  Ketua Menteri Sabah, dan ucapan PM Datuk Seri Najib 

Kehadiran begitu ramai dalam majlis tersebut pada pandangan saya adalah adanya ransangan daripada persembahan artis-artis seperti Hafiz Awan Nano, Awie, dan lain-lain. Pengunjung lebih terpikat kepada persembahan artis-artis daripada ucapan PM dan KM.
Ramai pengunjung rasa hampa dan kecewa kerana tidak dapat menikmati juadah hari raya Pandikar. Minuman dan makanan tidak mencukupi untuk para pengunjung terutama sekali pengunjung yang berjalan kaki sejauh 6 km, terpaksa telan air liur sajalah.

Sabtu, 1 September 2012

Penduduk kampung Suang Punggor belum merdeka dari kemiskinan




Penduduk kampung belum merdeka dari kemiskinan "Itulah sebabnya saya tidak lagi sanggup memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kg Suang Punggor kerana sudah bosan dengan sikap agensi kerajaan yang tidak serius dalam membela nasib rakyat di luar bandar seperti kami".

"Kami (Pengerusi JKKK) diumpamakan sebagai 'mata dan telinga kerajaan' tapi bila kami berulangkali menghantar permohonan, agensi Kerajaan yang bertanggungjawab tidak menghiraukannya. Segala permohonan yang melibatkan pembangunan sumber ekonomi di kampung ini tidak mempunyai sebarang maklum balas sehingga kini."


              Lirik lagu Merdeka yang tidak ada makna bagi orang kampung ini

                                        Kata Kita dikota
                                        Janji Kita ditepati
                                        Hidup Rakyat Dibela
                                        Masa Depan Diberkati
                                        Janji sudah ditepati
                                        Kini masa balas budi
 


My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP