Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 31 Ogos 2012

SAMBUT MERDEKA DENGAN KEMERDEKAAN


Kemerdekaan sepatutnya dirayakan dengan semangat cinta dan sayangkan negara. Namun segelintir remaja menyambut kemerdekaan dengan merawang ditengah malam. Memandu laju, menghalang kenderaan lain di jalan raya menyebabkan orang yang tidak berdoasa turut terheret dalam kemalangan.

          Inilah yang terjadi di Sanang Car Wash, jalan Tuaran Kota Belud malam tadi. Kemalangan terjadi pada awal pagi iaitu pukul 1:00 pagi yang melibatkan kereta pacuan empat roda dengan motorsikal. Kereta Dmax pacuan 4 roda ini berguling dan melintang di atas jalan raya. Sementara pemandu motorsikal dan pembonceng agak teruk kerana kecedraan di kepala dan badan. Mangsa kemalangan telah dihantar ke hospital Tuaran
















Khamis, 30 Ogos 2012

BUAH BAMBANGAN MAKANAN EKSOTIK KAUM DUSUN RANAU


Memang agak pelik tetapi enak di makan kalau kena caranya. Bahanya adalah ringkas dan mudah: Buah bambangan, ladapadi, mangga, ikan masin dan bahan perasa garam dan ajinomoto. Potong dan gaulkan bersama. Ia biasa dimakan dengan nasi. Try and taste!!!

Rabu, 29 Ogos 2012

STEM LAMA





Stem British  ketika Sabah di kuasai oleh Syarikat Berpiagam Berneo Utara. Stem ini berlatarbelakangkan masyarakat Bajau (Sama) di Kota Belud.

Selasa, 28 Ogos 2012

Wanita Togo mogok seks


LOME: Sayap wanita kumpulan hak asasi meminta wanita Togo supaya melancarkan mogok seks selama seminggu bagi mendesak presiden negara itu meletak jawatan.
Ketua sayap wanita Let's Save Togo (Mari Selamatkan Togo), Cik Isabelle Ameganvi, berkata kaum wanita diminta tidak melakukan hubungan seks dengan suami atau teman mereka bermula semalam.
Katanya, mogok itu akan memberi tekanan terhadap lelaki Togo supaya mengambil tindakan ke atas Presiden Faure Gnassingbe

Rabu, 22 Ogos 2012

MATI DALAM KEHINAAN

Balasan Allah di dunia. Kisah benar terjadi di Dungun Terengganu, Mati tersepit di lantai ketika mencuri.


Isnin, 20 Ogos 2012

LUPAKAN POLITIK SEMENTARA UNTUK MENGINGATI MATI

Menjadi amalan masyarakat Islam di Kota Belud untuk menziarahi kuburan orang tersayang. Amalan ini dilakukan pada hari raya pertama atau hari raya kedua. Kaum keluarga berduyun-duyun ke kuburan selepas saja sembahyang Sunat hari raya. Bagi keluarga yang jauh mereka akan menangguhkan amalan ini dalam masa tujuh hari pertama bulan syawal. Masyarakat di sini juga mengadakan rumah terbuka bermula hari raya pertama sehingga ke akhir bulan shyawal.





                       

Khamis, 16 Ogos 2012

306 ORANG MATI GEMPA BUMI DI IRAN


Tabriz. Setakat ini 306 mati  3,000 orang cedera dan 50,000 orang kehilangan rumah akibat gempa bumi berturut-turut yang melanda negara Iran.

gambar kemusnahan di kawasan Tabriz








KALAU DAH PENING……




Tindakan kerajaan yang meluluskan Akta 114A adalah berat sebelah dan tidak wajar. Rakan pengguna internet melihat akta ini lebih menguntungkan pihak kerajaan.  Akta 114A ini sebenarnya hanyalah bertujuan melindungi kerajaan terutama UMNOBN lalu ia membelakangkan kepentingan rakyat,  parti pembangkang dan NGO di Malaysia.  Kalau sekiranya Akta 114A diteruskan juga maka ini akan menjadi bahan dan isu baru kebencian kepada UMNO BN.

Selasa, 14 Ogos 2012

KEWAJARAN RCI DAN PENDATANG HARAM DIPOLITIKKAN


                           Kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie di majlis berbuka puasa Masjid Pekan Kota Belud
“Jangan  politikkan RCI pendatang haram”.

Sebagai rakyat Sabah, saya berpandangan berbeza dengan Datuk Seri Mohd Shafie yang menyatakan supaya “Jangan politikkan RCI pendatang haram”. Rakyat Sabah khususnya begitu lama menanti penyelasaian pendatang tanpa izin yang menyebabkan masalah besar kepada struktur kependudukan Sabah. Dari dahulu dan sehingga sekarang tidak ada satu pun tindakan konkrit yang dibuat untuk menyelesaikan masalah pendatang haram.  Kebanjiran pendatang haram hampir mengatasi jumlah penduduk Sabah. Dalam statistic tahun 2010 jumlah mereka adalah sebanyak 889,779 orang, Sebelum ini banyak suara telah dilontarkan supaya perkara ini diambil tindakan, namun pihak persekutuan membisu untuk menyelesaikan masalah ini. Saya rasa dengan adanya perjuangan dan suara-suara politik terutama sekali pihak pembangkang maka barulah ada tindakan dibuat dari persekutuan. 

 
Oleh itu, Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing (RCI) perlu dipolitikkan sebagai pemangkin kepada penyelesaian terbaik mengenai masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah. Kita tidak mahu nanti bahawa RCI ini hanyalah ditubuhkan semata-mata ingin dijadikan bahan gimik dan kempen oleh UMNO BN untuk meraih undi terutama sekali suasana hampir dengan PRU13.

Ahad, 12 Ogos 2012

statistik penduduk Sabah 2010




Warganegara asing membanjiri serata tempat di Sabah.















Isnin, 6 Ogos 2012

BAU BUSUK AKAN TETAP DIHIDU WALAUPUN DITAPOK

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat kewangan sulit yang berkaitan dengan rasuah perlu mendedahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, maklumat sulit seumpama itu tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.
"Jika ia didedahkan kepada umum, bermakna telah melanggar Bafia (Akta Bank dan InstitusiInstitusi Kewangan 1989).
"Tujuan Bafia adalah untuk melindungi integriti dan kredibiliti sistem kewangan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di sini kelmarin.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Mohd Rafizi Ramli, pada Rabu lalu didakwa melanggar Bafia kerana mendedahkan dokumen mengenai butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC) kepada umum.
Encik Mohd Rafizi tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Datuk Seri Najib berkata, jika seseorang itu mempunyai akaun dalam sistem kewangan maka perlu diyakinkan bahawa pemiliknya seharusnya dilindungi.
"Jika tidak, orang tidak akan menyimpan wang dalam sistem (kewangan). Pihak antarabangsa juga tidak melaburkan wangnya di Malaysia.
"Ini bercanggah dengan kepentingan awam. Ini kerana kepentingan awam adalah memastikan sistem kewangan tidak boleh dikompromi," katanya yang ditukil mStar Online.
Beliau, bagaimanapun, menjelaskan, ini tidak bermakna kerajaan membiarkan aktiviti rasuah dan penggubahan wang haram kerana maklumat mengenainya boleh disalurkan kepada pihak berkuasa yang sepatutnya.

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP