Seorang remaja di Teluk Intan Perak mencekik dan menetak ibunya dengan parang kerana ditegur tidak berpuasa, Isnin lalu.
Dalam kejadian di Kampung Redang Ponggor, Labu Kubong, Chenderong Balai, dekat sini, mangsa berusia 40 tahun itu memarahi anak sulungnya yangberusia 19 tahun itu kerana tidak berpuasa.Anaknya menjadi berang lalu mencapai parang sepanjang 30 sentimeter dan menyerang ibunya.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Goh Kok Liang, dipetik sebagai berkata mangsa cuba melarikan diri tetapi dihalang suspek yang kemudian mencekiknya.Mangsa bergelut dengan anaknya itu sebelum diselamatkan oleh seorang lagi anaknya.Beliau cedera di beberapa anggota badannya.
Siasatan awal mendapati selain ditegur, suspek marah akan ibunya kerana menuntut cerai daripada bapanya dan dikatakan menjalin hubungan dengan lelaki lain, kata ACP Goh. Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan.