Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 5 Julai 2009

Selangkah ke Baitullah Mekah

Setiap tahun lebih kuarang 4.5 juta orang akan berkunjung ke Baitullah. Sabah pada tahun lalu telah menghantar sebanyak seribu lima ratus jemaah haji. Sebahagian kecil jemaah haji datang dari Kota Belud.


Mungkin tidak ramai yang tidak tahu bahawa jemaah haji di Kota Belud, mempunyai keistemewaan tersendiri. Jemaah haji diurus dengan baik oleh Tabung Haji di bawah kendalian oleh Imam Daerah, Tuan Haji Madlee Hj Mansur. Kursus Haji dan Umrah diadakan di Masjid Daerah Kota Belud. Kursus Haji dan Umrah diadakan setiap tahun, dengan pengisian kursus sebanyak 17 siri termasuklah toeri dan praktikal.


Peserta-peserta kursus di Kota Belud, datang dari empat daerah iaitu Kota Belud sendiri, Pitas, Kota Marudu dan Kudat. Kursus Haji dan Umrah yang dikendalikan oleh Tuan Hj Madlee telah banyak memberikan manafaat ilmu di samping nenjimatkan masa peserta kursus. Ini adalah kerana beberapa tahun dahulu kursus Haji dan Umrah hanya diadakan di pusat Tabung Haji Di Kota Kinabalu.

Gambar-gambar peserta kursus Haji dan Umrah di Kota Belud


Tn.Hj Madlee sedang memberikan penerangan tentang perjalan haji







>



Jumaat, 3 Julai 2009

SUDAH MATI TAPI MASIH BAHAYA

Ingatkan kalau dah mati tak ganggu orang lain lagilah, makin mati makin merbahaya. H1N1 kini sedang melanda dunia. Datang pula virus baru yang merbahaya kepada keselamatan komputer.


Amaran mengenai sejenis virus Internet telah mula disebarkan menerusi e-mel umum yang mendakwa mengandungi lagu-lagu dan foto rahsia Michael Jackson.E-mel itu bertajuk ‘Remembering Michael Jackson’ (Memperingati Michael Jackson) dan dikirim daripada alamat ‘sarah@michaeljackson.com’


Ia memaklumkan penerima bahawa satu fail yang dilampirkan berjudul ‘Michael songs and pictures.zip’ mengandungi lagu-lagu dan gambar-gambar ikon muzik pop tersebut, yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di Amerika Syarikat (AS) pada 25 Jun lalu.

Amaran kepada pengguna komputer supaya jangan membuka fail lampiran itu.Dengan membuka lampiran itu, pengguna komputer terdedah kepada jangkitan. Sebaik sahaja dijangkiti, sesebuah komputer secara automatik akan mula menyebarkan virus kepada pengguna Internet yang lain.

Khamis, 2 Julai 2009

Sepasang suami isteri

siapa kata tak bahagia kalau sentiasa dapat bersama makan, minum, menari atau ke mana saja. Inilah perasaan sepasang suami isteri yang dianggap contoh kepada pasangan-pasangan lain.


Ini adalah kisah benar dan nyata, belum pernah diterbitkan dalam mana-mana filem, tulisan, ataupun pendedahan sensasi oleh Mazidul ataupun Karamsing Walia.


Kisah ini berlaku di satu tempat yang amat romantik, kisah sepasang lalat sedang menjamah sarapan. Si isteri lalat yang taat setia kepada suaminya tiba-tiba bersuara "bang kenapa bah kita hari-hari makan tahi? lalu si suami pun menjawab "isshh..jangan cakap benda-benda kotor masa makan........tak baik!"

Rabu, 1 Julai 2009

Ancaman Kepada Penduduk Tempatan di Tamu Rabu Kota Belud.

Bagi pelawat atau pelancong yang berkunjung ke Kota Belud, destinasi yang sesuai adalah Tamu Rabu, di Tamu Ground Kota Belud. Pelawat, pelancong dan pembeli dengan mudah dapat mencari apa yang mereka perlukan.


Kebanyakan jualan pada hari rabu, adalah bertumpu kepada hasil jualan pertanian yang datang dari kampong-kampong sekitar Kota Belud. Hasil jualan ala kampong adalah diusahakan oleh kaum Irranun, Bajau dan Dusun. Satu ketika dahulu, tamu rabu ini diadakan di Pasar Tani Pekan Kota Belud. Disebabkan kawasan sempit dan sesak maka tamu rabu ini di pindahkan ke Tamu Ground, Kota Belud. Tempatnya agak jauh dari pecan.


Kalau diperhatikan hasil jualan mereka ini, seolah-olah ada ciri masing-masing. Perbezaan ini adalah kerana perbezaan keadaan geografi yang didiami oleh kaum Dusun, Bajau dan Irranun. Keadaan ini memperkayakan lagi sumber makanan bagi penduduk tempatan.


Cara jualan tradisional masih lagi diamalkan oleh penduduk tempatan, sebagai contohnya menukarkan gula tebu oleh kaum Irranun dengan labu oleh Kaum Dusun. Cara jualan tukar barang ini telah dijalankan sejak zaman berzaman. Keharmonian ini jelas kelihatan apabila semua bahasa tempatan dipertuturkan dalam masa yang sama. Maksudnya ialah apabila seorang penjual kaum Dusun bercakap dalam bahasa Dusun, akan dijawab oleh penjual Kaum Bajau dalam bahasa Bajau. Agak pelik apabila mereka berkominikasi, tetepi itulah realitinya.


Kalau melihat pada reality sebenar, apakah yang berlaku di Tamu Rabu, penduduk tempatan tidak dapat menjual habis jualan mereka. Ada yang terpaksa membawa semula jualan mereka. Ada yang langsung tidak ada pelanggan. Ada masalah yang berlaku disebalik. Rasa kasihan pada mereka kerana mereka tinggal jauh dan terpaksa menyewa kereta untuk membawa jualan mereka. Kalau sekiranya jualan tidak laku apa yang kita boleh bayangkan? Sudah tentu anak dan keluarga yang mengharapkan sesuatu hasil daripada jualan tersebut.


Mungkin ada yang tidak sedar bahawa penduduk tempatan semakin terpinggir dalam aktiviti penjualan hasil pertanian mereka. Tidak kira dia Bajau, Dusun atau Irranun Mereka terancam oleh kehadiran ramai rakyat asing sama ada daripada segi peluang jualan dan tempat jualan. Setiap kali kunjungan saya ke tempat ini rakyat asing seolah-olah mereka lebih istemewa berbanding dengan orang tempatan.


Satu masa dahulu, Tamu Rabu ini adalah begitu istemewa kepada penduduk tempatan di sini. Tamu Rabu adalah dikhaskan untuk penduduk tempatan. Keistemewaan ini hanyalah untuk orang tempatan yang menjual sekali seminggu. Namun kini sebaliknya berlaku. Keistemewaan itu tidak wujud lagi kerana rakyat asing begitu bebas menjalankan perniagaan mereka sehinggakan penduduk tempatan terjesas perniagaan mereka.


Pihak berkuasa Tempatan patut menghalang rakyat asing menjual di Tamu Rabu. Ini memandangkan bahawa rakyat asing, tidak ada satu haripun yang saya anggap sebagai hari off untuk tidak berjualan. Apa yang jelas rakyat asing ini sentiasa ada, sentiasa merebut peluang walau apapun hari yang ada. Apakah pihak berkuasa tempatan hanya menutup sebelah mata dan membiarkan masalah ini terus berlarutan. Pihak berkuasa Tempatan sepatutnya mengkaji masalah ini. Buat tindakan segera sebelum terlambat. Kembalikan keistemewaan kepada penduduk tempatan.

Panorama Tamu Rabu Kota Belud





My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP