Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 31 Disember 2012

SMK KUNDASANG AKAN DIKOSONGKAN DAN MUNGKIN AKAN DIROBOHKAN

 

SMK Kundasang telah dimulakan pembinaannya pada 24 April 1984 dan siap pada 24 Disember 1985 dengan kos RM10 juta. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1986.

      Disebabkan keadaan tanah tapak sekolah ini merekah, maka kementerian Pelajaran mengarahkan sekolah ini di kosongkan. Sekolah ini tidak selamat untuk digunakan.

      Sebuah sekolah pasang siap telah dibina di Mosilou bagi penempatan pelajar sementara bagi sesi persekolahan 2013. Oleh itu, masyarakat di sekitar pekan Kundasang diminta untuk menghulurkan bantuan untuk mengosongkan sekolah tersebut dan membawanya ke sekolah yang sedang disiapkan.

Kalimah Allah muncul lagi

Mujahid Yusof Rawa is MP for Parit Buntar and PAS National Unity Committee chairman. http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/kalimah-allah-muncul-lagi/
  
 
December 30, 2012  
Apa pun yang diperkatakan oleh orang ramai tentang mengganti kalimah Allah dengan God atau Tuhan untuk kegunaan orang Kristian menunjukkan keagungan kalimah Allah ini. Allah sebagai perkataan yang difahami pengertiannya oleh semua pihak mampu memberikan makna dengan tepat tentang KeagunganNya dan KebesaranNya. Tidak dapat dinafikan semua pihak termasuk penganut agama Kristian di Malaysia mahu kalimah ini menjadi milik mereka yang selama ini secara eksklusif dipakai oleh umat Islam. 
Perspektif Al Quran 
Secara positifnya kalimah Allah ini mempunyai peminatnya lantas membuktikan kebenaran ayat dari Al Quran (Luqman, 31:25): "Jika kamu bertanyakan kepada mereka, siapakah yang mencipta Langit dan Bumi ini, pasti mereka akan memperakui bahawa Allah yang menciptakanNya, Katakanlah Alhamdulillah tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya" secara literalnya ayat ini mahu menjawab golongan yang mengingkari kewujudan Sang Pencipta yang menghidupkan mereka dan mematikan mereka dan mereka akan dibangkitkan untuk dibuat perhitungan. Secara kontekstualnya golongan yang tidak mempercayai kewujudan Allah tetap menggunakan kalimah Allah bagi menggambarkan ketundukan mereka kepada Keagungan dan Kebesaran Tuhan. Ini bermakna perkataan Allah adalah universal. Ahlul Kitab iaitu penganut agama Yahudi dan Kristian digambarkan oleh Al Quran telah menyebut nama Allah di Biara dan Gereja mereka, seperti firmanNya (Al Haj,22:40): "Jika tidak Allah mencampakkan perasaan ingin mempertahankan simbol agama masing-masing, akan hancurlah (tanpa perasaan itu) tempat ibadat Yahudi (Sinagog) Kristian ( Gereja) dan rumah ibadat serta , Islam     (Mesjid) di mana di dalam semuanya itu disebut nama Allah dengan banyak sekali, Allah pasti akan membantu siapa yang membantu agamanya, Allah Maha Gagah dan Mulia" Ayat ini secara literal menggambarkan perasaan ingin mempertahankan simbol agama masing-masing dan lerasaan itu dicampak oleh Allah. Secara kontekstualnya ayat ini menyebut bahawa di dalam rumah ibadat ini semua di sebut nama Allah bagi menggambarkan berbagai penganut khususnya Yahudi dan Kristian menggemakan nama Allah sebagai tanda kebesaranNya. 
Perspektif akademik 
Secara akademiknya perbahasan menggunakan kalimah Allah oleh penganut agama lain adalah satu perbahasan yang menarik dan saya secara peribadi tidak melihat ianya satu kesalahan dari sudut akademik. Namun isu ini bukan akademik semata-mata ia ada kaitan dengan perundangan, norma, budaya dan politik. Jadi amat malang jikalau kita hendak menjawab persoalan ini secara mudah tanpa memperincikan keperluan-keperluan lain sebelum kita membuat rumusan. 
Perundangan 
Dalam konteks Malaysia kedudukan Islam sebagai agama resmi persekutuan diperuntukkan dalam Artikel 3. Walaupun Artikel 11 menetapkan kebebasan agama namun kedudukan Islam itu mesti dilihat sebagai keutamaan dan sebab itu enakmen negeri-negeri diberi kuasa untuk memperkukohkan Artikel 3 ini melalui kuasa enakmen Islam. Perundangan tidak lahir secara lompang melainkan ia terbentuk dari latarbelakang sejarah dan budaya sesebuah masyarakat. Kalimah Allah tidak terlepasa dari aspek ini, sebab itu dalam enakmen Islam negeri ada menyebut tentang beberapa perkataan yang tidak boleh dipakai oleh oleh orang bukan Islam dan salah satunya termasuk perkataan Allah. Ia diterima selama ini sebagai enakmen yang ada keabsahannya dan tidak pernah dipertikaikan oleh bukan Islam. Secara perundangan ianya dilarang di Semenanjung mengikut enakmen agama negeri yang ada. 
Norma dan budaya 
Bahasa yang difahami dan digunakan adalah lebih utama daripada berbahas menggunakan apakah kalimat yang sesuai. Tidak pernah terdengar selama ini penganut Kristian di Malaysia mahu menggantikan kalimah Allah dalam penggunaan keagamannya. mereka mungkin terdorong dalam satu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tahun 2009 bahawa penerbitan Herald Christian boleh menggunakan perkataan Allah dalam tulisannya yang disekat pengedarannya oleh KDN kerana menggunakan perkataan Allah di dalamnya. Begitu juga injil terjemahan yang disekat kemasukannya di Sarawak tempoh hari kerana menggunakan perkataan Allah di dalamnya akhirnya terpaksa dilepaskan kerana penganut Kristian Sarawak mendakwa mereka menggunakan perkataan Allah sejak sekian lama. Ringkasnya, di Semenanjung isu ini hanya timbul dalam kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi 2009, walaupun KDN membawanya ke Mahkamah Rayuan dan hingga kini belum diputuskan. Manakala di Sarawak, perkataan Allah oleh penganut Kristian sudahpun menjadi polemik sejak sekian lama. 
Memahami motif 
Saya tidak boleh mengelak untuk bertanya apakah motif isu ini dibangkitkan semula oleh YAB Ketua Menter Pulau Pinang itu? Saya yakin media longkang akan mengambil isu ini untuk memenuhi nafsu politik sempit tuannya, tapi saya masih belum ada jawapan mengapa Lim Gua Eng menyebutnya dalam ucapan Krismasnya kepada penganut Kristian di Malaysia? Menurut Zairil Khair Johari pemimpin Melayu dalam DAP, LGE menujukan isu ini kepada penganut di Sabah dan Sarawak, namun Karpal Singh pula merujuk kepada aspek perundangan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh umat Kristian tanpa mengkhususkannya untuk Sabah Sarawak sahaja. Isu ini dibawa ke mesyuarat Pakatan namun luka dan kesannya terus meninggalkan bekas kepada yang menyokong dan yang menentang. 
Hak atau penghayatan agama 
Hak menggunakan perkataan Allah perlu dilihat kepada penghayatan kerana beragama adalah penghayatan. Apatah lagi memilih perkataan yang memberikan makna kepada pengibadatan kita. Jika mahu dipakai kalimah Allah hanya kerana hak dan perundangan tanpa mengasaskan kepada penghayatan adalah satu kezaliman kepada isu ini. Umat Islam memang sinonim dengan kalimah Allah kerana ia berasal dari perkataan Arab dan dari sudut istilah ia melambangkan ketauhidan mutlak. Jadi bagi umat Islam ada satu disiplin teologi yang perlu dihayati oleh umat Islam. Apakah penganut Kristian di Malaysia yang terbiasa dengan perkataan God atau Tuhan selama ini tidak berasa selesa kerana kurang penghayatan lalu mahu menggantikan yang lebih selesa dengan menggunakan perkataan Allah? ataukah sekadar mahu membuang eksklusifiti perkataan untuk umat Islam? Saya tidak boleh menjawabnya kerana penganut agama masing-masing lebih mengetahui tentang penghayatan agamanya. Kedua, dengan satu tuntutan yang besar ini, adakah LGE dan sesiapa yang menyokong penggunaan kalimah Allah ini mewakili hasrat 1.9 juta penganut Kristian dari berbagai denominasi di Semenanjung ataukah di Sabah dan Sarawak sahaja? Saya harap dengan permintaan besar ini LGE dan yang menyokongnya telah membuat setiap perkiraan.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis.

Jumaat, 14 Disember 2012

LELAKI SAHAJA YANG MAHU?

Petua Lelaki Untuk Mengurangkan Perut Buncit

1.Minyak Zaitun - Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak-lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak berlebihan serta mengatasi masalah berat badan.

2. Limau Kasturi + Kapur Makan - Ambil beberapa biji limau kasturi dan jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapulah ke bahagian perut yang buncit. Pasti akan pecah lemak dalamannya melalui proses buang air besar keesokan harinya dan jangan lupa minum banyak air kosong.

Khamis, 13 Disember 2012

BAHAYA UNTUK DIMAKAN


PERINGATAN LAGI DAN LAGI... perasa masin dalam makanan ringan seumpama api dalam sekam. Mendatangkan bahaya sedikit demi sedikit. Memakan  keripik masin membuat kita  cenderung untuk lebih gemuk.


Kajian ke atas kanak-kanak di Deakin University, Australia mendapati jika anak-anak yang mengkonsumsi garam dengan kadar tinggi, menyebabkan mereka gemuk dan berat badan,  yang menunjukkan kanak-kanak tersebut  tidak sehat.


kajian ini juga mengatakan bahawa "Mengurangi  jumlah garam pada pola makan anak-anak, dapat membantu menurunkan dan membantu menurunkan tingkat kelebihan berat badan dan obesiti yang tinggi dikalangan anak-anak."


Kadar garam yang tinggi  juga dapat meningkatkan risiko tekanan darah tinggi di masa depan. Sedangkan, tekanan darah tinggi adalah penyebab utama penyakit stroke dan penyakit jantung.

Rabu, 28 November 2012

KG BUAH PANDAI

Kampung Buah Pandai adalah salah sebuah kampung yang cantik dan indah terutama sekali pantainya yang putih bersih. Suatu ketika dahulu, kampung ini hanya dapat dihubungi dengan menggunakan boat atau sampan. Namun pada masa kini jalan raya telah dibina untuk kemudahan penduduk di sini.

        Kampung ini adalah kampung nelayan, Penduduk di sini adalah terdiri daripada kaum Ubian. Hasil utama mereka adalah ikan. Hasil tangkapan mereka dijual terus kepada peraih.

       Kampung yang berhampiran dengan kampung ini ialah kampung Kuala Abai. Kampung yang sebelum ini menjadi tempat melabuhkan hasil tangkapan ikan. kampung juga ini juga menjadi tempat untuk menyekolahkan pelajar dari kampung Buah Pandai.

       Panorama Kampung Buah Pandai:-


















Selasa, 27 November 2012

TAMU GROUND KOTA BELUD

Tamu di Kota Belud di adakan pada setiap ahad (hujung) minggu. Tamu ini amat unik kerana terdapat pelbagai jenis jualan, murah dan berkualiti


 Ikan Masin

 bilis kering

 penjual ikan belut

ikan belut/linang


 rumpai laut

 rumpai laut



 ikan/kima

 kima

 ikan basah

 ikan pelbagai jenis

 ikan bagisan/yu

 lokan

 lugus/lada

 bambangan

 kerepek ubi


 kerepek ubi


 jagung


 durian sukang

 durian kampung/ sukang
 durian

 sayur-sayuran

Khamis, 22 November 2012

LIFE IN GAZA


Life in Gaza: Letter from a Palestinian woman

My friend Oded Adomi Leshem from Tel Aviv sent me an email he received from a friend of his in Gaza. She writes about what she is going through and what she does when missiles hit her neighborhood. She puts a human face on the suffering of people in Gaza. After all, it is ignorant to think this is a war affecting the IDF or Hamas. Civilians are paying the highest price in this war. Some Israelis are describing it as though it were the First World War, the  so-called “war to end all wars.” But just as the 1914-18 war led inexorably to the 1939-45 conflagration, so this military clash will only cause more resentment and suffering that will perpetuate the cycle of violence.
Here is the letter from Gaza:
Thanks for your nice message. We are alright so far, and I truly hope your family is well and safe.
The situation here is really terrible and it’s getting worse day after day, and I’m sure the same applies in Israel. Our leaders don’t care about us. They are playing with our lives and the ordinary people of both sides are the ones who always lose. This has to stop!!
This morning, the Israeli F16 military jets hit our area twice. The first time, they hit the building of the council of ministers with 5 huge missiles just a few homes away from our home. Our home was shaking like an earthquake and our windows broke and shattered everywhere, and I felt the missiles inside our home. It was very scary. Of course serious damages happened to all surrounding buildings in the area.
The first time, the Israeli F16 military jets hit Palestine stadium, which is located in the neighborhood next to my neighborhood, with 4 huge missiles, and caused some damages to my home as well. I heard the huge explosions and saw the flames and it was very terrifying. We see and feel death very close with each bombing. Israel is bombing everywhere in Gaza all the time by air, sea and land. Nowhere to hide … Nowhere is safe … We don’t have shelters … We just stay at home so all of us can die at once if a missile would strike our home.
We are still recovering from the trauma of the first war [Operation Cast Lead in 2008-9 - editor]. How will we recover from this? Also the Israeli army (IDF) is sending text messages to us on mobile phones in Gaza with a warning in Arabic: “The next phase is on the way.” They are trying to intimidate us like what happened in the first Gaza war four years ago.This is insane … How much is too much? … I hope this madness will stop as quickly as possible.





Isnin, 19 November 2012

TAMU BESAR KOTA BELUD 2012




TAMU BESAR DI KOTA BELUD SUDAH PUN BERMULA DENGAN PERASMIAN OLEH KETUA MENTERI SABAH DATUK MUSA AMAN.


           Acara perasmian Pra Tamu Besar telah dijalankan dengan keadaan ria gembira dan penuh warna warni dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum dan dengan kehadiran sebahagian besar penduduk tempatan dan pengunjung luar termasuk pelancong dari luar negara.
pakaian tradisi Bajau


Perakan Sukat

  
Perarakan Usungan


Upacara mengangkat usungan


Unsungan berupa hantaran peminangan



Usungan untuk mempelai Perempuan


Usungan Kaum China Kota Belud


 Usungan Irranun/Bajau


Usungan Irranun/ Bajau





My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP