Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 12 Jun 2009

3K SMK Usukan Kota Belud

SMK Usukan telah berjaya mengadakan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan. Pesertanya adalah terdiri daripada semua kakitangan sekolah ini. Kursus ini diadakan pada 11-12 jun 2009. Di Dewan Rasa Sayang Kg.Bobot Kota Belud.

Beberapa kertas kerja telah dibentangkan dan dibengkelkan dalam kursus ini. Perkara yang mungkin menarik bagi saya adalah tajuk kursus 3K. 3K adalah agak baru di Sabah, tetapi sudah lama mungkin diamalkan di bahagian Semananjug Malaysia. 3K adalah nilai kualiti yang wajib ada di sekolah. 3K bermaksud Kebersihan,Kesihatan dan Keselematan. Secara amnya, 3K di peringkat sekolah, merupakan kerjasama bersepadu pelbagai pihak untuk memastikan bahawa keadaan persekitaran sekolah sentiasa bersih, warga sekolah terjamin kesihatan dan keselamatan mereka.

Oleh itu, untuk menjayakan program murni ini, pihak-pihak seperti Jabatan Polis, Bomba, Kesihatan, Pertanian, Perhutanan, NGO, PIBG, ADK, Kantin sekolah dan sebagainya, digembeling untuk menjayakan 3K. Oleh itu, Pihak sekolah misalnya tidak berseorangan untuk menangani isu yang berkaitan dengan 3K tersebut.

Gambar-gambar peserta kursus.



















Gambar Pengtua En Mhd Yew, En Nasdin, EN Nawi dan Pn Suszi - memotong kek Hari Guru, Hari Bapa dan Hari Ibu.

2 ulasan:

  1. Salam haji..

    Miss aku kursus ni tau..

    Hasanul

    BalasPadam
  2. cikgu,mcm mna nak tengok snarai nama tngkatan 6 sesi 2010???

    BalasPadam

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP