Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 9 November 2011

ASAL-USUL KAUM IRRANUN (IRANUN, ILLANUN DAN LANO) DI SABAH


ASAL-USUL KAUM IRRANUN (IRANUN, ILLANUN DAN LANO)  DI SABAH
Ramai kawan-kawan bertanya pada saya tentang asal-usul kaum Irranun di Sabah, kebetulan pula saya termasuk dalam misi pengkaji dari Universiti Malaysia Sabah yang berkaitan dengan Kebudayaan Irranun dan kaitannya dengan seni visual. Masa dan tarikh kajian ialah  29.05.2011 hingga 10.06.2011.Dalam hal ini, sedikit sebanyak dapatlah mungkin saya menjawab persoalan mereka, ini kerana secara tidak langsung kami mengkaji juga tentang asal-usul kaum Irranun di Sabah ini.
                Saya amat tertarik untuk menumpahkan sedikit pengatahuan yang kami dapat semasa kajian kami di Pulau Mandano khususnya di Bandar Cotabato, Pulau Bonngo, Bandar Marawi dan Tasik Lano De Sur. Saya suka memulakan penyataan ini dengan menyatakan pengakuan daripada Datu Michael O. Mastura, merupakan keturunan Sultan Kudarat, Maguindanao dan mempunyai pertalian keluarga dengan Shariff Kabunsuan. Shariff Kabunsuan adalah tokoh yang sering dinyatakan  dalam buku-buku sejarah masa ini.
                Penyataan saya ini tidak berdasarkan kepada fakta sejarah, akan tetapi berdasarkan kepada pertemuan dan temubual dengan tokoh besar di Magindanao. Beliau menyatakan bahawa bangsa Irranun (Bangsa Moro) berasal dari kaki bukit Matuaring,  pada masa itu bukit ini adalah gunung berapi sebenarnya. Di sinilah merupakan petempatan awal bagi kaum Irranun. Saya merujuk dalam buku sejarah bahawa tempatnya ialah  Butig, Lanao dan Gunung berapi matuaring (Makaturing) telah meletup dalam tahun 1765.
                Bermula dari saat itu, kaum Irranun terpaksa berpindah ke pelbagai tempat. Tempat perpindahan pertama mereka ialah di Cotabato. Cotabato bermakna gua batu. Di Bandar Cotabato sendiri mempunyai tempat yang seiras dengan nama Bandar iaitu Bagua. Bagu bermakna baru dan Bagua pula adalah batu bergua.
                Tempat perpindahan kedua adalah di sekitar tasik Lano De Sur. Dari segi sebutan bangsa di sekitar tasik ini mereka di kenali sebagai Illano atau lano berdasarkan nama tasik tersebut. Walaupun dari segi sebutan agak berbeza namun ia merujuk kepada bangsa yang sama.
                Menurut Datu Michael O. Mastura, tempat perpindahan yang ketiga adalah di laut. Mereka berasimilasi dengan keadaan laut dan sungai. mereka ini telah mula tinggal  di pesisir pantai, di sungai dan di muara sungai. Pada peringkat permulaan kaum Irranun di bahagian in dipanggil Lotaou. Lotaou adalah orang yang membuat rumah di atas air. Melalui penerangan ini juga menyatakan ramai daripada Irranun Lotaou ini menjadi pelayar dan menjadi pahlawan dan mengawal aliran keluar masuk pedagang-pedagang asing.
                Sebahagian daripada mereka telah menjadi askar bantuan samaada daripada Sultan Sulu mahupun Sultan Brunei. Untuk penyataan ini adalah lebih baik merujuk kepada sumber-sumber sejarah lain. Oleh yang demikian, dengan pertemuan dan wanancara  kami dengan beberapa tokoh di Cotabato dan Bandar Marawi, maka dengan ini, saya amat yakin bahawa asal usul kaum Irranun di Sabah adalah dari Pulau Mindanao. Di bawah adalah sedikit penerangan berkaitan dengan Kaum Irranun yang saya petik daripada rakan-rakan bloger terutama sekali Saudara Naddin. Saya harap maklumat ini dapat memberikan manafaat kepada kita bersama.
IRRANUN DI SABAH
Irranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan sebagai penduduk bumiputera Sabah. Iranun bermaksud berkasih-kasihan. Berkasih-kasihan ini bermaksud wujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim, yang berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong. Iranun juga di kaitkan dengan nama tasik Lano di Minadanao. Sempena nama tasik ini juga mereka mengambil nama ini sebagai nama kaum ini.

                Disebabkan mereka merupakan pelayar yang cekap, tempat tinggal masyarakat Iranun banyak tertumpu di kawasan tepi pantai. Namun ada juga yang terletak di bahagian dalam daerah. Masyarakat Iranun ini banyak menetap di daerah Kota Belud, seperti di kampung Pantai Emas, Liang, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau, Tawadakan, Payas-Payas, Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain. Selain itu, masyarakat Iranun juga terdapat di Tungku, Lahad Datu, kg Indarason, Kudat, Kg mangkabong Tuaran dan di Likas, Kota Kinabalu. Jumlah mereka pada 2006 dianggarkan seramai 25,000-30,000 orang. Di luar Malaysia, masyarakat Iranun juga boleh ditemui di Kepulauan Sulu dan Mindanao, Filipina.

                Masyarakat Iranun mempunyai dialek atau bahasa yang tersendiri dikenali sebagai basa Iranun. Bahasa Iranun ini digolongkan dalam kumpulan bahasa Hesperonesia, iaitu salah satu kumpulan keluarga bahasa Austronesia (Encyclopedia of World Culture, 1993: 101). Sesuatu yang menarik tentang bahasa ini ialah wujudnya kelainan di antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Contohnya dialek Kaguraan dan dialek Marampayan yang memperlihatkan beberapa perbezaan. Perkara yang serupa dikesan pada dialek Iranun yang dituturkan di Tungku, Lahad Datu di pantai timur Sabah dengan dialek Iranun di pantai barat Sabah (Datu Bandira Datu Alang, 1992: 73-4). Walaupun terdapat perbezaan di antara dialek tersebut, tetapi faktor ini bukanlah penghalang untuk mereka berinteraksi. Dalam hal lain, tahap saling memahami di antara dialek tersebut masih tinggi. Hal ini membolehkan mereka berinteraksi dengan baik. Bahasa Iranun Marampayan dianggap sebagai bahasa Iranun baku dan digunakan oleh kebanyakan penutur bahasa Iranun di Sabah. Kebanyakan penutur bahasa Iranun juga menguasai bahasa sukuan yang lain dan juga bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Namun demikian, tidak dinafikan bahawa terdapat juga golongan Iranun yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi bilangan golongan ini cuma sedikit sahaja.

                Di Sabah, bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi antara kaum. Bahasa Iranun pula merupakan bahasa ibunda bagi masyarakat Iranun. Dalam kehidupan seharian masyarakat Iranun pada masa kini secara khususnya, kedua-dua bahasa ini mempunyai hubungan dari segi pengaruh. Perhubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa Iranun di Sabah ini memperlihatkan pengaruh yang kuat daripada bahasa yang dominan kepada bahasa yang bukan dominan, yakni bahasa sukuan. Hal ini bermakna bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia sudah pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bahasa-bahasa sukuan lain yang bukan dominan termasuklah bahasa Iranun. Perkataan lanun dianggap berasal dari nama suku kaum ini.
CATATAN AWAL MENGENAI KEHADIRAN IRANUN DI SABAH
Menurut Tarsila Iranun, kedatangan orang-orang Iranun ke Borneo bermula selepas Sultan Brunei meminta bantuan daripada Sultan Kudarat di Ramitan untuk menghantar pasukan perwiranya untuk membantu memadamkan pemberontakan di Borneo beberapa ratus tahun yang lampau. Maka Sultan Kudarat menghantar sebanyak 12 perahu pahlawan-pahlawan Iranun untuk membantu Sultan. Setiap perahu menagndungi seramai 40 orang, menjadikan kesemuanya 480 orang yang dihantar untuk membantu Sultan Brunei.Selepas pemberontakan itu dapat dipadamkan, Sultan Brunei menawarkan agar mereka membuka petempatan di Borneo.Mereka menerima tawaran itu dan seterusnya menetap di Tempasuk, Tungku dan sebagainya. Ini versi tarsila Iranun.
                Kedatangan Iranun ke Sabah, menurut satu sumber lain ialah ketika mereka menganggotai ekspedisi bersama Sharif Kabungsuwan menaiki perahu Awang yang boleh memuatkan seramai 200 hingga 300 orang ke Tempasuk, Sandakan dan sebagainya untuk menyebarkan agama Islam pada abad ke-16. Catatan awal ialah 1521. Orang-orang Iranun yang bersama para Sharif itu terus menetap di Borneo.
                Teori ketiga ialah penglibatan masyarakat Iranun terhadap aktviti pelayaran dan perdagangan. Mereka memastikan bahawa di wilayah mereka tidak ada kapal asing yang menceroboh.Itulah sebabnya mereka menyerang kapal-kapal sepanyol yang cuba menggunakan jalur perdagangan dan pelayaran mereka. Penempatan mereka kebanyakannya terdapat di Tempasuk, Tungku dan Indarason kerana tempat itu menjadi pilihan mereka untuk berlindung dari tiupan angin ribut
                Meskipun terdapat beberapa teori asal usul kedatangan sukubangsa Iranun di Sabah dari lupa a Iranun seperti yang terkandung dalam cerita-cerita rakyat, darangen dan bayuk, masyarakat Iranun di Sabah menganggap mereka berasal dari tanah borneo sendiri. Banyak buktinya, antaranya kerana jumlah rangkap yang terdapat di sabah lebih panjang daripada yang terdapat di Mindanao. Secara logik, orang dari tanah yang tinggi berhijrah ke tanah yang rendah, ini kata Bapa' Pinjaman Hassin. Sementara itu, dalam sejarah, memang tercatat kedatangan 10 datu dari Borneo meneroka Filipina.
                Banyak buku yang boleh dirujuk. Antaranya Sejarah dan Adat Tradisi Iranun oleh Dr.Datu Bandira Datu Alang (kini allahyarham), Buku tulis James Warren. Tarsila Iranun, Tudtul daripada darangen dan bayuk juga boleh diambil kira, jika ada yang berminat untuk mengkaji suku bangsa Iranun.

Di MANA DIASPORA IRANUN? DI SABAH ATAU DI MINDANAO?
Seorang sarjana dari Filipina, Rolando C.Esteban yang pernah menulis mengenai diaspora Iranun memetik satu sumber yang menyatakan bahawa diaspora Iranun bermula sebelum dan selepas 1765. Ada dua gelombang diaspora Iranun. Ada bukti yang menyatakan bahawa kesultanan Iranun telahpun wujud di Tempasuk sejak beratus-ratus tahun lalu. Menurut catatan William Pretyman, Datu-Datu Iranun mempunyai pengaruh yang cukup luas dan besar ketika beliau pertama kali menjejak kaki di Tempasuk pada 1878. Mungkinkah kesultanan Iranun, wujud seratus atau dua ratus tahun lebih awal daripada itu.Jawapannya ada ditangan pengkaji sejarah.
                Dimana diaspora Iranun. Orang Iranun di Sabah menggelar orang Iranun di Mindanao sebagai `bagu a iranun' yang bermakna Iranun baru. Dengan jelas mereka mengklasifikasi bahawa Iranun dari Mindanao itulah kelompok Iranun yang baru yang berhijrah dari tanah besar ke kepulauan Nusantara ini-khususnya Mindanao.

                Menurut cerita Qadi Nurul Caqim, ketika ditanya oleh Jeneral Robert Bullard, gabenor Lanao pada tahun 1906, beliau menyatakan asal usul bangsa Maranao adalah dari Tempasuk Sabah.
Katanya, nenek moyang orang Maranao-Iranun mengakui bahawa mereka berasal dari Tempasuk.Itulah sebabnya nama Tempasuk banyak disebut dalam dongeng dan cerita lisan mereka.
Bagaimanapun, beliau menyatakan orang Iranun di Sabah datang dari Lanao- kebanyakan pengkaji menyatakan dari Butig, Lanao, selepas gunung berapi Makaturing meletus dalam tahun 1765.
















26 ulasan:

  1. Salam Tn Haji..

    Saya suka kajian ini..mohon saya copy dlm blog saya..

    BalasPadam
  2. Satu perkembangan yg sangat baik..seorang yg bukan Iranun tapi kahwin org Iranun sanggup mengkaji asal-sual Iranun..saya benar2 kagum teruskan tn Haji..Tahniah!

    BalasPadam
  3. Wsalm, tak mengapa ini ilmu dunia, kita share2.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum, saya nak kaji tntng suku kaum irranun , di mana saya boleh dapatkan mklumat yG tepat atau sumber pertama ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak kaji 2 mmang susa,klu nak tau serba sedikit dtng la kat Tungku lahad Datu..

      Padam
    2. Assalamualikum pagari saya ni anak jati irranun.. Dhik aku kepeleng du sa lahad datu anan aden irranun ..

      Padam
  5. Salam, di sini Saya ingin tahu apa ka kesultanan sulu ada kena mengena dengan irranun, dan apakah irranun ini juga berasal dari filipina,,

    BalasPadam
  6. generasi pertama: Irranun Tungku berasal dr ranao or lanao di mindanao..mereka dtg ke tungku untuk mencari tempat tinggal yg baru..raja muda irranun dtg ke tungku bersama2 dgn bala tentera nya dgn menaiki kapal irranun yg di kenali sbg 'ajjung'..raja muda irranun yg mengetuai irranun tungku pada masa itu adalah raja muda Undaku..mereka menetap di sepanjang pantai Tungku...

    selepas generasi pertama kedatangan Irranun di Tungku..satu rombongan lagi dtg yg di ketuai oleh keluarga Kabugatan...oleh yg demikian susur galur irranun Tungku sememangnya berasal dr Ranau or Lanao..

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa yang saya tahu dari cerita arwah nenek saya yang berusia lebih 100 tahun ketika meninggal tahun 2007(generasi ke 4 keturunan Padtailan), terdapat 3 buah perahu org. iranun dtg ke Sabah, salah satu mendarat di Pantai Mapan, Tungku. Mereka ini adalah golongan pejuang yg. telah cedera semasa peperangan menentang sepanyol dan telah dihantar oleh Sultan di Mindanao ke Borneo utk. merawat kecederaan yg. dialami. Selepas itu disusuli kelompok ke dua Keturunan Kabugatan. dikatakan, Kedua-dua keturunan ini telah mendominasi kawasan pantai. Kelompok golongan ini pernah memberontak menentang Inggeris dan berkubu di Kg. Bakulud dan Lapasan Tungku. Mereka menentang Cukai kepala yang dikenakan oleh Inggeris.Penentangan seterusnya berlaku selepas perang dunia pertama. Kejadian ini disebabkan tuduhan fitnah yg. dikenakan kepada individu tertentu.Berdasarkan kepada keadaan ini, kedatangan Iranun ke Tungku mungkin berlaku ratusan tahun yang lampau.

      Padam
    2. Nak kongsi sikit,perahu pertama mndarat d psisiran pantai Lahad Datu adalah kmpg bagigod xpasti mapan 2 plak..kmpg bagigod bkn la nama yg asli tp nama yg asli adala baguainged dlm bahaa iranun dunia baru..pemerintahn kaum iranun dari pesisiran pantai baguinged shingga teken iaitu takun..

      Padam
    3. Iya benar bagingud ..
      Membawa maksud dunia baru..

      Padam
    4. Saya keturunan dari datu kabugatan dan datu pidtailan
      Dan sya ingin mencari tahu siapaka datu dalimbang ini?

      Padam
  7. I'm proud to be iranun Kota belud...

    BalasPadam
  8. SEBENAR NYA SAYA IALAH SUKU KAUM IRRANUN(BERKETURUNAN DARAH RAJA RAJA KERANA,NENEK LELAKI SAYA IALAH LOKMAN NORHAKIM,SEPUPU NYA IALAH SULTAM ISMAIL KIRAM......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya keturunan Datu Kabugatan..

      Padam
    2. Salam kenalan saudara ku.. Irranun Tungku Lahad datu sabah

      Padam
  9. Asalamualaikum...alhamdulilah ada ugak bahan rujukan aisyah...terima kasih.,.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum .sy bkn bangsa iranun tp sy berkenan dan nak research lagi pasal suku kaum iranun terutama alatan muzik suku kaum iranun .mohon ada sudi membantu bagi informasi ttg alatan muzik .

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum wbt. Sy orang Tungku Lahad Datu. Nenek n atok sy org Irranun. Baca blog Tuan Haji nih nnt bolehlaa crta2 dgn Nenek Atok.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Wbt..saya berketurunan dari salahsilah ank tunggal sultan kudrat iaitu maruji@marudi..atuk saya namanya bakulud sempena nama tmpt di mindanao..saya terpanggil ingin mengetahui lbih terperinci tntg kaum iranun..saya sngt suka artikel ini dan akan mengkaji keturunan saya supaya tidak lupus ditelan zaman.

    BalasPadam
  13. Bagaimana sya boleh mnghubungi tuan haji...

    BalasPadam
  14. Bagaimana sya boleh mnghubungi tuan haji...

    BalasPadam
  15. Assalamualikum haji sya ada jg dpt sikit mklumat baru2 ini tnng bangs moro ne dri sorg Sahabat dri philipina, yg mklumkn bhawa berasal dri negeri Morocco....

    BalasPadam
  16. Bgaimana dgn kami di indonesia.sye melayu timur sbgaimana crita atok sy yg kami berasal dari tempasuk yg dipinta sultan muazam syah untk memerangi belanda..senjata kampil sundang dan skin serta peralatan lain sgt serupa dgn iranun kami msih mencari jati diri.krna melayu timur skrg mendiami lingga..tg jabung timur..tg jabung barat.reteh indragiri hilir dan sye melayu timur asli keturunan tengku sulong.mhn siapa yg tau dijawab

    BalasPadam
  17. assalamualaikum tn. haji. bolehkah tn berkongsi sedikit tentang adat menjaga kubur khusus bagi kaum irranun di kota belud?

    BalasPadam
  18. assalamualaikum tn. haji. bolehkah tn berkongsi sedikit tentang adat menjaga kubur khusus bagi kaum irranun di kota belud?

    BalasPadam

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP