Isnin, 28 Disember 2020
POKOK PITUGO
Pokok Pitogo banyak ditanam untuk tanaman hiasan. Namun begitu pucuknya sedap untuk dibuat sayur. Pokok ini boleh tumbuh dengan ketinggian 12 kaki.
Ahad, 27 Disember 2020
QUEEN ANAI-ANAI
Bila anda membongkar busut, maka tidak susah untuk mencari queen anai-anai. Ia besar gemuk dengan ukuran panjang 3cm.
Rabu, 23 Disember 2020
ILMU PENGASIH BALABAK
KAYU BALABAK
Balabak adalah nama kayu yang unik daripada sifat dan bentuknya. Kayu ini diolah untuk dijadikan minyak pengasih Keampuhanya memang diakui oleh pengamal ilmu pengasih.
Isnin, 21 Disember 2020
APUG
APUG atau Kapur sirih digunakan oleh masyarakat Irranun untuk menyembuhkan PEDSA ( bisul). Caranya mudah dengan menyapu di sekiling bisul. Boleh dijampi dengan Ayat Al fatihah 1 kali dan selawat 7 Kali. Insyallah dengan izin Allah swt bisul akan kering.
Sabtu, 12 Disember 2020
ADAT PIKULAN
Apa yang menarik dalam adat komuniti ini ialah kesemua adat dan barian [hantaran ] ini dirujuk dalam satu istilah yang disebut ' PIKULAN'. Jumlah pikulan inilah juga yang akan menentukan berapakah sebenarnya nilai barian atau hantaran yang perlu dikeluarkan oleh pihak silelaki kepada keluarga pihak siperempuan.
Apa tanggapan anda terhadap istilah 'Pikulan' ini.? Adakah ia merujuk kepada berat timbangan atau nilai duit wang yang perlu diberikan?. Mungkin ya. Mungkin juga tidak. Ini kerana 'Pikulan' dalam konteks adat-istiadat peminangan dan perkahwinan masyarakat pribumi Iranun ini sebenarnya merujuk kepada jumlah atau nilai harga ' Lembu atau kerbau' yang bakal diminta oleh pihak si perempuan.
Dalam konteks masyarakat Iranun Sabah, terdapat tiga peringkat adat yang sering diamalkan. Antara adat-adat tersebut ialah ' Adat 7 pikul atau 8 pikul ' Adat 10 pikul dan Adat 15 pikul. Lazimnya adat 7 pikul atau juga 8 pikul adalah untuk golongan orang biasa atau masyarakat umum. Adat 10 pikul adalah untuk golongan Bai. Sementara Adat 15 pikul adalah untuk golongan Datu atau bangsawan. Bagi memudahkan kita memahami asas adat pikulan ini, maka saya perturunkan dibawah ini adat bagi masyarakat kebanyakan, untuk perhatian dan tatapan anda semuaADAT 7 PIKUL [ PEREMPUAN] - GOLONGAN MASYARAKAT UMUM.
1. Elaga - 7 Pikul
2. Barian [ Hantaran] - [ 5 Ekor lembu / kerbau ]
3. Pelit - 2 pikul [ untuk nenek lelaki si perempuan ]
4. Sewaka - 1 pikul [ untuk nenek perempuan ]
5. Benga - 1 pikul [ ketua adat / ketua kampung]
6. Getas Sarirai - 1 pikul [jurubicara adat / pemuda cara ]
7. Hulu adamak - 1 pikul [ tetamu jemputan / yang menyambut pengantin lelaki ]
8. Keramaian - 1 pikul [ pekerja dapur ]
9. Mas kahwin - RM 100.00 [ hak mutlak pengantin perempuan ]
10. Jurunikah - 5 pikul [ RM 100.00]
11. Saksi - [ nilai ditetapkan oleh pihak pberkuasa agama ]
12. Usunan - Sebuah kenderaan yang diperbuat daripada bambo [ buluh ].
Namun demikian, janganlah anda terkejut jika nilai pikulan juga boleh digantikan [ditukar dengan wang yang cuma nilainya berjumlahRM:20.00 ringgit. Percaya tidak? Namun apapun sebenar adat ini bukanlah sesuatu yang mutlak. Ia akan bergantung kepada berbincangan dan perundingan antara pihak perempuan dan juga pihak si lelaki
Semoga apa yang saya paparkan ini akan memberikan asas pengetahuan dan pemahaman anda terhadap adat masyarakat atau komuniti ini. Saya berharap pemaparan ini akan memberikan manfaat terutama kepada pihak lelaki yang berhasrat meminang atau berkahwin dengan si gadis daripada masyarakat Iranun pribumi Sabah ini.
#Hasil kajian kedoktoran oleh Dr Humin Jusilin, Universiti Malaysia Sabah.
Isnin, 7 Disember 2020
HAHAHAHA COD
Ahad, 6 Disember 2020
PAKAUSAN nilai abstrak dalam Masyarakat Irranun
PAKAUSAN merupakaan satu bentuk dendaan ke atas perbuatan salah sesorang. Dalam hal ini, kesalahan hendaklah dibayar dalam bentuk wang, meterial atau haiwan ternakan.
Sesuatu kesalahan menyebabkan kesan dan akibat. Contohnya Saya tebang pokok tarap kepunyaan mertua saya, tanpa pengatahuannya. Ini menyebabkan rasa sakit pada tubuh mertua saya. Rasa sakit pada mertua saya disandarkan kepada perbuatan saya tadi. Jadi sakitnya keluar akibat perbuatan salah saya.
Untuk menyelesaikan masalah ini, saya perlu membayar PAKAUSAN. Nilai PAKAUSAN ini ditentukqn oleh mertua Saya. Oleh itu, saya perlu akur dengan permintaannya.
Berhati-hati bila masuk dalam masyarakat Irranun. Apa yang tersirat darpada dendaan PAKAUSAN ialah kita kana beradab dengan orang lain tertutama mertua sendiri.
TUMPUK
TUMPUK adalah sistem sukatan utuk menjual sesuatu barang. Sistem ini masih diamalkan dalam masyarakat Iranun.
Biasanya sistem ini diagak-agak saja menurut harga yang sesuai. Harga pun murah. Sebagai contohnya, udang, karep, ikan, cilli porok dan lain-lain.
Sistem ini diterima ramai walaupun sudah ada sistem timbangan terkini. Dalam sistem ini juga pelanggan dan penjual boleh melakukan tawar menawar harga barang yang diniagakan.
Jumaat, 4 Disember 2020
PANDI (Bendera)
Hiasan |
Keberadaan PANDI (Bendera) dalam masyarakat Irranun sangatlah penting. Contohnya dalam amalan datuk nenek bendera digunakan untuk perbagai tujuan.
PANDI .pandi merah dan hitam. Bendera mempunyai fungsi yang unik dalam masyarakat Irranun, pandi dipacak atau diikat di depan rumah bertujuan untuk mengelak gangguan Jin (hantu) yang datang atau lalu di situ.
Kononnya Jin (hamtu) tidak akan tersalah masuk (dii kesaluan) bila ternampak PANDI di depan rumah. Wallahu'alam.
Khamis, 3 Disember 2020
GUDANG A MAITOM (BENANG HITAM)
Benang Hitam
Gudang a maitom atau benang hitam, mempunyai fungsi Salam masyarakat Irranun. Begitu juga dengan masyarakat Bajau Dan Dusun di Sarah Kota Belud.
Biasanya benang ini diikat pada tangan kiri apa bila anak disyaki diganggu oleh mahluk ghaib. Jadi benang ini adalah satu bentuk penangkal. Amalan ini masih Lagi berterusan sehingga kiniRabu, 2 Disember 2020
BAGIEU DALAM BAHASA IRRANUN
Gambar hiasan |
BAGIEU? Maksud perkataan ini adalah pertukaran musim atau pertukaran arah angin barat dan angin utara, menyebabkan keadaan ombak dan arus laut deras dan besar. Sungai juga mengalir dengan laju. Dalam masa yang sama muara sungai menjadi cetek.
Biasanya nelayan akan menangguhkan kegiatan untuk keluar menangkap ikan. Kes ini akan berlaku setiap tahun terutama di muara sungai Batu Gadung kampung Tamau. Seperti kesnya Hj.Kapi WKN, pada 30 Nov 2020 hampir2 tenggelam di Sana. Syukur Alhamdulillah ia selamat bersama anaknya.