Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 17 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU


SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA GURU DI MALAYSIA

Jumaat, 11 Mei 2012

Adat Pikulan Dalam Masyarakat Irranun


Adat pikulan? Kali ini saya menerangkan sedikit tentang adat menyambut kelahiran anak dalam masyarakat Irranun Sabah. Adat pikulan ini tidak ada kaitannya dengan adat pikulan yang terkandung dalam adat perkahwinan.

            Dalam adat ini anak ditimbang dalam timbangan berupa dacing. Dalam dacing tersebut diletakan anak dan disebelahnya lagi diletakkan pelbagai jenis barang berharga. Barangan yang ditimbang dengan anak tadi kemudiannya akan dinilai mengikut harga barang atau dinilaikan mengikut berat barangan tersebut. Barangan yang akan dimasukkan dalam timbangan adalah seperti gelang, cincin, rantai, buah-buahan, sayur-sayuran, beras, al-quran, kain baju, senjata dan lain-lain. Barangan tersebut disediakan oleh keluarga bayi tersebut ataupun


            Adat ini diadakan setelah anak tersebut berumur antara 7 hari sehinggalah ke umur 1 tahun. Kadangkala adat ini akan disambut seiring dengan masa majlis bercukur atau kalau perlu diadakan pada masa lain. Pada masa majlis adat pikulan dijalankan beberapa aktiviti lain turut dijalankan seperti paluan kulintangan, main suki, marhaban, dan sebagainya.

            Amalan ini pada kebiasaannya diamalkan oleh golongan masyarakat kedatuan sultan atau orang yang berada sahaja. Ini adalah disebabkan keluarga yang mengamalkan adat ini terpaksa membelanjakan wang yang banyak sebagai penebus nilai timbangan anak dalam pikulan tersebut. Wang tersebut akan disedekahkan, dibelanjakan untuk majlis keramaian atau kenduri.


            Adat ini adalah salah satu adat yang hampir pupus dalam masyarakat Irranun. Kepupusan amalan ini adalah kerana perkembangan masa dan kaitan kepentingannya kepada masyarakat. Golongan tua semakin kurang pada masa kini, maka secara tidak langsung amalan ini hilang bersama mereka. Golongan muda tidak mempraktikkannya kerana anggapan tidak relevant, dan membazir.
           
           

Rabu, 9 Mei 2012

PAIP AIR YANG DI BEKALKAN KERAJAAN ADALAH PEMBUNUH SENYAP DI KOTA BELUD

Pemasangan paip air yang sedang rancak di buat di sekitar Kota Belud. Rasa suka dan gembira memang tak  terkata, namun setelah beberapa hari memandang batang-batang paip tersebut rupanya adalah seperti paip asbestos. Kalaulah anggapan saya ini benar maka penduduk di sini akan berhadapan dengan bahaya.



 

Batang Paip Asbestos


 

Pekerja Sedang Memasang Batang Paip


Kerja Pemasangan Di Sepanjang Jalan Kg Tamau

Apa yang saya tahu bahawa paip tersebut sebenarnya tidak selamat digunakan. Pengguna air daripada paip asbestos mengakibatkan pengguna  keracunan. Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan bahawa 100,000 pekerja mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan asbestos. Manakala beribu lagi terkorban daripada pendedahan dalam alam sekitar.

                Paip asbestos banyak digunakan sebagai atap rumah, dinding, siling, jubin lantai, dan brek kenderaan. Asbestos satu ketika dulu dianggap sebagai bahan bangunan yang utama tetapi kini dikenali sebagai salah satu pembunuh di tempat kerja yang terbesar

                Bahaya asbestos telah di ketahui banyak Negara di dunia, tetapi nampaknya kerajaan Kita tidak peka terhadap bahaya kepada rakyatnya sendiri. Terdapat 54 buah negara di seluruh dunia telah mengenakan pengharaman, menghadkan atau mengecualikan untuk penggunaan kecil asbestos. Di Malaysia, hanya crocidolite (asbestos biru) dilarang tetapi penggunaan chrysotile (asbestos putih), amosite (asbestos perang), tremolite, anthophyllite dan actinolite dibenarkan. Ini bermakna rakyat masih terdedah kepada bahaya penyakit yang berpunca daripada asbestos.

                Oleh itu, boleh jadi bekal pengguna  aip paip di kawasan Kota Belud ini akan menghadapi bencana penyakit kronik tidak dalam 5 tahun tetapi 10 atau 30 tahun kemudian…….  Saya, keluarga dan masyarakad di sini akan  berisiko mengalami keracunan, kanser  paru-paru, asbestosis, mesothelioma dan kematian kerana penyakit  berpunca daripada batang paip tersebut.



Rabu, 2 Mei 2012

PENGANGKUTAN AWAM DI FILIPINA





                                     Bas yang diubahsuai daripada lori.



Bandar Manila adalah antara bandar yang paling ramai penduduknya di Asia Tenggara. Penduduknya sangat sibok pada awal pagi dan ketika mula malabuh tirainya. Beberapa hari berada di bandar Manila, dapat melihat pelbagai ragam manusia. Saya boleh katakan bahawa masyarakat di bandar ini terbahagi kepada tiga iaitu golongan atasan, menengah dan miskin.

                     Penduduknya banyak bergantung kepada pengangkutan awam seperti bas (macam di atas) untuk bergerak. kenderaan kedua mereka adalah motorsikal. Pengangkutan jenis ini banyak di gunakan oleh masyarakat bawahan dan menengah.



Selasa, 1 Mei 2012

HESTERIA PELAJAR SMK USUKAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberikan kudrat dalam menghadapi perkara-perkara pelik di kalangan pelajar. Kelmarin sahaja 30.4.2012, saya berhadapan satu kes hesteria. Hesteria terpendam iaitu membuatkan pelajar pengsan, tidak sedar untuk beberapa ketika, ia juga boleh berlaku untuk beberapa minit atau pun sampai satu jam. 

           Kalau pesakit hesteria ini dibiarkan maka ia akan berlanjutan berja-jam untuk pulih. Mengikut kes tersebut pelajar dalam keadaan sakit dan lemah. Di sebabkan sakit dan lemah  inilah syetan (Qarin) memainkan peranannya untuk menambah sakitnya. Qarin masuk ke dalam jasad manusia dan berperanan sebagai time bomb yang akan menyebabkan seseorang melakukan perkara-perkara diluar kawalannya sendiri, termasuklah perlakuan pengsan semata-mata untuk mendapatkan perhatian.

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP