Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 9 Jun 2009

Pekan Sayur-sayuran di Kundasang

Pekan ini seakan tidak ada siang dan malam, aktiviti perniagaan akan bermula seawal pukul tiga pagi dan akan berhenti sekitar dua belas tengah malam. Aktiviti ini dijalankan sama ada dengan cara borong atau jualan langsung kepada individu yang singgah di sini.
Cuaca dingin tidak menghalang aktiviti perniagaan di sini. Orang akan silih berganti untuk membeli pelbagai jenis sayur. Rizki di sini amat lumayan kata seorang peniaga. Kebanyakan pembeli datang sama ada sebagai pelancong yang bercuti di kawasan tanah tinggi ini ataupun sebagai individu yang lalu, contohnya datang dari Kudat, Pitas, Kota Marudu dari di bahagaian pantai Barat Utara, Kota Kinabalu, Tuaran, Tamparuli dari bahagian Pantai Barat Selatan, Sandakan, Tawau, Lahadatu dan daerah-daerah lain akan melalui kawasan Kundasang ini. Jadi, mereka akan singgah untuk membeli sebagai keperluan dapur ataupun sebagai oleh-oleh kepada keluarga, jiran dan kawan-kawan.
Kawasan ini amat strategik kerana merupakan laluan utama terutama dari pantai barat, pantai barat utara dan pantai timur. Selain daripada itu, cuaca yang sejuk, di kawasan ini menjadi daya tarikan utama. Keadaan semulajadinya indah, selain daripada Gunung Kinabalu menjadi kemestian untuk didaki dan terdapat juga matair panas Poring. Ini telah menjadi faktor kedatangan pelancong tempatan dan luar negeri untuk datang ke daerah ini.

1 ulasan:

  1. Bagi saya Kundasang tempat yg romantis sekali... satu suhunya yang nyaman... dan satu lagi dekat betul dgn Gunung Kinabalu... betul-betul depan idung saya... banyak kenangan manis di sini... rasanya tiap-tiap tahun enda misslah mesti pigi Kundasang.
    Tapi heran juga ya, kenapa Pekan Kundasang, terutama gerai sayur dari dulu sampai sekarang sama ja... gerai papan. Kenapa tidak di naik taraf menjadi gerai yang lebih moden sikit... lengkap dgn kemudahan asasnya spt tempat letak kereta atau bas... toilet yang serba serbi bersih dan terjaga dan lain-lain prasarana yang boleh menarik lebih ramai lagi pelancong datang... ini nda... sana gerai... sanalah bas parking... entahlah... sabar ja aku... toilet jangan cakaplah kena rajin caripun blm tentu jumpa... kalau jumpapun macam enda payahlah membuang... patutnya dah lama YB atau kerajaan peka dgn keadaan ini... perlu ada tindakan yang drastik dan proaktif nih.

    BalasPadam

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP