Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 6 Disember 2011

SINALAU BAKAS


SINALAU BAKAS ATAU BAKAS DO SINALAU.... APA TU ABAH? Itulah pertanyaan yang saya tersenyum dan berfikir untuk memberi tahu anak saya. Saya mencari idea bagaimana memberikan info yang terbaik, jadi terpaksa memberaikan pengertian satu demi satu perkataan tersebut iaitu:

SINALAU = DISALAI DENGAN API
BAKAS = BABI HUTAN ATAU KHINZIR HUTAN.

Sinalau  atau manalau adalah satu cara tradisional bagi masyarakat Dusun untuk mengawet makanan tidak kiralah dia babi hutan atau apa saja jenis haiwan. Cara ini digunakan supaya daging 
yang dipotong tidak rosak dan masih boleh dimakan walaupun disimpan lama berbulan atau bertahun.


Menyalai dan membakar adalah kaedah yang berlainan. membakar bemakna makanan itu dibakar untuk dimakan dengan segera. menyalai adalah proses untuk mengeringkan daging supaya tidak rosak.


Gambar contoh menyalai dengan api jauh dari daging




Dua tempat yang terkenal di sabah dengan sinalau bakas ialah di Bukit Tanghilan Tuaran dan Kg Minangkob Tamparuli

4 ulasan:

  1. tapi ada juga orang malaya makankan ... sadap bah tu barang ... hihihi .... kotoh!!!

    BalasPadam
  2. Manalau atau menyalai daging bukan tradisi orang dusun saja tu. Siapa saja masyarakat kampung yang tiada peti sejuk tahu menyalai lah.....
    Bukan daging saja yang disalai tapi ikan, burung..
    Kalau awet sampai bertahun lamanya itu bukan manalau namanya tapi pengasinan,jaruk(bosou). Kalau sinalau atas dua minggu berkulat sudah itu.. Ni lagi satu, nelayan bebas tangkap ikan untuk makan dan jual kecuali yang di bawah kawalan. Cari sumber pendapatan dengan memburu yang kasihan sehinggakan apa sahaja binatang ditangkap akan dirampas kalau tiada permit.. Perhilitan tiada perikemanusiaan, tak reti apa maknanya kehidupan seorang pemburu, orang yang cari sesuap nasi untuk menyara anak bini dengan hasil buruan...
    Buaya baham orang, harimau baham orang ditangkapnya buaya dan harimau letak dalam kandang mewah dan makan mewah dipusat perlindungan. Kalau manusia berjaya bunuh buaya kerana menyelamatkan nyawa... sudahlah didenga dengan wang ringgit, dipenjara lagi...Yang mana sepatutnya diberi perhatian.. manusia atau binatang?????

    BalasPadam
  3. Pemburu yang sekadar suka-suka yang patut kita marah, sebab dorang pigi memburu bukan mau cari sesuap nasi atau mahu kasi makan anak bini pasal dorang ni kalau makan terlebih sudah suap, anak bini pun terlebih sudah kenyang...dorang berburu binatang hanya sekadar hobi...bila tembak binatang tia tau pilih, tembak saja...lagi bukan mau satu, dua atau tiga tapi mau banyak sampai habis peluru baru pulang...pasal banyak duit beli peluru...
    Naah...yang tidak ngam bila binatang dalam hutan hampir pupus...di kasi salah pula sama pemburu sebenar...sedangkan pemburu sebenar hanya bunuh binatang sekadar untuk makan sendiri sja.

    BalasPadam
  4. Babi hutan salai. Zaman dulu mana ada peti sejuk. Sebab tu orang dulu-dulu guna kaedah salai/jemur/jeruk supaya tahan lama.

    BalasPadam

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP