Solat Jumaat Batal, satu peristiwa besar yang menyayatkan hati saya. Saya bukan ahli agama atau orang mempunyai tauliah untuk membetulkan keadaan. Suatu yang sangat susah bagi saya untuk sampaikan kepada orang yang berkenaan.
Saya selalu bersolat di Masjid Tersebut kerana ingin mendapatkan solat yang sempurna dan cukup jemaah. Sebelum ini, saya bersolat jumaat di masjid yang berhampiran dengan rumah saya. Disebabkan jemaah tak cukup 40 orang maka saya beralih ke Masjid yang cukup jemaah.
Apabila saya mengikuti solat jumaat di Masjid Tersebut, saya merasa pasti bahawa ada kepincangan dalam solat jumaat. Kepincangan berlaku kerana khatib mungkin tak tahu rukun-rukun solat jumaat. Mengikut pengatahuan saya, bila tidak cukup rukun maka solat akan batal. Kalau melihat pada sebutan yang tidak betul mungkin saya boleh terima kerana kira bukan berlidah Arab.
Persoalan Solat Jumaat Batal adalah perkara yang amat berat sekali, persoalan ini akan sampai ke akhirat. Saya dapat bayangkan bahawa imam dan khatib tidak boleh menanggung dosa 40 orang atau lebih jemaah solat jumaat tersebut.
Dalam hal ini, saya ingin memberikan saranan supaya pihak bertanggung jawab di kawasan Kota Belud untuk memantau dan membuat tindakan supaya perkara ini tidak berlaku berterusan. Paling tidak panggil semua imam dan imam rawatib supaya diberikan kursus khas solat jumaat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan