Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 11 Mei 2012

Adat Pikulan Dalam Masyarakat Irranun


Adat pikulan? Kali ini saya menerangkan sedikit tentang adat menyambut kelahiran anak dalam masyarakat Irranun Sabah. Adat pikulan ini tidak ada kaitannya dengan adat pikulan yang terkandung dalam adat perkahwinan.

            Dalam adat ini anak ditimbang dalam timbangan berupa dacing. Dalam dacing tersebut diletakan anak dan disebelahnya lagi diletakkan pelbagai jenis barang berharga. Barangan yang ditimbang dengan anak tadi kemudiannya akan dinilai mengikut harga barang atau dinilaikan mengikut berat barangan tersebut. Barangan yang akan dimasukkan dalam timbangan adalah seperti gelang, cincin, rantai, buah-buahan, sayur-sayuran, beras, al-quran, kain baju, senjata dan lain-lain. Barangan tersebut disediakan oleh keluarga bayi tersebut ataupun


            Adat ini diadakan setelah anak tersebut berumur antara 7 hari sehinggalah ke umur 1 tahun. Kadangkala adat ini akan disambut seiring dengan masa majlis bercukur atau kalau perlu diadakan pada masa lain. Pada masa majlis adat pikulan dijalankan beberapa aktiviti lain turut dijalankan seperti paluan kulintangan, main suki, marhaban, dan sebagainya.

            Amalan ini pada kebiasaannya diamalkan oleh golongan masyarakat kedatuan sultan atau orang yang berada sahaja. Ini adalah disebabkan keluarga yang mengamalkan adat ini terpaksa membelanjakan wang yang banyak sebagai penebus nilai timbangan anak dalam pikulan tersebut. Wang tersebut akan disedekahkan, dibelanjakan untuk majlis keramaian atau kenduri.


            Adat ini adalah salah satu adat yang hampir pupus dalam masyarakat Irranun. Kepupusan amalan ini adalah kerana perkembangan masa dan kaitan kepentingannya kepada masyarakat. Golongan tua semakin kurang pada masa kini, maka secara tidak langsung amalan ini hilang bersama mereka. Golongan muda tidak mempraktikkannya kerana anggapan tidak relevant, dan membazir.
           
           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP