Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 21 Julai 2012

MENGAKU SEBAGAI NABI DAN ALLAH

 Seorang bekas kapten kapal dari Ayer Keroh didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini kelmarin kerana mengaku dirinya Allah dan Nabi akhir zaman.


Roslan Abdul Rahman, 44 tahun, tidak mengaku bersalah terhadap kesalahan yang didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Rembia Perkasa 14, Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, pada 3.15 petang Rabu lalu. Dalam pembicaraan pertuduhan, dia didakwa mengejek agama Islam dengan menyatakan "aku mengaku aku Allah'' dan "aku ini Nabi akhir zaman''. Dia dituduh mengikut Seksyen 62, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu mempersenda agama Islam.

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum denda maksimum RM5,000 ($1,989) atau penjara tidak lebih 36 bulan atau kedua-duanya.Pendakwaan dilakukan Pegawai Syarie, Che Zam Zam Che Man, di depan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir.

Tertuduh mengejutkan mahkamah apabila tiba-tiba naik berang dan mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menahannya."Benda itu (tuduhan wujud) lepas saya ditangkap, lepas semua kecoh. Apa kesalahan saya pada awal ditangkap, atas dasar apa?," katanya dalam nada tinggi.Hakim Mohd Asri kemudian menasihatkan tertuduh supaya menjawab soalan sama ada dia faham atau sebaliknya pertuduhan dan menyatakan pengakuan bersalah atau tidak.

Selepas keadaan tenang, Roslan meminta pertuduhan dibacakan sekali lagi oleh jurubahasa dan tertuduh kemudian tidak mengaku salah.Che Zam Zam memohon tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin daripada kalangan ahli keluarga terdekat.


Tertuduh dalam reaksi spontan dengan nada keras memberitahu bahawa dia tidak mempunyai wang, selain tiada ahli keluarga terdekat.Hakim Mohd Asri membenarkan permohonan Che Zam Zam dan menetapkan 15 Oktober ini bagi sebutan semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP