Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 26 Februari 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ANJAKAN MENCUCI HATI YANG KOTOR

Segala aspek kehidupan kita bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Komsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2) Istighafar keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - mi merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu -allah” sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri dan jangan merendahkan kebolehan sendiri.

7) Program mmnda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati ‘ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya –( CUBALAH)

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dan melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subahat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin(menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik.

Rabu, 24 Februari 2010

Kisah Jibrail as dan solat sunat rakaat.

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.” Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tet api di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.

Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .”

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

  1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Rabu, 17 Februari 2010

Solat Jumaat Batal - Kota Belud

Solat Jumaat Batal, satu peristiwa besar yang menyayatkan hati saya. Saya bukan ahli agama atau orang mempunyai tauliah untuk membetulkan keadaan. Suatu yang sangat susah bagi saya untuk sampaikan kepada orang yang berkenaan.

Saya selalu bersolat di Masjid Tersebut kerana ingin mendapatkan solat yang sempurna dan cukup jemaah. Sebelum ini, saya bersolat jumaat di masjid yang berhampiran dengan rumah saya. Disebabkan jemaah tak cukup 40 orang maka saya beralih ke Masjid yang cukup jemaah.

Apabila saya mengikuti solat jumaat di Masjid Tersebut, saya merasa pasti bahawa ada kepincangan dalam solat jumaat. Kepincangan berlaku kerana khatib mungkin tak tahu rukun-rukun solat jumaat. Mengikut pengatahuan saya, bila tidak cukup rukun maka solat akan batal. Kalau melihat pada sebutan yang tidak betul mungkin saya boleh terima kerana kira bukan berlidah Arab.

Persoalan Solat Jumaat Batal adalah perkara yang amat berat sekali, persoalan ini akan sampai ke akhirat. Saya dapat bayangkan bahawa imam dan khatib tidak boleh menanggung dosa 40 orang atau lebih jemaah solat jumaat tersebut.

Dalam hal ini, saya ingin memberikan saranan supaya pihak bertanggung jawab di kawasan Kota Belud untuk memantau dan membuat tindakan supaya perkara ini tidak berlaku berterusan. Paling tidak panggil semua imam dan imam rawatib supaya diberikan kursus khas solat jumaat.

Khamis, 11 Februari 2010

Tanda-tanda Gangguan Jin Pada Siang Hari

Tanda-tanda Gangguan Jin Pada Siang Hari
a. Sentiasa was – was/ketakutan
b. Suka marah – marah/ emosi tidak terkawal
c. Dorongan yang sangat kuat untuk berbuat maksiat
d. Lesu dan malas sekali untuk beribadah
e. Amat sulit/payah sekali untuk khusu’ dalam sholat ( susah untuk mengingat sudah berapa rokat yang sudah kerjakan )
f. Amat suka menghayal, melamun dan mengurung diri
g. Selalu runsing/ tidak tenang bukan disebabkan oleh penyakit pada kedua mata, telinga, hidung, gigi, tenggorokan atau lambung
h. Selalu berpaling dari dzikrullah, meninggalkan/meremehkan untuk menegakkan/melakukan sholat dan ketaatan yang lainnya
i. Fikiran selalu melayang, selalu sedih tanpa sebab, jantung berdegup-degup tanpa sebab.
j. Merasa ada yang mengikuti, mengejar ingin membunuh/mengancam, merasa akan kedatangan seseorang, merasa ada yang mengajak bicara, mendengar bisikan – bisikan agar melakukan sesuatu ( membunuh, memperkosa/bersetubuh dengan anggota keluarga, memukul,bunuh diri dengan meloncat sungai/bangunan bertingkat/melintasi rel kereta api di waktu kereta api lewat)
k. Sering mendengar orang memanggil namanya
l. Sering mencium bau-bauan / wangi( kembang/bunga, kemanyan/ busuk, hanyir,dll )
m. Melihat benda – benda seolah – olah bergerak, berputar, terbalik, miring
n. Melakukan tindakan – tindakan yang aneh/ tanpa disadari
o. tiba-tiba dapat meramal/membaca fikiran orang lain/mengetahui apa yang akan terjadi
p. Cemas dan Paranoid ( takut yang berlebihan )
q. Melihat makhluk halus atau merasakan kehadiran mekhluk halus
r. Rasa sakit pada salah satu anggota badan tetapi setelah periksa doctor, tetapi doctor tidak dapat menentukan penyakit dan tak dapat diubati.

Ahad, 7 Februari 2010

Forum Perdana Hal ehwal Islam Kg Rampayan Ulu , Sambutan Diluar Dugaan

AJK Masjid Nurul Suhada dan KRT Kg Rampayan Ulu telah menganjurkan Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang pertama sekali. Aktiviti ini di pengerusikan oleh Ustz Daiman Salalah.Forum ini diadakan pada jam 8.30 malam. Dalam forum ini, banyak memfokuskan tentang tarbiah pendidikan keluarga.


Kehadiran penduduk kampung amat menggalakan kerana dihadiri oleh penduduk kampung-kampung lain seperti Rampayan Laut, Sarang, IPS, dan Kg Timbang. Majlis ini juga di hadiri oleh Penolong Pegawai Daerah En Hamdan Sarudin dan En Mohd Bisi Damit.


Forum ini dipengerusikan oleh En Nasdin Pumpungga dengan ahli penalnya Imam Daerah Hj.Madli, Ustz. Japran dan Ustz.Zaifuddin.


Pelajar IPS Timbang Manggaris



Gambar masyarakat Kampung Rampayan

En Palan, En Hamdan, En Mohd Bisi dan Ustz Daiman


Isnin, 1 Februari 2010

Gempar Dengan Buaya Besar Di Kota Belud

Penduduk kampung Merabau, Tamau, Kota Bungan dan Kota Peladuk gempar apabila seekor buaya berjaya di perangkap di sungai yang berdekatan dengan rumah En Alim pagi tadi. En Alim menyatakan bahawa sebelum ini beliau hanya menyaksi kan bekas tapak kaki buaya di belakang rumahnya. Dengan penangkapan buaya tersebut membuktikan bahawa memang wujud buaya di sepanjang sungai di sini





kaum wanita hanya melihat buaya tersebut dari jauh. Takut kot!

Harianlah katakan, lagipun sebelum ini mana ada yang jumpa buaya di sini.

Oooh! ada lagi dia punya kawan tu. Takkan seokor saja.

Besar jugakan?

Mari kita pakat-pakat ambi gambar dia, kasi tingok kawan-kawan nanti.


Itu dia umpan, dia tarik tu umpan tertutuplah buaya tu di situ.



Ini kumpulan yang takut dan geli dengan buaya.

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP