Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 30 Julai 2009

SIAPA KATA , GURUPUN TERLEPAS?

Kawan saya ini tinggal di Taman Nikmat. Dua hari lalu kawan saya balik kampung sementara pada waktu petang. Bukannya lamapun hanya lebih sejam sahaja. Ia memandu kereta keduanya MYWI. Rumah keluarganya di Kampung Rudang.

Sekembalinya ke rumahnya, ia amat terkejut kerana kereta Honda Merah kesayangannya dah tak ada di depan pintu rumah. Pintu pagar terbuka, pintu rumah depan dan belakang pun terbuka. Barulah dia sedar bahawa telah berlaku rompakan di rumahnya.

Setelah diperiksa rumahnya, maka dipastikan bahawa kawan ini telah kehilangan kereta sebiji, emas-emas perhiasan isterinya dan 2 buah komputer riba. Dan sebagai balasannya perompak tersebut meninggalkan kerete teksi buruk yang dipercayai kerete curi.

Walaupun kawan-kawannya tinggal di sebelah rumah dan sedar kehadiran perompak tersebut akan tetapi tidak dapat membuat apa-apa tindakan. Kawan-kawan sekeliling nampak dan sempat tabik (lambai) tangan sebagai tanda hormat. Rupa-rupanya orang yang mereka tabik tangan itu adalah perompak.

Merujuk kepada kes ini, semua pihak adalah pesalah. Kawan saya ini sepatutnya memberitahu kawan di rumah tentang ketiadaannya di rumah. kalau susah sangat gunakan handphone untuk bercakap. Kawan-kawannya juga patut perihatin, bukannya mau jaga tepi kain orang tetapi dengan alasan keselamatan bersama.

Perubahan sikap setiap individu yang tinggal di taman perumahan amat perlu, contohnya
orang sebelah rumah mesti memperkenalkan ahli keluarga dari kampung supaya suatu masa nanti dikenali. Dalam kes ini orang yang duduk di sekeliling kawan mereka janganlah membuat andaian mudah. Contohnya kawan sebalah rumahnya mengandaikan bahawa perompak tadi adalah kawan ataupun keluarga kawan saya.

Bila berlaku kejadian seperti ini, barulah menyesal. Kita hendaklah sentiasa berhati-hati bukan saja di jalanraya akan tetapi begitu juga di rumah sendiri. Kita tidak terlepas daripada masalah. Kepada kawan saya ini dan semua orang yang tinggal di taman-taman perumahan, ambillah peristiwa ini sebagai pengajaran positif.

Rabu, 29 Julai 2009

Inkues Teoh Beng Hock - dapatkah memberikan jawapan atau sudah ada jawapan?

Mahkamah Majistret telah membenarkan prosiding inkues siasatan kematian Teoh Beng Hock ditangguhkan sehingga 5 Ogos ini. Ini kononnya bertujuan untuk memberi peluang kepada peguam pemerhati bagi pihak keluarga mendiang membuat persediaan dan meneliti dokumen yang diperlukan.


Teoh, 30, dikatakan mati terjatuh dari bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini, 16 Julai lalu selepas dia dipanggil memberi keterangan dalam siasatan penyalahgunaan wang kerajaan Selangor.


Adakah penangguhan ini untuk peguam pemerhati keluarga Teoh ataupun menyediakan ruang yang banyak kepada SPRM untuk menyediakan jawapan dan bukti yang dibuat-buat? Dalam perundangan di Malaysia prosiding banyak kali ditangguh atau melambat-lambatkan prosiding untuk tujuan menyelamat seseorang. Dengan itu, ada sesuatu kes tidak dapat disiasat, dibiarkan dan dilupakan begitu sahaja. Apa yang amat penting adalah penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menangani masalah ini, demi memuaskan hati semua pihak.

Ahad, 26 Julai 2009

Sifat Muslim Yang Baik kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Keterbukaan yang di tunjukkan oleh Nik Aziz yang akan berbaik-baik dengan UMNO menunjukkan masih ada suatu yang tersirat. Masih ada sesuatu yang tidak kena. Tan Seri Muhiddin Yasin memberikan komen bahawa Nik Aziz telah menujukkan sifat muslim yang baik.


Apakah selama ini Nik Aziz tidak menunjukan sifat muslim yang baik? Atau Muhiddin baru nampak kebaikan muslimnya Nik Aziz setelah Nik Aziz menyatakan keinginan untuk berbaik-baik.


Melihat kepada usaha-usaha islamisasi dilakukan oleh Nik Aziz, telah berjaya mengisi roh islam di Kelantan. Walau pun kenginan Nik Azit untuk berbaik-baik tetapi harus berhati-hati dalam tindakannya. Ini adalah kerana Umno dan BH akan sentiasa menjalankan kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan sama dengan apa yang berlaku di Perak dan Selangor.

Pada saya sebagai penganut Islam, biarlah Kelantan dengan caranya sendiri, mereka muslim, mereka memerintah dengan cara pendekatan syariat. Usaha untuk menjatuhkan Kelantan akan menimbulkan salahfaham terhadap Islam, terutama sekali seragan UMNO terhadap pimpinan PAS.

Sabtu, 25 Julai 2009

MURAHNYA NYAWA DIPERTARUHKAN



Marco Antonio Nazareth tidak sedarkan diri akibat pendarahan otak ketika menentang lawannya Omar Chavez.Marco mati selepas empat berada di hospital Puerto Vallarta.
Marco 23, dikejarkan ke hospital selepas menerima tumbukan `knockout’ dari Chavez.

Kematian yang sia-sia, nyawa dipertaruhkan tetapi orang lain yang dapat keuntungan.

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP