Saya hidup bermasyarakat di sini, masyarakat di sini terkenal dengan pegangan agama Islam sejak zaman berzaman. Namun pada pandangan saya, agama hanya pada nama sahaja. Agama tidak berfungsi sebagai amalan hidup dalam kehidupan. Walaupun bukan semua!
Setelah begitu lama saya menjunjung langit di sini, maka berikut adalah tabiat dan amalan buruk orang kita di sini yang perlu dibuang dan dikubur untuk selama-lamanya.
1. Ibu bapa kita dulu kahwin dengan cara larikan perempuan. larikan ke mana? ke mana sajalah diorang suka? Sudah berpakat. Sudah itu bawa ke rumah imam atau ketua kampung. Supaya dapat kahwin free. (belanja sesikit). Restu keluarga belakang kira.
2.Ibubapa dulu kahwin dengan cara jolok dulu baru ambil. Bila dah berisi, baru kahwin. Konon kurang belanja n free. Kenapalah ....... yang penting dapat perempuan.
3. Malukan perempuan, peluk, raba dan sebagainya. Bila malu siapa lagi maukan dia? Terpaksa kahwin. Walaupun pada zahirnya tidak suka.
Dosa dan pahala tolak tepi, yang penting dapat bini konon. Amalan ini pula menjadi tabiat buruk anak-anak. Anak-anak sekarang dengan begitu mudah membuntingkan anak orang. Kenapa buat begitu, sebab bapa diorang dulupun buat begitu. Bila ditanya bapanya, jawapannya ringkas dan padat "memanglah anak lelaki". Ini menunjukan bapa tadi merestui perbuatan jalang anaknya.
Sendiri mau ingat... ini bukan cerita filem Tamil...............
Tentang Hati...
-
ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::
salam hujung minggu buat sahabat2 yang dikasihi..
muga ALLAH sentiasa merahmati kalian,
ana rasa terpanggil untuk menuli...
14 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan