Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 20 Jun 2009

Dato Abd Rahman Dahlan – DIA MENUNGGU ATAU DIA DITUNGGU?

Selamat Hari Guru …. Secara peribadi dapat saya saksikan bahawa sambutan Hari Guru peringkat daerah Kota Belud kali ini adalah hambar. Seolah-olah ada yang tidak kena. Peratusan guru yang hadir ke majlis sambutan Hari Guru di dewan YB Dato Hj Musbah tidak menggalakan.

Dalam atur cara, menyatakan kehadiran guru ke majlis adalah 7.30 pagi, saya lihat bahawa guru-guru sudah pun bersedia seawal 7.00 pagi di luar dewan dan di tepi jalan Kg Taungusi. Sepatutnya acara bermula pada pukul 8.00 dengan harapan Dato Abd Rahman Dahlan akan datang ke majlis ini dengan tepat masa. Namun sebaliknya berlaku, Datu Rahman tidak nampak kelibatnya. Dia hanya datang pada pukul 10.00 pagi mengikut jam saya. Berapa masa yang dibuang begitu sahaja?

Mungkin perasaan tidak puas hati bukan sahaja guru seperti saya, tetapi guru-guru yang datang jauh dari tempat ini. Saya mungkin betul bila menyatakan bahawa guru-guru dari Sayap, Sarang, Tambotuan, Kabayau, Rosok, Ambong dan sebagainya telah mula melangkahkan kaki seawal 5.00 pagi, tanpa sarapan dan mengharapkan sesuatu yang istemewa Hari Guru kerana inilah hari yang amat berharga bagi setiap guru.

Saya dapat lihat bahawa ramai guru telah mula melarikan diri dari majlis ini, kerana ketidak tepatan masa pemimpin. Guru sudah terdidik dengan etika menepati masa, sesaat amat bererti bagi seorang guru. Kelewatan acara dijalankan seolah-olah satu seksaan dan menimbulkan keresahan. Apakah guru-guru ini dah sarapankah belum? Kadang-kadang orang yang lapar cepat marah. Dalam masa menunggu acara bermula, ramai kawan bercakap pelbagai perkara. Antara percakapan yang saya dengar adalah;- kawan seorang ini kata bagus jangan panggil (jemput), menyusahkan. Keluar dari mulut seorang lagi, mana dia selogan RAKYAT DIDAHULUKAN? TIPU SAJA!. Kawan satu ini pula cakap, perlu juga kita ajar pemimpin seperti ini. Kawan satu lagi , yang kurang bercakap kata, saya saja yang kasi rasmi. Bapa budak di sebelah pula kata dia tu memang begitu, hari itu kami panggil (jemput) untuk penyampaian hadiah Tadika, 800 pagi dijemput tapi datang 11.00 pagi tak faham perasaan orang. Jangan undilah kalau begitu walaupun dia buat promosi hari ini, kata kawan satu yang amat resah lalu pulag. Kadang-kadang pemimpin juga perlu diajar kata sseorang kawan yang duduk jauh dari saya. Dan begitulah adanya, pelbagai lagi mungkin luahan hati guru, umpatan memanjang atau pun mungkin pujian.

Walaumacam manapun saya ucapkan tahniah kepada Pengetua SMK Taun Gusi bersama staffnya telah berjaya menyempurnakan sambutan Hari Guru peringkat daerah Kota Belud, dan telah melibatkan pemimpin politik dalam sambutan ini, iaitu YB Hj Musbah dan Datu Rahman.

2 ulasan:

  1. Kalau betul apa yang saudara ulas, nampaknya pemimpin berkenaan adalah dari jenis spesis yang menghadapi masalah disiplin dan perlu didisiplinkan.

    BalasPadam
  2. Salam Ziarah. Bukan sahaja perlu didisplinkan, pemimpin seumpama itu sepatutnya tidak perlu wujud lagi dalam suasana sekarang. Perhubungan yang canggih, jalanraya Tuaran KB telah canggih. Telah tiba masanya kita peka terhadap wakil rakyat seumpama ini, cuma inginkan gelaran dan gaji MP serta habuan projek, jauh sekali membela rakyat, apatah menyambut slogan DS Najib, jauh sekali. Kerana itulah semasa pilihanraya, jangan terbuai dengan kepala raja. Kita perlu tolak wakil rakyat seumpama ini, kerana ini bukan pilihan kita.

    BalasPadam

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP