Segala aspek kehidupan kita bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Komsah.
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
2) Istighafar keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - mi merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu -allah” sebanyak 3X.
5) Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri dan jangan merendahkan kebolehan sendiri.
7) Program mmnda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati ‘ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya –( CUBALAH)
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dan melakukan perkara-perkara kejahatan.
9)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subahat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin(menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan